CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nadya Honey's Bloglist Link

Followers

27 February 2013

Mengidam Periuk Baru :)

Rindu nak ada gadjet baru tuk masak la..haha..
ala mak mak sangat kan..biar la, asal bahagia..
Dah aku suka masak..

Oleh kerana aku ni suka wat manisan like puding or bubur
So aku nak carik periuk yang boleh masak atas api n masuk peti terus
Tak kesah la besi or kaca
Janji periuk baru.....

Selama ni periuk tu la masak lauk, rebus itu ini,
manisan pun dalam periuk yg sama
so biasanya aku duk la menyental takut de bau
walaupun dah gilir2 pakai periuk yg berbeza
yer la kan, dah mak mak ni
nak la tambah pinggan mangkuk cikit

kalau ikutkan lama dah asenya tak beli pinggan mangkuk bagai
eh jap jap
periuk 1 set n tea set 1 set jer yg aku beli
yang lain hadiah kawin..aaaaa...
so inilah masanya kan menambah koleksi benda yang baru...
yeeppaaaa....
Nanti senang kte tunjuk yer..

petang ni pasar malam
RR lak cuti ri ni
leh suh dia beli segala sayur mayur banyak cikit
tak larat aku nak membawak
sampai sakit tangan jinjit plastik nk pusing pasar malam kalau aku pg sorang

pastu mlm tadi dia request nk bubur jagung biler aku cakap nak wat bubur
Aku tak kesah memaner jer
janji manis
pastu letak dalam frezeer kan..
best makan bubur sejuk2
Sebab tu la aku mmg perlukan sangat periuk yang boleh masuk dalam frezeer
Tak mo la periuk lauk masuk frezeer kan
Nak la yang cantik cikit..:)

p/s: sonok nak beli periuk cam sonok nak beli baju...hehehe



Majlis Cukur Jambul, Maulud Nabi N Doa Selamat ; Semua sekali harung

Rasa bersalah sikit sebab tak update semalam..
huhuh..
ok lah..sebelum malas aku datang,
jomlah kiter tgk muka aku dulu..hahahaha


Muka ku dihari kenduri
hahaha..sebenarnya masa ni aku duk kt luar
kerusi n sofa semua letak kat bangsal
lepak sini sementara tunggu jemputan yang belah petang
OPss..xde mukadimah la
Cuti CNY ri tu
parent aku buat kenduri cikit
Doa selamat, maulud n cukur jambul
Anak buah tercayang aku tu la..
Anak adik aku...
Gewam aku...comels..
eh lari cte lak..ok
Jemputan ada dua sesi
wah sesi bagai
cam besar sangat jer
padahal biasa jer
Belah petang tu jemputan tuk orang perempuan
kawan2 mak aku n kawan2 adik2 aku
yang pmpuan la...
adik2 aku ni pun maner der kat rumah kan
biler cuti camtu la semua berkumpul
so masing2 nak jumpa kawan la...
belah petang tu disediakan makan nasik dah
n ada la cikit kuih muih
maafkan hamba yer
pic mknn xtgkp semua sbb aku yg banyak melantak
hahhaha..sampai muntah malam tu...

Yang ni tengah bungkus gula2 nak bagi kt tetamu



Yang ni dah siap bungkus..


Yang ni nak masukkan telur puyuh tu kt bunga telur


Dah siap dah..
Dapat dua pasu tak silap aku


Yang ni lak cm pintu gerbang yer..
No...no..no yer..
Ni tiang buaian yang dah siap di deko..
Aku balik tu mmg dh siap bende ni


Ha, kan dah cantik...
Deko oleh adik2 aku
Yang aku tukang tengok jew..



Inilah rupanya setelah digantung buaian


Tengok, pakai yg letriknya ko..
Sebab budak kecik sayang ni xleh benti walau sekejap henjut buaiannya
Nanti dia melalak..ha ko, satu kerja xsiap kalau dia nangis..
Jenis yang menangis ase..sabo jer la yer ko Zafran..
Yang sebelah aku tu la adik aku yang baru bersalin tu
dia adik bawah aku
Kire kak ngah la
Sekarang dah jadi cikgu praktikal dah
Yang ni masa kawan2 diorang datang melawat
Sebab adik aku ni tak duduk kt rumah aku
Dia tinggal rumah mertua


Antara makanan yang ada petang tu yer
Sambal tempe, masak lemak umbut, tumis kacang, telur masin, ayam merah
Pastu kuih cara berlauk n air kelapa n air teh
simple jer sbb jemputan tak ramai sangat
ha, baru ingat petang tu family mertua adik aku pun ada gak
ramai gak diorg datang
tp mase tu aku kt dapo, malaz kuar




Cepat2 kawen dik, nanti boleh dapat anak sendiri..:)




 Eh terselit lak kuda pepel aku ni..


Aku masuk jer la ape pic yang ada pun
yang ni mak mertua n adik ipar adik aku
Anak adik aku ni cucu pertama dalam family mertua dia n dalam family aku
So memang menjadi kesayangan ramai la kan...:)


Mane dia tu,
tak nak tunjuk muka


Ni pun tak nak 
Segan yer sayang..


Yang ni pulak sesi belah malam..
Orang masjid datang lepas isyak
Maaflah, kualiti gambar amat lemah
Sebab kami segan nak tgkap pic
Just hulur camera balik langsir jer..hehehe









Yang ni pic kami disebalik tirai
Saje tutup lampu
Eh mana pic aku?


Yang ni kat belah ruang tamu dapor
makcik2 aku n sedara mara datang malam tu dari Shah alam n Sg. Besar


Ala..ala..Tak nangis lak dia mase ni..


Owhh atuk dia susukan Zafran yer..
Yang ni mak aku

Mak cik aku pun nak jugak..
Masing2 nak kelek dia
Sementara tunggu nak pusing tuk cukur jambul lak..


Eh pic last?
ermm nampaknya begitulah...
Sekian dari kami
Pic dari Anak no 1, 2, 3 Pak Aji Deris..:)





25 February 2013

Sapaan Pagi

Vavavava...lamanya ku rasa tak update blog..
huhu..By d way, seperti biasa
malas nk kemukakan macam2 alasan

Eh aku tak update lagi kan sal cerita cuti aku mase CNY dulu..
Aku tak lupe pun just tunggu pic dari adik aku jer
lambat noo dia emailnya..
tak sempat la, kuliah la, meeting la..
hais, berbagai..

Malam tadi dia dah email
so aku akan cuba gigihkan jugak tuk update..
tapi nak cakap dulu ni
walaupun ambik pic pakai kamera tp kualitinya adalah ditahap biasa
Sebabnya ada yg bergegar
biasa la, xcited lebih sbb dapat anak buah baru tercayang..
hahaha..
Ok la, nk pegi bekpes dulu..
Pastu nak buat kerja mana yang patut
Nanti aku update biler agak2 lapang yer..daa..


19 February 2013

Aktiviti Hari Cuti Yang Saje-Saje

Salam uollsss...
Hari ni kte kje taw...hewhewhew
Kte cuti semalam..
sajer jer cuti sbb aku rasa dri mggu lepas aku mcm xde rahat sgt
membuzy kehulur kehilir
pastu nk cuti pas CNY tu tp sume mmbr2 opis cuti
so aku kene la tggl jg opis
hari isnin diorg mula kje aku cuti la pulak
merajuk ku kene tggl..

ekceli best la duk umah smlm...
bermalas-malasan tanpa kene kuar rumah..hehehe
sabtu ahad pn aku xlekat kt rumah
so mmg ase letih la
tu yg abik cuti semata2 nk duduk umah diam2 tu
hehehehe
hubby lak kje
so mmg aku boleh berehat dgn tenang...:)

xtvt semalam biasa la, masak, basuh baju, sapu sampah, kemas mana yg patut
setel baju sume, n sempat gak buat puding koktel
dh seminggu peram bahan
xsempat buat tp tingin nk makan..
last2 semalam baru sempat
setengah periuk aku wat
nasib la kang, kembong la perot mkn puding jer..hehehe
esok aku kene pg meeting
sampai khamis
tggl la RR..hahaha..

ok la...chaw dulu..



Luahan Hati 'Kami Berhati Walang'

Aku nak share entry ni
Aku rasa mewakili sebahagian besar pasangan yang masih belum mempunyai anak setelah berkahwin untuk beberapa lama. Semoga kalian yang membacanya dapat mengerti..
 
************
 
Kami Berhati Walang
Tahu maksud hati walang?
Dari Pusat Rujukan DBP antara maksud hati walang adalah bersedih, hiba, dukacita, gelisah, suram, rawan dan semua yang semaksud dengan kesedihan.
Kami berhati walang.
Lama aku berniat nak tuliskan entry sebegini. Dalam fikiran, entry begini patut diletakkan dalam 'rumah' khas itu tapi kali ni aku rasa seharusnya aku kongsi dan luahkan di sini. Sebaiknya perasaan walang ini sesekali dikongsi bersama.
Kami berhati walang.
Kami tahu kami kuat utk hadapi semua ini, kerana itu lah kami di pilih. We're the chosen one. Walau berhati walang, tapi kami lah yg dipilih untuk menghadapinya oleh Allah. Kami redha kerana Allah menguji sesuai dengan kemampuan hambaNya. Ini juga anugerah. Bukan semua dapat merasai dugaan ini. Bukan semua mampu menangkis persoalan 'bila nak dapat anak?' 'bila nak mengandung?' 'bila nak ada baby'. Seawal sebulan dua usia perkahwinan lagi soalan itu ditanya. Diteruskan hinggalah usia perkahwinan menginjak ke satu tahun. Satu usia yg pada orang lain sepatutnya sudah mula mengendong bayi sendiri. Tapi tidak pada kami. Kami yang berhati walang. Dimana saja soalan itu ditanya. Ketika sama-sama memilih lauk di cafe, disinggung bahu - soalan itu lah ditanya. Ketika dalam lif untuk naik ke tingkat masing-masing, masih sempat bertanya. Di depan cermin di dalam tandas. Dimana saja ada peluang. Apa jawapan utk bila? bila? bila? Kami yang berhati walang sememangnya tiada jawapan pada persoalan bila itu. Apa mampu kami jawab? Ada kalanya kami hanya tersenyum sumbing. Adakala kami melontarkan sedikit kata-kata sinis bilamana tak tertahan lagi. Tapi, jauh di sudut hati, sememangnya walang dengan soalan itu. Jadi, tidak semua berpeluang untuk menjadi tempat yang ditujukan soalan itu. Hanya kami, yang berhati walang, tapi semangatnya kuat. Allah berikan dugaan pada kami.
Kami berhati walang.
Allah itu Maha Mengetahui. Ketika menemankan emak di hospital 2 bulan lepas, berkenalan dengan seorang yg duduk di sebelah katil mak. Kelihatan dia agak sihat. Menurutnya, dia pregnant dan bleeding. Masuk hospital utk diberi pengawasan. Apa yang memeranjatkan ini adalah kali ke4 dia mengandung, dan anak hanya ada seorang. Maksudnya. 4kali pregnant dengan 2kali keguguran, hanya satu yang berjaya dilahirkan dan kandungan keempat ini pun perlu berjaga jaga. Di tahan di wad, sentiasa 'diseluk' oleh doktor. Aku terdiam seketika. Ujian nya lebih berat dari aku. Kalo jadi pada aku entah lah. Menahan sakit itu satu, menahan kekecewaan keguguran? Sebab itu lah Allah turunkan ujian sesuai dengan kemampuan kita.
Kami berhati walang.
Terkadang kami rasa semangat kami hilang bila melihat seorang demi seorang rakan yang turut sama naik pelamin telah mula menambah anak. Yang kawen setahun selepas pun anak dah pandai membaca ABC. Bukan itu saja, yang kawen selepas empat tahun kami berkahwin pun sedang menunggu hari menyambut kelahiran bayi. Apatah lagi, yang seangkatan sama sebaya semuanya telah update status 'tak sangka anak dah masuk darjah 1' awal Januari lalu. Hiba rasanya melihat status sebegitu. Terasa sungguh kekurangan diri ini. Hati yang walang bertambah walang. Tapi.. ingat.. kami adalah yang terpilih. Mereka tak merasa begini, sebab ini bukan 'nikmat' Allah berikan pada mereka. Sabar. Pasti ada hikmahnya.
Kami berhati walang.
Tersentuh rasa hati bila ada yang mengatakan 'ini mesti orang yang takde anak yang cakap ni' tatkala ada isu yang membuat hati ibu sensitif. Kami yang berhati walang ini dijadikan mangsa. Adakah orang yg ada anak semuanya berhati mulia, tak pernah menuturkan sesuatu yang luar jangkaan. Yer, kami memang tiada anak, tapi kami bukan tiada perasaan belas. Perasaan ihsan. Perasaan kasih. Mana mungkin kami tega, senang lenang melihat anak-anak yang sakit, yang menderita. Mungkin tak sengaja. Tapi... seeloknya jangan lah menuduh terus kepada kami yang tiada anak ni sepertinya kami ini langsung tak punya peri kemanusiaan.
Kami berhati walang.
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Ada sesetengahnya mungkin tak terniat untuk mewalangkan hati kami, tapi kami mohon, fahamilah, tidak banyak sedikit pun sudah cukup. "Sejak ada anak, langsung tak berpeluang menonton tv. Anak asik nak tgk katon" balas sang rakan ketika kita asyik bercerita tentang drama bersiri yg kita ikuti. Kami berhati walang. Terkadang kami sensitif. Terkadang kami tersilap tafsir. Menafsirkan kata-kata tersebut hanya nak menyampaikan yang kami tiada anak ni punya lebih masa. Lebih baik ada anak dari menghabiskan masa menonton, begitu?. Kami berhati walang. Tersentuh hati tiba-tiba. Tapi, aku sendiri baru je ke rumah teman karib zaman sekolah. Jam di dinding menghampiri jam 5 petang sewaktu aku tiba ke rumahnya. Melihat di skrin tv - One HD. Bukan Disney Channel mahupun Ceria. 2 orang anaknya, seorang 7 tahun dan seorang 4 tahun - asik bermain sesama sendiri. Katanya "aku suka tgk citer Korea ni, susah nak tgk waktu lain sbb mmg dia takde ulang dah". Sambil melayan kami sebagai tamu, matanya tak lepas dari menonton cerita kegemarannya itu. Dalam perjalanan pulang, kami suami isteri sempat bercerita sesama sendiri "anak dia tak kesah nak tgk katon pun yer". Itu kisah sahabat aku. Kisah abang aku juga begitu. Anaknya didisplinkan utk menonton karton hanya pada waktu siang. Dan malam remote hanya di bawah kawalan ayah mereka. Anak kita - kita yang mencorakkan. Yer, aku tahu, pasti ada yg mencemuh "tiada anak, kau boleh cakap lah" Terpulang.. terkadang kita tak boleh angkuh dengan apa yg kita ada.
Kami berhati walang.
Memang. Kami ini boleh dikategorikan sebagai terlalu sensitif. Cakap macam tu pun tak boleh, cakap macam ni pun tak boleh. Sentap. Terasa. Tahu program Kembang Sa-Taman yang pernah disiarkan di Astro Warna - memaparkan kisah keluarga yang takde anak? Digambarkan suami isteri asik berlari2 sekeliling rumah. Lama kelamaan menjadi bosan. Si bapa mertua pula belikan jamu utk dimakan oleh si isteri. Pada yang bukan berhati walang seperti kami, kisah itu kisah biasa. Sekadar lawak jenaka. Tak perlu diperbesarkan. Tapi, bagi kami, ini sesuatu yang membuat hati kami bertambah walang. Mengapa digambarkan begitu. Kami tidak se bangang itu yg asik berlari2 keliling rumah. Ingat kami tak berusaha?
Kami berhati walang.
Kami tak meminta apa-apa. Cuma, mohon, fahami lah kami. Jangan lah ada perasaan angkuh dengan kami. Janganlah cuba membandingkan sesuatu cerita yang lain dengan anak. Janganlah bila ada cerita berkenaan novel, anak juga diceritakan. Janganlah bila ada cerita tentang makan meatball di IKEA, anak juga diselitkan. Kami tahu, harus lah insan normal bangga dengan rezeki Allah itu. Anak, siapa tak bangga. Tapi, itu juga rezeki dan nikmat dari Allah yang boleh ditarik dalam sekelip mata. Kiranya ditafsirkan bahasa lain bilamana ada yang berkata 'dah ada anak, tak sempat nak membaca novel' seolah menyesal ada anak dan tidak dapat membaca novel? Orang lain ada yang beranak pinak, sempat saja baca. Itu yang terkadang aku tafsirkan, ada sesuatu yang ingin diperbandingkan. Tak boleh nak buat sesuatu hanya kerana ada anak. Kasihan.
Kami berhati walang.
Mungkin, ada yang terasa hati dengan penulisan kali ini. Ada yang mencemuh. Mencebik. Mengatakan aku ni terlalu sensitif. Sentap. Tapi, sebenarnya persekitaran ini lah yang membuatkan kami berhati walang ini makin sensitif. Tiada anak diandaikan seolah satu kekurangan, musibah yang amat dasyat. Seolah olah menjadi golongan yang cacat.
Kami berhati walang.
Pada yang mendoakan kami agar kami berpeluang menjadi ibu dan bapa, kami ucapkan terima kasih tak terhingga. Semoga doa kalian dimakbulkan Allah. Kami juga teringin nak rasa bagaimana tak sempatnya nak baca novel bila dah ada anak, kami juga tak kesah tv kami di conquer oleh siaran 611, 612, 613 dsbnya, kami juga tak kesah bila kami tak dapat makan meatball lagi, kami juga teringin nak bawa anak-anak berjalan bila hari cuti. Siapa tak sedih, bila melihat rakan seangkatan sudah menghantar anak ke sekolah.Tapi kami.. masih menghitung hari, masih ke sana sini berusaha untuk mendapatkan anugerah berharga itu. Sebak bila semuanya dibandingkan dengan anak. Kami tahu kami tiada anak. Kami tahu kami tidak pernah merasai nikmat mengandung, melahirkan. Kami tahu kami tak pernah bangun malam menyusukan anak. Kami tahu, kami masih belum berpeluang untuk itu semua. Kami mohon juga, terkadang jangan lah terlalu membandingkan anugerah yang kami masih belum berpeluang itu dengan segala apa yg ada di dunia ini. Kami tahu, ianya tak ternilai. Memang tak ternilai. Jadi, kami mohon, usah dibandingkan lagi. Sememangnya ianya tak sama dengan keseronokan membaca novel, keseronokan pergi bercuti, keseronokan menonton wayang dan segala keseronokan yang ada dimuka bumi ini. Aku yang berhati walang ini bersungguh memohon.
Sememangnya, kami berhati walang kerana masih belum belum diberikan peluang menjadi ibu dan ayah.
Tapi kami tahu, kami antara yang terpilih.
Kami kuat untuk menghadapi dugaan yang diberikan ini.

Sumber dari sini

**************
Tiada kata yang dapat kuucapkan....:(

14 February 2013

Nukilan Hati # 1

Sebening cahaya pagi
Seredup cuaca mentari
Sesepi bunyian alam

Melangkah lemah ke hujung muara
Menongkah arus yang kian meraja
Melangkau fikiran yang makin menyinga

Adakah aku masih mampu berdiri
Ditepian sungai kesedihan
Di pinggir gaung keresahan
Dan di tepian ombak kedamaian

Ku serahkan semuanya padaMu
Akan ku pikul segala ketentuan
Kuredhakan sekalian ujian
Kerna ku tahu
Kemanisan berada dihujung jalan...

Nukilan :
putridhia








13 February 2013

Kenangan Zaman Dahulu Yang Habisku Bakar

fuh fuh fuh..
pergilah jauh malas update blog....
hhahahaa..siap mandrem bagai\padahal mg pemalas lipas pun update
hari2 aku bukak blog
hari2 jenguk rumah jiran2
tp biler bkk draf
hilang sume idea
terbang melayang
jari pun kaku nak menaip aper
padang kosong jer ke screen..
sungguh byk helah muslihat
padahal malas nk kerah idea nk membina ayat
tau dah

dulu pun mase sek
klu cikgu bg homework yg kene mengarang
plg mls nk buat
sbb aku suke mengira
suka sgt
bab2 menulis panjang2 ayat berbunga2 susun isi
tersurat tersirat bagai mmg sgt tidak minat

novel suka la sgt mmbacanya
tp klu subjek komsas(komponen sastera)
mmg la xbest nk jawab soalan
sgt tak best...

tp klu tulis diari aku suke
bot everyday la pulak
sbb aku hanya akan menulis biler ada cte best n ble ada mood
tuk kenagan jer
dulu aku ada beli buku tulis cantik sikit la kan-xde diary bagai pun-
penuh satu buku tulis tebal tu aku duk catat
mcm2 kenangan mase sek
kene kutuk ker, kene ngorat ker, naik bas sempat..
macam2 la....
pastu klu boring2 baca balik..
dari dh luper pun boleh ingt balik

sayangnya aku dh bakar buku tu
dengan sekotak surat2 n mcm2 gambar yg aku rasa terlalu peribadi
sebabnya
mase tu aku nk tgglkn rumah sbb dpt masuk kolej
so sgla2 bende tu kene tggalkan kt kg
daripada dibaca lebih baik aku bakar semuanya
ase menyesal lak aku bakar
dah takde kenangan zaman sek
tapi sebab paling utama aku bakar adalah semuanya kisah cinta monyet aku
aku tulis ctu
nak mampus kalau mak aku jumpa
hahaha...
so sekarang ni ape yang aku ingat jer la..
kenangan2 lama
lagi2 family aku pindah rumah
so mase pindah tu aku kt hostel
so barang2 aku yg lain/buku2/baju2 pun tak tau letak mana
ada gak aku selongkar mana kotak2 segala2 barang tapi tak jumpa
tak pe lah kan
ada hikmah la tu
mane tau kalau RR jumpa kan..
ha, menjawab..

p/s: cerita melalut, padahal nak cakap malas jer..

01 February 2013

Cayang Oyeng

Tak de pe sangat pun yang aku nak tulis
Nak share pic si chomel aku ni jer la
sekarang ni aku lepas dia je kt luar rumah
pasir n mknn pun duk luar
dh menggelupur sangat nak duduk luar hari tu
sampaikan mase aku kurung tu buat suara garau
bising la kan
dah la malam-malam buta
risau jiran komplen jer
so kami pun lepaskan dia
sehari gak dia berjalan
tak nampak batang hidung

past alih-alih balik rumah kelam kabut nak masuk umah
mase tu aku baru balik kerja
aku xsempat bukak pintu lagi
dia dah menunggu depan pintu
masuk-masuk terus berlari dia pegi bilik air
haus rupanya..
lebih seminit jugak la dia duk minum air
tau pun ko yer, kt luar rumah tak de tempat makanan n minuman

last-last sekarang ni aku biar gitu jer dia
duk la jadi pak gad kat rumah tu
aku bukak gate pun dia relek jer pandang
tak bernafsu nak bangun pun
kalau sebelum ni dengar bunyi bukak grill jer dari tido boleh melompat turun
dah bagi keluar, tak heran lak dia...
penghibur hati penggeram jiwa..hahahah..hamboi..







Labels