CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nadya Honey's Bloglist Link

Followers

22 March 2013

Sibuk Sibuk..

Sangat Sibuk hari ni
Tak duduk kat tempat aku pun
Menyiapkan minit mesyuarat dan pelbagai surat perlantikan

Dah lama asenya aku tinggalkan segala urusan yang sibuk macam ni
seingat aku kali terakhir aku cmni adalah mase form 5 n 6
mase tu aktif berpesatuan n anjurkan macam2 aktiviti luar

Pastu biler aku masuk kolej
aku elakkan dari terlibat dengan aktvt luar
terlibat lite2 tu adalah tp sbgai ahli biasa jer
Letih dah asenya handle xtvt2 ni

eh nak balik dah
lain kali aku up date lagi
banyak urusan
ni pun stanby nak balik kg biler2 mase jer..
daa..



20 March 2013

Semangat Tahun Baru


Sepatutnya up n3 ni awal tahun ritu...
Peram lama sangat..
Setiap tahun mmg buat planner sendiri, print dari Outlook
Walaupun dapat diary yang punya la bapak canggih tapi tetap guna yang ni.
Tak tau la kenapa lebih selesa/suke guna planner sendiri..
Diary yg dibagi mmg jarang aku gunakan
conteng sikit2 jer...or bawak meeting

p/s: ari ni pg kursus sehari kt HQ di Putrajaya..balik hari, penatsss..


19 March 2013

Tengok Saje Pegang Jangan

Abaikan keadaan rumah yang bersepah
Fokus pada objek oren yang berekor atas sofa tu
Sekian.

Apa bende gerak-gerak dekat dinding kecik empat segi tu, macam best jer..



Tengok dekat lagi la, mata rabun, mata tak nampak macam mama. kene pakai spek dah ni..


Dekat lagi tengok, baru best. eh asal macam orang jer dalam tu. camner diorang masuk, aku nak masuk lah.
 
Tengok macam ni jer la, sebab yang orang kecik tu macam lawak jer dia cakap...nampak macam ikan goreng pun ada..lapa..
 
 
".......Oyeng.....meh makan...."
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

18 March 2013

Sepatah Dua Ucapan

Dimulakan hari Isnin dengan semangat yang tak bape mari..
biasa la, awal minggu kan
biasanya hari kedua baru aku rasa enjoy pegi kerja..
datang kerja siap melalak pasang radio kuat2 walaupun umah n opis hanyalah 10 minit perjalanan

Puas bai biler menjerit melalak cmtu
baru terserlah kehepiannya
pastu biler sampai maner2 trafik lite
mule la snap muka sendiri sekeping dua..
baru ceria hari2 aku....
begitulah suasana pagi2 mase aku pergi kerja

Kalau time waktu tak baper hepi, diam sudah sambil pandang kiri kanan
radio pun bukak slow, sekadar halwa telinga
tak nak bagi sunyi sangat
tapi kan kalau aku tengah berpikir secara serius, aku padam sume radio cd bagai
aku akan senyap sambil pikir kerut2 dahi
begitulah aku..

Eh eh fail di meja dipandang sepi jer
tak datang mari nak buat laporan
otak jem lagi
laporan kene buat ayat kan, haruslah kene tunggu angin penulisan ku datang
aku memang dari sekolah dulu tak minat tulis2 ni
nak2 lagi karangan
kalau luahan hati cm diari pun, time2 terdesak jer tulis sebab tak tau nak citer kat saper
pas tulis panjang berjela, barulah lega

Lega dapat menaip sepatah dua kata ucapan untuk hari ni..hihih





Kebaikan Menangis: Satu Terapi Perubatan


Jangan ingat menangis ni hanya untuk meluahkan perasaan jer
yer la kan, bila kte terlampau sedih dan terlampau gembira
memang secara tak lansung air mata akan keluar

So aku nak share beberapa kebaikan menangis (dari sudut perubatan) *mood serius hari ni

1- Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan
Zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan.

2- Meningkatkan kadar dengupan jantung
Degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan satu perasaan yang sangat tenang.

3- Menghalang penyakit
Universiti Temple dari AS telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semulajadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.

4- Membebaskan racun dari badan
Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, "Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk menangis berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan." Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat, air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan, menjadi orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.

5- Air mata mengandungi 25% protein
Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Hal ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ia dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis. 

16 March 2013

Peninggalan

Mengimbau kembali kenangan
Ofis yang ditinggal
Tengoklah macamaner berserabutnya

Alang-alang dah ada pic aku sharekan sajer




15 March 2013

Ang Pau

Ntah betul ntah tidak ejaan tajuk aku tu
1 time dapat Angpau...RM20
Teruja!


Dah selamat ku belanjakan ke skirt baru..hehehe


14 March 2013

Nangka Pemberian Jiran

Sudah selamat menjadi bubur/pengat nangka
Nak makan gi tu sajer maunya kembong perot angin
Aku makan bape ulas jer pun, tak berani makan banyak


Tapi biler dah jadi bubur, haruslah makan banyak
nak2 lagi letak dalam freezer kasi sejuk..wallah...


13 March 2013

Gadget Baru TEFAL - Periuk Nasi Microcomputer

Tak hingat dah haku biler
Tula lama sangat tak update
duk peram jer pic

So ri tu duk ckp ngan RR
aku ni duk masak nasik sikit ajer
Makan berdua
sebelum ni masak nasik dalam periuk nasi atas api jer
tapi tau jerla kalau atas api kan
1/3 jadi kerak
so pikir punya pikir
makanya aku duk kata la nak beli periuk nasi letrik

Servey punya servey brand TEFAL dah melekat kt hati
berjaya membawak balik ke rumah
Harga tak silap aku RM159 sajo
kt Pakson ECM


Button Microcomputer


Boleh kukus/ stim/bubur jugak


So far dah beberapa bulan pakai ni, puas hati la...
Biarlah berbaloi yer dak...hihihi

12 March 2013

Aaron Aziz & Kerat 14

Aku ni bukanlah jenis minat mati sangat kat pelakon ni
Depa pun manusia kan, just kadang2 suke tengok depa berlakon jer.
Ada ritu aku kata aku minat tengok Beto berlakon. So far ok la.
Ada gak suke tengok pelakon lain cam antara pelakon glamur
Cam Aaron Aziz, Adi Putra.
Tu yang tengah hot sekarang ni kan.

Yang lawaknya, aku tak ingat hari apa ntah
Boleh aku mimpi si abang AA ni.kahkahkah
Tak pernah ayat aku mimpi pelakon.
Dah la dalam mimpi tu dia cam pilih aku
antara ramai-ramai perempuan nak buat pasangan hidup.
Hayyooo..
sungguh kelakar
Dalam mimpi tu aku macam tak percaya giler la.
Tapi opkos la bangga..hahahaha
Sori kak diyana. ini mimpi mengarut je.
Nak kata aku duk bayangkan aa sebelum tido tu, asenya tak de la kot
Just mungkin aku ada tertengok iklan Astro first sal cite Kerat 14
Kalau tengok trailer cam best jer
Nampak ngeri n ganas



Tapi biler tgk so far cite ringan
ganas cuma sikit
pastu polis dapat tgkap macam tu jer
Tak de halangan n konflik..
So tak la rasa ralat beli tiket
Download jer sudah..mihmihmih..:)

Keluar Masuk Hospital/Klinik

Kekeringan idea dan kesibukan menguruskan kerja seharian
ditambah lagi RR yang asyik berulang ke klinik/hosp
yang terbaru ni, tak silap aku hari jumaat belah mlm
masa tu aku nak tido dah
dia mengadu sakit perot gastrik
tp leh tahan lagi sbb dah mkn ubat

then aku pun tido la
pastu dlm kul 4 pagi aku duk dgr org mendesah jer
tgk2 di kt sebelah dah bersandar pegang dada
aku tegur tanya nak pegi hosp ker
dia cakap nak sebab tak tahan dah
dia kalau boleh tahan lagi memang tak la nk pg hosp/klinik

so aku pun bersiap ala kadar hantar pegi hosp
masuk icu jap
masuk air n ubat
x-ray takut ada apa2
dari kul 4am-7am aku kt hosp tunggu dia
sib baik ok..
balik rumah setel makan semua dia dengan aku2 mentido
nantuk uolss
duk tunggu kat hosp tu pun aku dh terlentok2 kt kerusi

begitulah seadanya cerita aku ini
ada idea ku sambung.

Tataplah wajahku seketika..uhuhk






01 March 2013

Aku, Dia & Tong Sampah

Cerita yang sangat sempoi
Yang paling sempoi aku pernah tengok
ase macam bukan lakonan jer
macam kehidupan real
lakonan beto n siti saleha mmg mengancam
pasangan yang serasi
sangat2 best la!
hahahah....

cte dah lama dah tapi aku duk baca ada blogger yg fames amos
duk kate cerita ni best
gigih ok semalam aku mencari link download sane sini
n bile tengok memang sangat puas hati

Antara part yg aku suke n tetibe leh buat aku terburai gelak mase amir n shanaz pg live band
amir kate suare penyanyi yang tengah nyanyi tu xsedap
terus penyanyi n penonton senyap..hahhaah..
coverline kate nasik lemak yang makan tadi tak sedap..hahaha
lawak sungguh..

So far lakonan Beto bagi aku memang kelas..
Dia ada identiti n karisma tersendiri kalau belakon
Harap2 lepas ni akan banyak lagi lakonan dia yang best2...

'Jangan ubah diri kita untuk orang lain sebab kite dah sempurna'
'Kalau seseorang sayangkan kite, dia takkan suruh kite korbankan impian kita untuk dia'

p/s: sib baik aku bukan jenis die hard fan mana2 artis laki. so minat gitu2 jer.
p/s: nak link download, google sendiri...muahahaha..




Post 28/2/2013

Terasa nak bebel2 jap..
Urmm xde la bebel aper sangat pun
Urrmm sembang2 malam tadi ngan RR cam xdapat jer beli periuk
Sebab cam xberbaloi lak beli sikit2
Mahal jer

Kalau beli sekali 1 set baru murah sikit tapi bajek la pulak..
Kene tambah lagi la ni..
So tak de la kiranya periuk baru
Tapi kan....
Kelmarin sempat sambar skirt baru...ngeh ngeh ngeh
Warna royal blue..
Tantik woo...skirt yang kainnya cm getah tu..

Walaupun nampak cam kecik tapi kain getah kan...
sangat selesa kalau lepak2 rumah
Pastu tetibe melompat kene kuar cam pegi kedai ker,
ambik RR balik keje kalau hujan ker, kuar minum malam ker
Memang aku sauk jer skirt ni then pakai t-shirt..setel..
Pakai lak tudung sauk lak
Takdenya malam2 aku nak pakai tudung bawal atau shawl berbelit2 bagai
Aku lebih suke skirt yang pattern A cut camtu dari yang kembang sajo

Nanti every month nak beli sehelai wat koleksi selepas azam nak kumpul shawl every month dah terkandas sebab dah naik harga..huhuh
Memang bengang la..biler aku dah suke beli baru la nak naik harga pulak..spoil..
Abis citer skirt, citer sal makanan lak..

Semalam buat bubur jagung setelah terjumpa orang jual jagung mentah kt pasar malam
Dah sampai musim dia kot..
Sebelum tu plan just nak beli jagung dalam tin jer tapi dah rezeki RR nak makan kot
Sib baik ade kan
Beli sayur jer semalam pun..fuhh, harga sayur mahal woo..
Murah lagi beli kt pasar raya ni
Kt pasar malam aku rasa makin lama makin mahal..
Ker aku jer yang rasa camtu ha..?

Setel beli sayor, n jagung balik
Lagi lama kat pasar lagi banyak duit abis
Tak beli makanan pun sebab semalam aku masak nasik
Wat lauk lala pindang
Ulam timun n tempoyak+budu
RR masak sebab aku suh dia masak lak
Dia cuti semalam
Setel makan malam kami..

Malam sikit aku buat bubur jagung
Sambil RR bantai makan kedondong n jambu
Cicah colek
Fav gak tu

So far makanan fav kitorang tak jauh beza sangat la pun
Memang senang la nak bagi dia makan
Tak payah lauk susah2..janji ada sayur...n budu
Sangat kelantanese kan (eh betul ker eja?)..hahahha...
Ok la, bye

P/s: penutup yang terkejut
p/s:ni catatan semalam kul 3.15 ptg. Xboleh post semalam so post ri ni la...




Labels