Baik encik2 dan puan2..mari lah kita berkongsi sedikit ilmu tentang tubuh badan kita.hehehe
Pagi2 lagi aku dtg opis duk google maklumat ni sbb aku menghadapi masalah tu.
Masalah aper yer?aku pun malu nak ckp tp setap org mesti prnah rasa wpn tak selalu.
SEMBELIT.ya itu lah masalahnya..so mari lah kita mengenal serba sedikit tentang mslh ni..cikidaut...
**************************************
Gejala-gejala umum
sembelit adalah meliputi (sekiranya anda mempunyai salah satu daripada
gejala ini, maka memang sah anda sudah mengalami sembelit):
- Kekerapan untuk berak berkurangan berbanding biasa
- Perlu teran sampai muka menjadi merah ketat ketika berak
- Terasa sakit ketika berak
- Tahi kelihatannya sangat kering dan keras, dah rupa macam tahi arnab atau tahi kambing.
- Tidak berasa puas selepas berak – terasa macam ada lagi tahi yang tak keluar.
- Teran punya teran, alih-alih seketul tahi pun tak terkeluar. Keluar tandas dengan muka yang hampa.
- Kadang-kadang proses meneran itu boleh mengakibatkan pendarahan pada dubur (lubang punggung)
- Selain itu, mereka yang mengalami sembelit akan cepat berasa kenyang ketika makan.
Punca-punca umum sembelit meliputi:
- Kurang pengambilan air
- Kurang pengambilan serat
- Kurang aktif
- Stres
- Malas nak ke tandas
- Pandang remeh apabila terasa pola untuk berak itu semakin mengurang
- Punca lain termasuklah pengambilan beberapa ubat (seperti ubat
penghilang rasa sakit), beberapa keadaan perubatan dan perubahan
persekitaran (pergi bercuti).
Cara mudah untuk mengatasi sembelit:
- Lakukan senaman secara kerap. Disamping mengurangkasn stres,
bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisma. Apabila metabolisma
meningkat, proses peristalsis juga menjadi semakin pantas (cepat berak).
- Minum air secukupnya – ramai mengesyorkan untuk minum
sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari, tetapi bagi aku, bab minum-minum
air ni hanya perlu dengar pada tubuh anda. Minum apabila mula terasa
dahaga, dan perhatikan warna air kencing. Sekiranya mula berwarna kuning
pekat, perbanyakkan minum air.
- Makan lebih banyak serat, termasuk bijirin, roti gandum penuh, nasi, dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayuran sehari.
- Jangan malas nak ke tandas!
Dapatkan nasihat perubatan yang
selanjutnya sekiranya sembelit anda adalah pada peringkat yang lebih
parah (sakit perut, muntah-muntah, dan lawas mengandungi lendir/darah)
**********************************
Namun begitu, klu sembelit bertambah kronik,mungkin pesakit menghadapi
KANSER USUS.
so jom kte tgk pulak info sal kanser ni...
*****************************
Bagaimana mengenal kanser usus
Kanser usus atau
barah usus merupakan penyakit yang amat digeruni oleh sesiapa termasuk anda. Kanser usus atau barah usus merupakan
penyakit barah
yang utama bagi lelaki dan ketiga paling banyak menyerang kaum wanita
di negara ini. Barah usus bermula dari dalam lapisan usus besar. Kanser
ini membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain.
Tanda-tanda kanser usus
Anda harus berjumpa dengan doktor jika anda tanda-tanda seperti berikut:
- Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
- Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih
kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau
rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
- Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
- Sakit perut yang berulang-ulang dan berpanjangan.
- Berat badan turun mendadak.
- Cepat penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab.
Keupayaan diserang kanser usus
Risiko anda semakin tinggi jika: Terdapat sejarah ahli keluarga yang
menghidap kanser usus. Anda pernah menghidap penyakit radang usus iaitu
kolitis ulser atau kolitis Crohn lebih daripada lapan tahun. Jika anda
berusia 50 tahun ke atas risiko diserang kanser amat tinggi.
Rawatan barah usus
Rawatan untuk barah usus adalah sesuatu yang kompleks dan mencabar
Seperti mana terdapat pelbagai jenis penyakit kanser begitu jugalah ada
banyak jenis rawatan untuk kanser. Pembedahan merupakan pilihan utama
bagi mengurangkan beban pesakit. Bagaimanapun kemoterapi atau
radioterapi mungkin dicadangkan kepada anda.
Ujian saringan barah usus
Ujian saringan kanser usus mampu mengurangkan risiko kanser usus.
Ujian kaedah faecal occult blood test (FOBT) atau ujian darah okulta
tinja disarankan kepada anda yang sihat berumur 50 tahun ke atas. Ujian
FOBT merupakan ujian ringkas untuk mengenal pasti tanda-tanda awal
kanser. Ujian ini dilakukan dengan mengambil beberapa sampel najis
dengan menggunakan kit ujian.Pengambilan sampel anda boleh dilakukan di
rumah, kemudiannya dihantar ke makmal untuk dianalisa. Ujian FOBT akan
menentukan kehadiran darah dalam najis. Sekiranya ada, ujian lanjut
perlu dijalankan untuk mengenal pasti punca pendarahan. Peluang untuk
sembuh adalah tinggi iaitu sebanyak 90% jika pengesanan awal penyakit
kanser ini dapat dilakukan.
Bagaimana kurangkan risiko kanser usus
Anda boleh membantu mengurangkan risiko menghidapi barah usus dengan:
- Amalkan makanan sihat iaitu makanan berkhasiat, termasuk mengambil
lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan
lemak haiwan.
- Amalkan berat badan yang sihat.
- Amalkan bersenam dengan konsisten.
- Jauhi tabiat merokok.
- Elakkan atau kurangkan minum alkohol.
Jika anda mengikuti panduan di atas, kemungkinan risiko menghidapi barah usus amatlah kurang.
INFO DARI
SINI