CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nadya Honey's Bloglist Link

Followers

30 June 2012

Kembali dari Tioman

Tak menang tangan aku nak setelkan mcm2 kerja pas balik Tioman ni..
Ececece..sy balik pulau la..:)
Tapi smpai skg pening lagi..mabuk laut kot....
sblm aku hidangkan entry panjang, pic dibawah aku sertakan dulu sbg mukadimah yer..:)







nanti citer k..







29 June 2012

25 Perkara Tentang Lelaki Yang Harus Difahami # 25 [Habis Akhirnya..:)]


Jika anda tidak bersedia untuk berbicara tentang sukan, ketenteraan dan politik, lebih baik jangan bertanya tentang apa yang ada dalam fikiran pasangan anda.

Info dari Mingguan Wanita April






28 June 2012

Kuih Tiram Kuih Tradisi

Ni antara kudapan yang mak cik jaja tu jual kt opis aku
mak cik jaja ni aku rujuk pada seorg mak cik
yg datang membawa hasil jajaannya tuk dijual pd staff ofis aku ni
wahh,skema tul aku ni tp btul la kan,
kang klu xterangkan xpaham lak..:p
so pas ni klu aku sebut mak cik jaja harap korg paham la yer sapa yg aku maksudkan
dia dtg area kul 3 lbh ptg
dah lama batul tak makan kuih tiram ni


lagi klu yg kuih tu gebu n rapuh jer
bila mkn kruk krak...aduh...
teringat kngn mase sek dulu sbb suka mkn kuih ni
beli kt kantin sek..



27 June 2012

25 Perkara Tentang Lelaki Yang Harus Difahami # 24


Lelaki mudah lupa. Apa yang dikatakan oleh lelaki hanya akan mereka ingati dalam tempoh tujuh hari sahaja. Lebih daripada masa itu? Lupakan sahaja.

Info dari Mingguan Wanita April





26 June 2012

Mirror Oh Mirror..

MIRROR MIRROR....


Who's are d pretties women in d Kuantan.....?? Heheheh




Buang tebiat betul kan...


kang klu cermin tu duk menjawap baru tau...hikhik...:p







25 June 2012

25 Perkara Tentang Lelaki Yang Harus Difahami # 23


Tidak semua lelaki mampu mengingati tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir dan sebagainya. Sekiranya mahu ia diingati, tandakan di kalendar.

Info dari Mingguan Wanita April





24 June 2012

Teringin Makan Kek Jadi Jom Ke SR..

Ri tu aku menemankan member aku yg ngidam nak mkn kek ni..hehehe
Padahal aku pun nk mkn gak kan,,,yer la,sbb lama dah asenya xlayan SR..so ker SR Jln Ismail la kami...

Lagipun tuk minum ptg aku mmg tau ada pakej sepotong kek n free tea @ kopi..


Be4 ni pun aku mmg slalu pegi mkn time ni sbb slalu nk mkn keke waktu ptg jer...mlm  xleh la kan..hhuhuhu



Yang atas ni aku punya  CHOCOLATE INDULGENCE...Mmg layan ar..hikhik
Aku kan mmg penggemar kek..



Yang atas ni mmber aku punya BANANA CHEESE...
tp kata mmbr aku cpt muak sbb cheese kan..mmg cmtu la, xleh mkn byk..
Maka dgn itu terlepas la keinginan kami berdua dengan melayan kek pada ptg itu....yeayyy..!










23 June 2012

25 Perkara Tentang Lelaki Yang Harus Difahami # 22


Lelaki suka jika pasangan dapat menyuarakan perasaan atau pemikirannya dengan jelas tanpa perlu ayat berbunga-bunga kerana mereka tidak memahaminya.

Info dari Mingguan Wanita April





22 June 2012

Try Buat Tart Telur...

Try bersungguh aku buat taw tp akhirnya.....

TAK JADI.......HUWAAAA.....



Sedih sey..percubaan pertama gagal....kulitnya jadi tp inti dalamnya xjadi la..xmo kerass....huwaaa...cm frust jer aku taw......biar dulu la, xmo try lagi sbb pts ase...huhuu




21 June 2012

25 Perkara Tentang Lelaki Yang Harus Difahami # 21


Jangan sesekali berkata anda ingin berpisah dengan teman lelaki dan mentertawakannya apabila dia percaya dengan kata-kata anda. Mereka tidak menyukainya kerana itu bukanlah bahan lawak.

Info Dari Mingguan Wanita April


20 June 2012

Tentang Rasa - Astri

Dah lama xshare lirik kan
kali ni aku nak share lirik untuk lagu yg jadi msg tone aku

dari Astri - Tentang Rasa

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Untuk download MP3 pegi SINI








Selamat Hari Bapa, Abah Tersayang!

 STICKY POST
Wahh..sekejap jer masa berlalu..
Tau2 dah jumpa hari Bapa semula..

Macam2 panggilan yang orang gelar kepada seorg insan ini..
Bapa,ayah,abah,papa,bapak ei(org jawa),daddy n mcm2 lagi la...
Tapi aku panggil ayah aku ABAH..


Aku ase aku paling manja ngn abah berbanding mak.
Mungkin betul kata orang, anak perempuan lebih rapat dengan ayah dia n anak lelaki ngn ibu.
bagi aku abah adalah yg terbaik di DUNIA..hehehe


yer la,dgn dia apa saja aku nak dia bagi..hikhik..
tp xde la aku mintak bende yg aku tau dia xmampu buat tuk aku..

mase kecik2 dulu kan,suka bonceng motor duk belakang abah pegi kedai
sehari sekali jer boleh ikut, sbb nk beli dendang, xpon tora
heheheh..klu ikut pg kedai byk kali pun xleh beli byk kali.kene beli skali jer dlm sehari.
yer la,zaman dulu xcm zaman skg kan..
mase tu adik aku kecik lagi...xpandai nak ikut pg2 kedai..
so abah mmg bwk aku sorg la...
aku pun mase tu dlm umur 5 taun cmtu kot
oh rindunya zaman mase kecik2 cmtu...

pastu biler dah zaman sek men....form 4 ke atas, aku dah mula pkai motor pegi sek
klu kuar umah pg jumpa kawan2 sbb nk siapkn kje ker aper ker kan..
pg jumpa abah sblm kuar sbb nk mtk duit..:D
mtk rm3 dapatlah rm5..heheheh
duit minyak mtr + air..kata aku
abah seluk poket sambil hulur duit + senyum2..
mak lak duk jeling2 sbb dia ase abah bagi byk...hakhak..
mak mmg slalu jeles sbb abah manjakan aku..hehehe :p


Ase cm nak balik kg skg cium tangan abah...:(

SELAMAT HARI BAPA TUK ABAH


Semoga Allah akan terus limpahkan keberkatan dan rahmat sepanjang hayatmu
Aku mohon maaf dari segala salah dan silap
Moga abah dipanjangkan umur dan dilimpahkan dengan nikmat senang dan tenang dalam hidupmu.AMIN.



1 Time Pakai Tudung Hadiah Ni

Hari ni nak tayang aku pkai selendang yg budak praktikal bg kat aku
Ekceli bagi sblm raya lagi tp biasa la aku kan, tggu bukak ati dulu baru pakai...hahaha..choii betul la..:)
Anyway...SAMAT PAGI N SAMAT BEKERJA....:)









19 June 2012

25 Perkara Tentang Lelaki Yang Harus Difahami # 20


Usah jadikan pasangan umpama dadu yang boleh dilambung sesuka hati anda kerana mereka pantang dibuat sedemikian.

Info dari Mingguan Wanita April







18 June 2012

Pagi Kerja Dengan Semangat Hari Ini

Mornink uols....semangat yer pg kje aku ri ni..hehehe


awal tu aku dtg dri biasa..hikhik
sbb lepas punch card tadi aku berdesup pg market..
semata2 mata nak beli KETAMMMM!!
hahhaa..ni sbb penangan rancgan masakan smlm la ni..
trus ase nak mkn ketam cili api..
hubby pun cuti ri ni so leh la mkn sama ptg nnt..

sekilo RM28.
aku xtau la mahal ker murah sbb aku jrg beli ketam...
tapi puas hati la sbb ketam besar..
aku beli 3 ekor = RM33.
besar2 uolsss...huihhh..puas ati la..
klu aku ingt aku snap pic yer...
nk buat kje, daaa..



sekian dri tuan tanah...









17 June 2012

25 Perkara Tentang Lelaki Yang Harus Difahami # 19


Paling tidak disukai lelaki ialah mendengar dan menerima arahan. Biar sepenting manapun anda, mereka tetap tidak menyukainya.

Info dari Mingguan Wanita April









16 June 2012

Hidangan Malamku

Aku pun tak ingat dah bile punya peristiwa ni...
Nampak sgt dah lama kan bende yang berlaku ni..hikhik
Aku mmg xleh nk update segera...
Biler transfer pic masuk pc bru lah leh cter ikut pic yg ada...

Kami mkn kt kedai depan Tunas manja Bukit Setongkol..
saper org kuantan tau la kot..dekat trafik lite...
Bagi aku dia punya masakan boleh tahan la n byk pun yer jgk.
cuber tgk kangkung belacan tu,byk kan. padahal order cm biasa jer.
malam tu kami order telur dadar, sup ekor, kangkung n ulam...
ermm hubby aku tu mmg wajib ada smbal belacan n ulam klu nk mkn nasik..






Tadaaaa....abis dah....hikhik....
nnt singgah lagi..:) sbb masakan mak cik sedapppp....





15 June 2012

25 Perkara Tentang Lelaki Yang Harus Difahami # 18


Lelaki memang khusyuk bila menonton televisyen, jadi jika anda ingin berkata sesuatu pada mereka, katakan pada waktu iklan. Hanya pada masa itu sahaja mereka akan mendengar percakapan anda.

14 June 2012

Banyak Rupanya Khasiat Barli Ney...

Selalunya kita pandang sebelah mata jer minuman xglemer ni..huhu..yer ker xglamer, ker aku jer anggap cmtu ha?abaikan..
biler aku google carik khasiat dia rupanya macam2 leh buat ngan barli ni..Air Barli(opkos la ramai yang tau), pemutihan muka n sup barli(ni aku baru tau)..
sblm ni aku skdr tau barli org rebus pastu minum jer la...minum mase sejuk2..pergghh,terbaik la...

Ni aku nak share dulu info sal Barli ni

**********************
Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu.

Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran.Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadiikan sebagai makanan haiwan ternakan. 

Kajian klinikal di Australia, Kanada dan amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.  

Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ' waxy' lebih tinggi kandungan beta glucan daripada jenis barli lain. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggung jawab dalam menigkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

Barli mengandungi tokol yang tinggi. Barli juga merupakan sumber baik bagi vitamin B dan sesetengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan galian yang merangsang penyejatan glukosa dalam darah. Penyelidik di Englad melaporkan barli mempunyai kromium yang tinggi dan dikatakan merupakan sumber terbaik kromuim.Pesakit diabetes perlu mngawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku. 

 Tunas bijirin barli bertindak sebagai pelega, pengeluar kahak dan pelembut. Kadang kala ia juga bertindak sebagai bahan yang boleh menyebabkan keguguran. Dikatakan tunas barli boleh digunakan untuk merawat dispepia serta muntah dan kekembungan akibat meminum susu ibu. Sebaik-baiknya tunas bijiran barli ini tidak diberikan kepada ibu yang menyusukan bayi kerana ia mengurangkan pengaliran susu.

Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli ( rebusan air barli dalam air ).Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. Air rebusan bijirin barli pula dikatakan mampu diambil sebagai penyejuk badan

Malah dikatakan dikatakan jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hamper 5 kali besi dalam bayam, 7 kali vitamin c dalam oren dan 80 mg vitamin B 12 daripada 100 gram barli

Bagi penyakit serius seperti arthritis dan barah, pengambilan jus ramuan daun barli yang berwarna hijau atau yang telah dikeringkan, yang diambil dalam jangka masa dua jam selepas makan kepada 20 minit sebelum hidangan seterusnya dikatakan mampu membuatkan enzim-enzim digunakan dengan baik. Cara ini dapat membiarkan enzim diambil secara langsung dan sekali gus masuk ke dalam saluran darah di mana ia digunakan bagi memperbaiki dan menyembuhkan tubuh. Jus yang dihasilkan daripada daun barli juga dikatakan mampu merendahkan tahap kolesterol dalam darah. Bahan kimia dalam daun ini dikatakan mampu melambatkan penghasilan kerosakan saluran darah yang disebabkan oleh diabetes.

secara ringkasnya, barli berkhasiat untuk:
  • mencegah/mengurangkan risiko Sembelit
  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Mencegah kanser
  • Mengurangkan risiko kencing manis
  • Menyejukkan badan
  • Memelihara buah pinggang.
  • Melawaskan kencing.
  • membantu melancarkan penghadaman.
Info dari SINI

******************************
Selain dari tu, barli pun boleh jugak digunakan untuk memutihkan muka. meh aku nak share tips2nya.

Tips memutihkan wajah menggunakan barli. 

Bahan yang anda perlukan:  Barli, jus limau nipis dan air masak.

Caranya:
1)     Ambil segenggam barli dan goreng tanpa minyak.
2)     Setelah sejuk, tumbuk barli hingga lumat.
3)     Bancuh serbuk barli tersebut dengan sedikit perahan air limau nipis dan air masak.
4)     Sapukan bancuhan tersebut di wajah sebelum tidur. Amalkan selama seminggu untuk melihat hasilnya.

Info dari SINI
****************************

ok,yang ni last yer..Sup Barli...ha,SUP BARLI???


Aku dgr pun xpernh..ketinggalan sungguh la aku ni..org lain dhh biasa mkn kot,cm mkn ayam gorg jer..aku lak baru dgr...hikhik...jom aku share resepi sup barli..nnt korg cube buat pastu bgtau aku yer cmner rasa dia..:p

Barley sup dengan bawang putih goreng
1 cawan bijiran barlI
5 ulas bawang putih, digoreng
2 liter stok ayam, yang direndam daripada 1 dada ayam direbus dalam tiga liter air
2 sudu minyak sayuran
2 labu bawang besar, potong dadu
2 biji karot merah , potong dadu
2 batang seleri, potong dadu
150g daging ayam potong kecil
1 sudu teh lada putih
1 sudu garam sesuai mengikut selera
1 ikat kecil daun sup dicincang kecil
1 ikat kecil daun bawang dicincang kecil

Cara memasak:
1. Cuci barli dan rendam dalam semangkuk air selama tiga jam. kemudian buang air yang direndam.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang putih. Tambahkan karot dan daun seleri, kemudian barli dan tumis selama tiga minit.
3. Tambahkan stok ayam, lada dan bawang putih goreng dan didihkan di atas api kecil selama minima satu jam, atau sampai barli lembut.
4. Tambah garam untuk rasa dan melayani sup dan hiasi dengan daun sup dan daun bawang yang dicincang.

Resepi dari SINI

Sekian saja pelajaran kita hari ini yer murid2..lain kali kte share info yg berguna lagi yer..daaa..







Labels