CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nadya Honey's Bloglist Link

Followers

29 December 2010

Teramat Sibuk

Maaflah kepada sesiapa yang memberi komen dan meninggalkan jejak di blog aku ni..kebelakangan ni agak sibuk sehinggakan xsempat BW sgt n xsempat nk follow blog sesiapa..harap selepas di audit ni maka kesibukanku akan berkurangan dan kembali seperti biasa..


sayonara...:-)

Doaku Untukmu

DOA UNTUK WANITA CANTIK      


"Ya Tuhan, jadikan wanita yang membaca ini menjadi wanita yang
cantik, kuat, sabar, sihat dan di sayangi banyak orang.
Tolong tingkatkan kehidupannya, begitupun jika dia melangkah, selamatkan dia".
 

Amiin.
cid:002501ca3fde$23da9e60$1258130a@incoe.astra.co.id
sayonara...:-)

28 December 2010

BERITA GEMPAR: sedih rasanya. Apa nak jadikkkk dengan Malaysia hari ini…

Subject: Haramkan Pemakaian Tudung
 Haramkan tudung?? Baca sampai habis, pastu komen isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di malaysia . Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia ini berikutan dengan faktor faktor kesihatan.

Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.

Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung.

Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak deteliti tidak akan nampak.adakah kerajaan malaysia takut akan hal ini.yang dulu begitu marah terhadap singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.

Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja kan.sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.

Sekranag malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini.

Ini kerana semuaya terletak di tangan menteri menteri di malaysia . bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid masjid adakah die juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. jadi bagaimana seorang imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia UIAM).International islamic university malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan
universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini.

MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama islam. kiniboleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib
memakai tudung.. isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun ape-ape reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. adakah malaysia sudah lemah... .

pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan
menghantar notis ini ke sekolah-sekolah.

Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI

2)TUDUNG PERIUK

3)TUDUNG TERMOS

4)TUDUNG CAT

dan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.




sayonara...:-)

25 December 2010

Perkongsian 7 : Cuai Solat Lima Waktu

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG


Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu
zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan
sembahyangnya maka jawab baginda, "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya
dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah
mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam
dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas, "Iaitu
orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada
waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat
Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengumpulkan
dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki
pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)


SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG


Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di
alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam
kubur ialah:-

1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih
tulang-tulang dada;

2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar
tubuhnya siang      dan malam tiada henti-henti; dan

3) Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata,
"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan
sembahyang Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari,
kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana
meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan
sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke
waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah
berterusan seksaan oleh Sajaul Aq ra hinggalah hari Kiamat.


CUAI SOLAT LIMA WAKTU


Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah
ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.
Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan
sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam
badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka.
Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah
seterusnya.

Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih
dan derita yang tiada hujungnya.

Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup
menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu
menghadapinya. Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus
alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah
balasannya adalah seksa di neraka kelak.

Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah,
perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan dan
memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah.
Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT, dan diampunkan
dosa kita. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Walau sebanyak mana
dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh,
insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun
kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang,
mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada
orang berkenaan di samping memohon keampunan Allah SWT. Mudah-mudahan demi
untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita
bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah
berusaha mencegahnya.

sayonara...:-)

23 December 2010

Kembali Bermimpi

Aku bermimpi lagi.mimpi yang sama.mimpi yang membawa aku tercampak ke daerah ini.mimpi yang juga menjadikan aku matang dalam menghadapi ranjau hidup ini.bermacam orang yang aku jumpa.berbagai ragam.berbagai niat hati yang tersorok.ada yang baik.ada yang sebaliknya.betul kata pepatah, jangan menilai buku hanya dari kulitnya. Aku masih lagi berjalan dalam kegelapan.mencari sekilas cahaya yang dulunya aku pernah punya.aku tak tau sampai bila aku akan melalui lorong yang gelap ini.tiada siapa yang bersalah mencampakkan aku ke lorong gelap ini.aku tau.ini kehendakNya.

Haruskah aku terus redha dalam segala yang kuterima padahal aku sendiri seolah-olah sudah tak mampu untuk berjalan dan bernafas dalam kegelapan ini.tiada siapa yang menemani ku.jatuh bangun hanya aku seorang.hanya aku seorang yang merasai sakit pahitnya.dimana kekuatan yang aku ada dulu.aku perlukannya.terlalu perlukannya kerana aku sudah hampir lelah dengan semuanya.dengan kegelapan dan kepengapan udara di ruang gelap ini.aduh.aku terjatuh lagi dan terus terjatuh.Tuhan, adakah aku mampu lagi untuk bangun dan mengatur langkah mencari sinar itu..?dan adakah aku masih lagi berpeluang mengukir sedikit senyuman cerminan hati?bilakah agaknya aku akan ketemu dengan sinar cahaya itu..aku rindunya..sangat-sangat rindu dengan kehangatannya…nukilan hati jauh di sanubari..



http://www.emocutez.com
sayonara...:-)

Musim Hujan

Keluar jer dari rumah pagi tadi, langit tak secerah macam selalu..gelap jer..dan biler sampai ofis, langit mendung trus.menunggu titisan hujan yang lebat akan turun..melihat titisan hujan yang dah mula renyai2 boleh jugak layan perasaan smbil layan lagu Hujan dari Sudirman

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...


sayonara...:-)

22 December 2010

Pinjaman Bank

Aku nak buat pinjaman peribadi. tak banyak pun, dalam RM5k jer..agak2 bank maner yg korang suggest?

sayonara...:-)

21 December 2010

Jadual Hari Kelepasan Am & Jadual Pembayaran Gaji Tahun 2011

Klik Sini untuk jadual hari kelepasan am persekutuan & negeri tahun 2011
Klik Sini untuk jadual pembayaran gaji tahun 2011


sayonara...:-)

Faham-Faham la..

Korang pernah tak berurusan dengan kaunter di agensi kerajaan..kalau pernah, bagus.kalau tak pernah, baca sampai abis yer. macamane layanan yang korang teriam?boleh dikategorikan sebagai bagus tak?tentu banyak komplen yang akan aku terima atas kualiti perkhidmatan awam seluruhnya..

aku mengulas isu ini bukan untuk menyalahkan mane2 pihak cuma ini luahan hati seorang penjaga kaunter k...kadang2 biler nak berurusan dimana-mana kaunter, perlulah beri PERHATIAN kepada waktu kaunter dibuka.janganlah main terjah jer.pastu bile tak dilayan pegi buat aduan kt biro pengaduan awam...hello...kami yang jaga kaunter ni pun letih jugak..setiap hari berdepan dengan berbagai kerenah jadi bile masa kami berehat harap maklumlah pada masa yang tertera.jangan la main terjah jer.kadang-kadang siap dh tutp lampu dan letak tanda tutup lagi tapi boleh lagi singgah nak berurusan...

memang la kami ni kerja kerajaan dan bekerja untuk rakyat tapi berpada-pada la..kalau kita masuk rumah orang pun, kita kene ikut peraturan dalam rumah orang tu..jadi paham2 la tanggungjawab masing2..pikir2kan lah setiap kesan atas tindakan kita tu ye..

sayonara...:-)

20 December 2010

Tak Boleh

Dari pagi lagi aku masih tidak boleh komen ke entry org lain n entry aku sendiri.selalu sekejap jer.dalam pukul 10 biasenya dah boleh...aisehmen..bosan tul..wahai intrnet, jgn la lame2 wat masalah..

http://www.emocutez.com
sayonara...:-)

Sarapan pagi ni..

Marilah bersarapan..hehhe..ringkas jer sarapan aku pagi ni sebab tuk mkn tengahari aku ada bwk bekal nasik.lauk ayam sambal.ter'rajin' lak nak masak.huhu.. tuk menu sarapan pagi ni aku minum Susu kambing HR




n biskut Oat Krunch Dark Chocolate.



So memang sihat la sarapan aku pagi ni. tak macam selalu kan, nasik lemak la, nasik minyak la...camne la aku nak diet kalau camni..:-)

Untuk pengetahuan korang, susu kambing ni banyak sangat khasiatnya..setelah aku menggoogle maka aku dapat la info ni di sini

Kebaikan Susu Kambing:-
SUSU TERBAIK SELEPAS SUSU IBU
-Tidak menyebabkan alahan
-Membantu sistem imunisasi tubuh
-Bersifat alkali
-Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
-Membantu sistem penghadaman
-Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf)
-Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) =
penyebab utama alahan.

 
-Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-
> Protein 2.1 kali ganda
> Kalsium 2.2 kali ganda
> Zat Besi 2.0 kali ganda
> Potasium 2.1 kali ganda
> Vitamin A 3.8 kali ganda
> Garam Galian 2.0 kali ganda
> Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
-Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding
dalam susu lembu
-Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu
lembu
-Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding
susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam
-Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik




sayonara...:-)

Hellowww...Monday Morning!

Well..Morning come again!(asal speaking lak pepagi buta ni?)emm aku tau mesti ramai yang xsuka dtgnya ari isnin..lagi2 mase bangun nak mandi tu, hujan lebat di luar rumah..aduh..memang asenya bantal n tilam tu memanggil2 jer ajak baring balik..

Memang adat la kan, biler dh cuti dua hari mmg cukup malas la nak bekerja semula...walau aper pun, tugas perlu kita selesaikan.lagi2 orang yang kerja cm aku ni, berkhidmat untuk rakyat..wahai rakyat2 sekalian, berbangga lah yer sbb ada pekerja2 cemerlang cam aku ni yer(angkat bakul ker?)...k la, time to sambung kerja..


sayonara...:-)

18 December 2010

Underwater Restaurant












sayonara...:-)

Perkongsian 6: Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan

Walaupun bulan Ramadhan dah berlalu pergi tapi tak salah kiranya aku nak share entry ni kan...perkongsian ilmu yang bermanfaat..


Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya.. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.
Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari
Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,
Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Peringatan untuk semua termasuklah diri aku sendiri....


http://www.emocutez.com

sayonara...:-)

17 December 2010

Solat jumaat

Setiap minggu pada hari jumaat, orang-orang lelaki akan pergi solat jumaat di mana-mana masjid..di kampung, di bandar..semua masjid akan penuh..



terase keagungan tuhan biler tgk ramainya org bersolat mcmni
Dan untuk jemaah2 lelaki yang pergi bersolat jumaat tu, jgn luper yer ambik wudu' dulu..mane la tau luper lak..kang sia2 jer solat awk tu sebab tak sah..



Sebelum terlupa, ada satu lagi yang perlu diingat. kalau boleh pg solat jumaat tu, tak perlu lah pakai kasut yang mahal2, bkn per, pencuri ni bukan kira tempat kalau nak buat kerja dia...contohilah seperti orang ini yer..



walaupun selipar tapi tetap dijaga

sayonara...:-)

Ditinggal..

Aku ditinggalkan..huhuh..kt ofis ni tggl aku sorang jer..cian kan..nasib baik la ari ni xleh terima pendaftaran kes. kenapa kau ditinggalkan...sebab semua ofismate aku dh bertolak tuk mengikuti Sukan Mahkamah Syariah SeMalaysia kali pertama di Kuala Terengganu..aku xjoin sbb aku xbrape berminat ngn sukan lagipun ...hahaha..xpyh ckp la.


Wahai semua sshabatku..moga korang akan memperoleh kemenangan..Gud Luck!


sayonara...:-)

16 December 2010

Perkongsian 5: Cara Jawab Telefon Dengan Betul

Meh kite share info yang 'berguna' ni yer..:-)


Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah
salah...dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan
jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye
(tak le korang boring sangat kalu jadi operator).

1. Soalan: haloo, may i speak to ina please? Jawapan: maap.sini bukan balai
polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana? Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya
tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak? Jawapan: nak cakap
cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323? Jawapan: maap cik,nombor
tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah? Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal
rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo ina, buat ape tu? Jawapan: kan ke saya tengah bercakap
ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti? Jawapan: maap.nombor yang anda
dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo...... Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda
ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya... Jawapan: maap. ini bukan
kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412? Jawapan: sila dail sekali
lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: assalammualaikum... Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus
letak tepon.salam kite wajib jawab)

http://www.emocutez.com
sayonara...:-)

Layanz..

mungkin ramai dah tgk pic ni...
layanz jer la yer...










sayonara...:-)

Gud murnink

Selamat pagi semua..harap korang sihat dan akan sentiasa sihat...cmner hari ni..semangat atau tidak untuk memulakan hari..xkira lah korang student or seorang pekerja..

permulaan pagi ni aku sempat membaca satu artikal dari yahoo yang mana menyiarkan tentang kemenangan seorang warga singapura sebagai juara The Bieggest Loser Asia Season 2. perbezaan pemenang dan tempat kedua hanya lah satu kilo sahaja.mmg sengit.. korang layan artikal kt bwh ni yer..


A mere one kilogram was the difference between winning and losing.
24-year-old Singaporean, Viveganandam Deveraj (Raj) shed a whopping 67 kilograms to win Season 2 of the popular weight-loss reality show, The Biggest Loser Asia.
The Ngee Ann polytechnic graduate and 3D modeler pipped his closest rival Atikom Laksanapanai (Nai) of Thailand by a mere one kilogram in the show’s dramatic final episode taped in front of a live studio audience at MediaCorp Studios on Tuesday.
In so doing, Raj took home US$100,000 in prize money. Genghis Khan Enrique of the Philippines finished third.
Speaking after his moment of victory, Raj told Yahoo! Singapore he drew motivation to work out even harder after nasty comments criticised his gamesmanship during the 13-episode competition.
And despite beating a total of 15 other contestants on the show to claim the top prize, Raj said this was just the start: keeping the weight off, accumulated from years of bad eating habits, was going to be the real challenge.
“Yes, this is a life-changing experience, but it will not be the defining point in my life,” said a startlingly fitter and trimmer Raj.
“The defining point will be the same time next year, at the end of season 3 of The Biggest Loser Asia, when the highlight will be on me once again. Will I still remain trim and fit, or will I put back all the weight I lost?”
“Winning the prize money is definitely a very big cherry on top of this life-changing experience, but it’s not about who wins the Biggest Loser Asia 2 — it’s about taking control of your life. In this case, every other contestant’s a winner as well,” the avid gamer added.
In the showdown finale, Raj weighed in at a trim 77 kilos – a massive 67kg drop from his original 144kg when he started the competition.
Needing to lose at least 64 kilograms to beat Raj’s weight loss percentage, the popular Nai of Thailand could only manage a 63 kilogram loss at the final weigh-in, thereby handing the title to Raj.

The top 3 losers (from left to right): Nai, Raj and Genghis
 

“At that moment, I already made peace with myself and if I had lost to Nai, it would mean that he deserved it more than me,” said Raj.
Third-placed contestant, Filipino  internet cafe owner Enrique, hopes that his experience on the show will inspire others to adopt a healthier lifestyle.
“I have so many excuses not to exercise. I have diabetes, hypertension, heart problems, back problems and knee problems. I’m a ticking time bomb. But look at me now, I have all the excuses in the world not to take this step, so if I can do it, so can anybody else,” said the man, who himself lost 53 kilos throughout the entire show.
So what does Raj intend to do with his winner’s cheque of US$100,000?
“I want to use some of the money to set up a charity, to help people like me who need help in turning their lives around.”

Have a look at the before and after pictures:
Raj, 144kg, 24yrs, Singapore

The new Raj
Nai, 137kg, 26yrs, Thailand
The new Nai
Genghis, 162kg, 34yrs, Philippines
The new Genghis

credit to Yahoo

mmg jauh berbeza kan bentuk badan diorang dari mula2 masuk...kalau la aku pun dapat turunkan berat badan cam diorang alangkah bagusnya..


sayonara...:-)

15 December 2010

Perkongsian 4: Hampir Sama

Sedang aku godek2 email maka aku jumpa fakta ni..layanzzzz...



Fakta hampir benar

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium
kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila
melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di
sesetengah kawasan.


3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat,
kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua
tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka.
"Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa
mana ni?"


5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram
dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak
kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang
lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut..

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si
Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.


9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh
meletihkan.


10.. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru
diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L.
Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.


11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut
kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)

 
sayonara...:-)

Sikap Terpuji

Sikap yang terpuji : Tolong Menolong





budak-budak pun tau nak tolong binatang apatah lagi kita yang dewasa ni...

sayonara...:-)

Kene La Ikut Prosedur

Kepala aku buntu ni..xtau nak tulis aper sbb kerja masih lagi byk..n kene staybanck lagi ptg ni..sgt2 pack..


Ni aku nak cite sal client tadi jap.sian dia.xboleh nak keluarkan duit kwsp arwah suami dia sebab mase rujuk dulu dia tak sah dan daftarkan di pejabat agama.rujuk sendiri2 jer..hanya y ada sijil perceraian sahaja. ha, kan dh susah..soal nikah kahwin ni sebenarnya kene daftarkan kt pej agama atau mahkamah syariah. bukan aper, bler suami tu dah mati or hilangkan diri, kan dh susah. macam kakak tadi, dia nak keluarkan duit kwsp arwah suami dia tuk sekolah anak2 yang seramai 4 org..bler xde dokumen rasmi yang diorg rujuk makanya xde bukti la yang mereka masih suami isteri..kan dh jd satu masalah.xkan nak korek kubur suami balik sebab nak daftarkan rujuk..


Orang kat luar sane byk yang xpaham sal prosedur. ramai jugak yang salahkan mahkamah n pj agama kata susah la nak kawin, susah nak cerai, susah nak rujuk..ingt pej agama wat prosedur cmtu nak susahkan org xde sebab ker..sebabnya cmni la contohnya..xde bukti bercerai la, rujuk la,kahwin la..bler nak berurusan ngan jabatan lain kan susah. semua nak pakai kenyataan bertulis..

Jadi kat sini untuk memudahkan urusan di masa akan datang maka ikutlah peraturan yang telah ditetapkan supaya xmendatangkan masalah pada diri korang sendiri..


sayonara...:-)

14 December 2010

Perkongsian 3: Keliru

Sedang aku BW di Borak Kosong , aku jumpa entry ni so aku dgn penuh rasa taggungjawabnya ingin menerbitkan untuk tatapan pembacaku..
 
Image.1269920614664
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran 
                                                   
Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.                                       
                         
Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.
Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).            
                         
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.
Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.
Sekali pandang macam ayat dan kalimah  Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.  

sumber : 
http://resepirahsiaku.blogspot.com
 
sayonara...:-)

Hye Semua

Wallahh..dah la lame xtulis entry.. nk lgin pun susah..ermm ase cm lame jer cuti..tp mmg pn sbb smlm aku EL..ase xlarat nak pegi kerja sbb mlm sblm tu aku xleh tido..so layan cd la aper lagi..mesti korg pelik naper biler aku xkerja aku xleh online..sbb nya aku hany aboleh online di ofis sahaja...(ada tak bos aku baca ni ha)
kerana apa, kerana aku xdapat online dirumah..kerana apa, kerana di rumah ku berodban mmg xclear lansung..so aku dh terminate brodban aku tu..so bler onak online hany ado ofis atau mase lepak kt kafe memane..sian tul la aku ni..kwsn umah aku mmg dekat ngn bandar tp oleh sebab terlindung bukit jd mmg sedih la..



pagi ni taip entry mmg xde motif juat nak ucapkan selamat pagi dan salam ceria...



sambung kerja semula..

http://www.emocutez.com

sayonara...:-)

10 December 2010

Balik Awal

hari ni dapat balik awal sebab sumenya malas nak stayback..mgkin sebab esok cuti jadi nak kje pun jd malas..akhirnya aku berjaya juga menyiapkan SKT yang sikit punya susah nak wat.kalau manual senang gak tp online mmg payah la..asyik busy jer..

ermm esok ari sabtu kan tp aku xde plan nak pg mane2 pn..kalau keluar pun mungkin area kuantan jer kot..bler ari cuti aku lebih senang duduk umah, kemas umah n main masak2..hahaha...masak betul2 la..try aper2 masakan y aku ase nak masa la..

wahh...sudah mau balik..jomm la..my home, here i come...

ni bkn umah aku tau..pic by google
nice kan umah ni, nmpak klasik n tenang
di celah kehijauan alam

sayonara...:-)

Larat Pulak

susah tul nak log in blog pagi ni...dri pg tadi, skg ni baru dapat masuk n trus update..tepuk tgn tuk diri sendiri...yeyy...tu pun sbb kene restart pc blik..bru leh log in..wallahhh..adakah kerana pepagi lagi aku bukak pc trus ke web HRMIS tuk update SKT membuatkan laman sosial y lain terblock??hahahhaa..ciptaan manusia xsempurna...well..dh hari jumaat ari ni..cepat jer mase berlalu..maner tak cepatnya sbb dis week aku kjer 3 ari jer..hahaha...semalam blik kjer pas mkn ngn geng terbaik aku...(k.ena n nana) aku trus beli brg nak wat aiskrim homemade. ni gara2 lihat menu di blog aunty nani , tgk resepi homemade baskin robbin aiskrim dia wat aku teruja nak pegi ke pasaraya tuk mencari bahan2 yang diperlukan...lagipun tak susah..so boleh la aku sediakan sesuatu tuk hari cuti...

so sampainya di rumah rase xletih pulak jadi dgn bertemankan anak2 kucing aku y asyik mengekor jer aku pg maner tu aku siapkan la mkn mlm tuk my hubby n cuba resepi aiskrim tu..tp maafla, xsempat nak ambik pic (lain entry yer) sbb pas hubby aku mkn dlm kul 11.30, dia ajak lepak minum kt kuantan lak..so aku pg la..semacam ada kuasa pulak badan aku ni..xrase letih..so biler blik umah area hmpir 2 pagi, aku jadi susah nak tido lak..


ha..ambik ko..kan dh susah nak tido..so pg ni mmg aku xckup tido la...jd sebentar lagi aku akan menyiapkan diri tuk tido pada waktu rehat..yeyy..ari ni jumaat..rehat lame..mmg besh la dapat tido..klu dibandingkan dgn mkn, aku pilih tido lagi..sbb klu xckup tido, kje ape pun xleh buat..mmg tangkap kepala la..huahuahua..tak tau la klu ader org cm aku gak..


sayonara...:-)

09 December 2010

Minit Fail

"kertas catitan bicara pada...bla bla bla.."...itulah ayat yg terlampau kerap aku tulis dek kerana menyiapkan minit fail y back dated ni...wallahh...ni pun curik mase nak update jap..dlm 6.30 blik la ari ni...then kuar mkn y budak2 ofis ni pastu bru blik umah..(xdpt mkn ngn hubby lagi..huhuh)...cepat2 mau sambung kerja lagi..



sayonara...:-)

Kepenatan

Woooo..semalam aku blik kjer dlm pkul 7 pastu pg makan trus ngn k.ena(ofismate aku).kul 8.30 baru sampai umah..mmg letih. ni la penangan ISO...dua minggu ni sume org kt ofis ni kene stayback..haru sungguh...pastu mlm tadi sampai umah kemas dapur ckit then baring kt sofa.ingatkan sekejap jer, tp rupanya sampai ke pagi..hehehe..suami pg kedai mkn sbb lapo pn aku xperasan...sory yer abg, xlarat nak bgn masak dh...hehhee..

http://www.emocutez.com

sayonara...:-)

08 December 2010

Sambung lagi II

Kembali menulis tuk memenuhi masa yg xberapa nak lapang ni..hehehe..juling gak mata asyik tgk fail jer kan.. sambung balik cite tadi..Biler kerja kt mahkamah syariah ni, macam biase la mcm 2 gelagat manusia aku jumpa..y cerewet ..ade, y garang ade.macam2 la..sebut mahkamah syariah, perkataan y plg sinonim dgnnya adalah ‘cerai’. Setiap pasangan yang melalui alam rumahtangga mesti tak nak mengalami keadaan ni, tp siapalah kite sbg hambaNya.kalau perceraian adalah jalan yg terbaik tuk selesaikan masalah maka haruslah hadapinya dgn tenang.

Oleh kerana hari2 ader jer kes cerai y didaftarkan, kdg2 timbul persoalan dari masyarakat luar’ “Best sgt ker bercerai?”…hanya org y mengalami keadaan tu jer y tau best atau tak..berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.

Daripada abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w.bersabda, “Kaum wanita diciptakan daripada tulang rusuk dan tidak dapat engkau luruskan walau dengan apa cara sekalipun. Jika engkau berasa senang kepadanya, bersenang-senanglah. Namun dia tetap sahaja bengkok. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah. Mematahkannya bereti menceraikannya.”(Muslim)

Cukup sekadar aku utarakan satu sebab kenapa perceraian ni berlaku.aku bukan nak kondem org lelaki yer, Cuma ni salah satu sebab. Sebabnya xcukup sabar. Hadis ini bg peringatan pd kaum lelaki spy ada kesabaran y cukup tinggi dlm alam rumahtangga ni. Ye la, lelaki kan pemegang kuasa cerai jadi sgt2 penting la kaum lelaki ni byk2kan bersabar. Setiap masalah dlm rumahtangga, kena lah bawak berbincang secara baik.bkn bergaduh dan lepas tu berpisah.


 So pikir2kan lah...Berkahwin bukan untuk berpisah semata-mata. Jadi peliharalah rumahtangga sebaik mungkin.

sayonara...:-)

Salam Sejahtera

Salam Sejahtera di pagi rabu y penuh semangat..mungkin org lain xsemangat nak keje sgt ari ni sbb smlm kan ari cuti tp bg aku hari ni hari y smgt setelah 4 hari bercuti..isnin aku ambik cuti rehat jd mmg rehat sgt la di rumah…sepanjg cuti aku xpergi mana pun hanya sekadar pg beli brg dapur dan keluar mkn mlm kt kemaman smbil duk melepak jumpa kwn lama..

Walaupun bln ni sape y kjer kerajaan dapat bonus tp dgn kenaikan harga brg dipasaran yg naik mendadak akibat kenaikan minyak makanya aku xmerancang nak pg berjalan or melancong kemana-mana… save bujet pn yer jugak…J

 

Sebut pasal kerja kerajaan ni, aku belum pernah tulis lagi di mana-mana entry tntg bidang tugas kerja aku.aku bertugas di Mahkamah syariah. Di bawah unit pemantauan pembayaran nafkah oleh bekas suami. So sape bape2 y dah dapat perintah mahkamah tuk byr nafkah pada anak2 tp sajer xnak ikut maka bersedialah jumpa aku yer..hehhee..bkn aper, cube pikir anak2 yg tengah membesar tu..cmner nak hidup dgn selesa kalau nafkah diri x cukup. Ibu bertungkus lumus kerja tp kalau dh dia ibu, dia bapa,mana nak ckupnya. Yang si bapa lepas tgn hidup bahgia dgn keluarga baru tanpa peduli anak-anak dgn bekas isteri padahal itu anak dia jugak.. ini la contoh y paling kerap aku jumpa.sbb tu la bile bercerai ni anak2 yg selalu jadi mangsa.

Tak tau la biler keadaan ni nak berubah. Ader satu kes tu si bapa siap bersumpah lagi takkan bayar nafkah pada anak dia. Sanggup masuk neraka janji tak nak bayar nafkah.Na’uzubillah.., mmg jahil sungguh.…haru betul biler ada org tak tau hukum mcm ni.

Ok la, aku nak sambung keje jap..nnt aku smbung citer lagi yer..

http://www.emocutez.com
sayonara...:-)

Labels