CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nadya Honey's Bloglist Link

Followers

Showing posts with label ~perkongsian~. Show all posts
Showing posts with label ~perkongsian~. Show all posts

18 March 2013

Kebaikan Menangis: Satu Terapi Perubatan


Jangan ingat menangis ni hanya untuk meluahkan perasaan jer
yer la kan, bila kte terlampau sedih dan terlampau gembira
memang secara tak lansung air mata akan keluar

So aku nak share beberapa kebaikan menangis (dari sudut perubatan) *mood serius hari ni

1- Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan
Zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan.

2- Meningkatkan kadar dengupan jantung
Degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan satu perasaan yang sangat tenang.

3- Menghalang penyakit
Universiti Temple dari AS telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semulajadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.

4- Membebaskan racun dari badan
Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, "Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk menangis berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan." Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat, air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan, menjadi orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.

5- Air mata mengandungi 25% protein
Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Hal ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ia dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis. 

16 March 2013

Peninggalan

Mengimbau kembali kenangan
Ofis yang ditinggal
Tengoklah macamaner berserabutnya

Alang-alang dah ada pic aku sharekan sajer




15 March 2013

Ang Pau

Ntah betul ntah tidak ejaan tajuk aku tu
1 time dapat Angpau...RM20
Teruja!


Dah selamat ku belanjakan ke skirt baru..hehehe


31 January 2013

Bahayakah Rokok Elektrik?


Aku rasa sekarang ni ramai jejaka2 diluar sana yg jadi perokok tegar dh mula beralih arah menghisap rokok elektrik ni kan..
mungkin belah KL dah ramai yg pakai
tp so far kt Kuantan ni pun dh mula ramai
aku tak sure sejak biler rokok ni dipasarkan
tp seingat aku cm 2 tahun lepas dh ada asenya



dan antara penghisap rokok elektrik yg terbaru adalah suami aku
dulu pernah jugak aku syorkan kat dia,
tak nak try ker rokok elektrik tu
dia kata xpayah la, xde beza pn...
tak sedap la...

so aku pun diam jer la
sampaikan baru2 ni dia duk menyembang ngan kawan2 dia yg mana dah guna rokok elektrik ni
kwn2 dia ckp klu isap rokok ni lama2 xnk isap rokok kotak dah
cuma kene guna ink yg ori je la
tu yg dia duk bercerita ngan aku
dia pun ckp nk beli biler gaji

aku sbnrnya xkesah pun
klu dia berenti merokok lagi la aku suke
suka la sgt

punya la dia nk pjuk mase nk beli tu kan
dia ckp sian kt aku la duk isap asap rokok
pastu rumah n bilik tidor xbau busuk dah sbb asap rokok
macam2 la bendenya lagi
sblm ni aku duk bebel2 bende ni kt dia xberkesah pulak
kalau kawan dia ckp, laju jer bukak matanya..

ikut la bang oi
cuma aku ckp kt dia jgn nanti rokok elektrik beli
pastu rokok kotak pun guna byk sudah
nanti ada jugak yang jadi gaban..

dari segi kesihatan pulak melalui penggooglelan aku
Kementerian kesihatan memantau penjualan rokok ni
sebab ada cecair dakwat yang dijual mengandungi nikotin yang tinggi
So maksudnya kalau tak guna cecair yang ada nikotin tak menyalahi undang2 la kan...


ermm bagi aku macam ni jer,
biler perokok dah tak isap rokok kotak lagi
penjualan rokok kotak akan berkurangan
jadi hasil kerajaan jugak akan kurang
sebab cukai rokok adalah penyumbang besar dalam ekonomi Malaysia..

So kepada perokok-perokok tegar
Tepuk dada tanya selera
dan jangan lupe tanya poket jugak!





28 January 2013

Kisahku Dengan Udang Lipan

Salam 1 Malaysia..ekekeke
Permulaan hari isnin yg agak kelam kabut ckit..
sampai2 opis, bancuh milo n mkn roti yg aku tapau dri rumah
ri ni aku sempat tapau roti gard jer
tu pun, peanut butter aku bwk jer ngn botol2nya skali..
hahaha
tahap xsempat dh tu, masukkan roti dlm tuppewr,
capai botol p. butter terus masuk paper bag

pastu siap mkn terus bergegas*hamboi sampai bergegas padahal terkedek-kedek jer pun
print statistik tuk metg bulanan
sptutnya kul 9 tapi aku masuk lambt ckit tadi
9.30 gak baru mula
abis meetg kul 11 baru ni la aku nk bertenang pun
bukak email bagai
cek semua kje
lepaskan lelah sbb duk crik org saner2 sini
pg bayar kutu la, kutip hutg la..
byk no urusan kemasyarakatan aku ni..heheheh

ku xtau la nk cte aper, ha cte sal mkn lagi boleh?
lost idea ni lgipun kte hari2 mkn kn...
smlm ptg pg beli lauk basah kt pasar tepi jeti
dapatlah penuhkan stok dlm freezer...
beli sotong, siakanp, lala n udang lipan..
WHAAATTT??UDANG LIPANN..??
Relekkkkksssss...korang xsalah dengar la...
pada saper yg tau, mgkin xkesah tp laki aku sendiri pn xpernah dgr...
siap geli lagi nk mkn
bagus yer bang, aku mkn sorg.puas hati

jap aku google pic nya
smlm pas gorg aku lahap terus
lupa nk snap



nmpk tak..dia ada cm rupa lipan sikit
tp badan dia cm udang
mungkin ada sesetengah org ase geli nk mkn sbb dia mmbayangkan mcm2...
simpan sume imaginasi korg yer
sbb binatang ni boleh dimakan
sedap lagi!
ase cm udang jer..



aku suka gorg kunyit jer
n ratah
sbb nk mkn dgn nasik x syiok
nk kupas bagaikn
so mengganggu kosentrasi mkn nasik
so haruslah mkn lauk lain dulu
pastu ratah

tapi smlm aku gorg n ratah je
xmkn ngn pape pn
mkn sorg
ada lah gorg dlm 6 ekor
ala,,kulit jer besar
tp isi bukan byk cm udang biasa....







21 January 2013

Style Singapore + Style Old Town

Ni kali ke-2 aku taip n3 ni
hari tu aku taip tp biler nk publish error
sangkut dh mood aku
terus padam xmo update
hihihi
smgt xkuat sgt nk bebel2 ni
xtau la naper..

meh la cuci mata jap
layan resepi roti bakar yg aku olah balik
style singapore + style Old Town (OT)
ikut tekak aku jer la kekdahnya
roti bakar tu aku letakkn ngn kaya  pastu
aku gorg telur tanpa minyak
klu kt OT xde kaya n telur 3 suku kan..
ha, yg tu style sing
just klu nk follow sing punya cara diorg buh kicap
tapi aku buh sos
janji leh lalu kt tekak
abis cte...aku je pun yg nk mkn..



p/s: xde mood xde mood....*lariiiiiiiii....








16 January 2013

Listen...Listen...Listen...!

Penangan perkataan ni di media sosial skrg
ada pro ada kontra
aku malas nk ckp aku sebelahkan pihak mana
sendiri mau ingatlah yg mana membawa kebaikan
kte sbgai rakyat perlu ada hak bersuara
ni kan negara rakyat..tettt..
sudah cukup....

meh meh nak share kate2 UAI ni..





19 December 2012

Makanan Fav Ku

Dh dipenghujung waktu baru la sempat update
huh, mcm buzy sgt la gamaknya
tp mmg buzy pn..

ni hujung bulan ni opis nk pindah lagi
kali ni mmg berkekalan la
so pas ni penat pindah yg terakhir
hewhewhew.....fuhhh..

ermm smlm sblm tido duk sembg2 la kan
ala, sembg smbil nk tggu mata pejam
aku plan nk masak ayam paprik ri ni
nk masak nasi
tp xingt ada pasar mlm la

ermm dh berbelah bagi dh ni
nk masak ke pasar mlm
hahaha..
aku mmg pantang jumpa pasar mlm
mesti nk singgah
xkesah la wpn beli roti pita seketul
mmg pasar mlm-fan

biasanya aku suka beli steambot/yongtaufu, laksa, roti pita,bihun sup
gitu2 jer la pon yg aku suke
ha, satu lagi roti john

tp duk kuantan ni aku kurg minat roti johnnya sbb kt cni
diorg xletak sayur
just masak roti ng telur cmpur daging/ayam
klu kt kl selain telur yg dh gorg ngn roti,
letak sayur pastu sos n mayo
tp kt kuantan ni xletak aper k
sos pun letak asing

so mmg lain ckit la dri kt belah kl
aku rindu betul roti john stail sana
lagi2 mase duk Bandar Seri Putra dulu
biler pasar mlm klu aku xbeli roti john
mesti beli bakso
makcik ni indon
tp mgkin dh lama duk msia kan
bakso kn mmg resepi sana
bakso dia mmg terkenal la
lagi2 pada siapa yg hantu pedas

aku yg suka pedas lite2 ni pun mtk bakso biasa jer
ada 3 tahap pedas dia
biasa, pedas, pedas giler
aku xbrani nk bayang yg pedas giler tu cmne
tp mmg ada yg suke mkn smpi nangis2...
tu la nikmat kan..pedas2 panas2..perghh...layan

pastu ada 3 jenis bakso
bihun, mee, soon
aku suke soon
lgpun resepi bakso ori dri indon mmg pkai soon kan
so bler 1 time cube dh jatuh cnte ngan soon
aduh..rindunya soon

ha, ni de satu lagi mknn yg best kt pasar mlm tu
Char Kotiau Pulau Mutiara
klu sape yg duk bangi asenya tau stall ni
dia masuk pasar mlm n ada kedai sendiri
so mmg charkotiau dia best la...

dua mknn fav aku



18 December 2012

Sakit Gigi

Bergilir-gilir sakit gigi ooo
hahaha....
bulan lepas aku yg sakit gg smpi ase nk demam
ni RR pulak yg kene

semalam dia pg la klinik yg dia pernh pg tuk scalling ri tu
wpn doc nya teramat lah bagus tp haduyai..
nk jumpa doc kemain lama

pagi semalam aku hntr dia pagi2 pg klinik sbb hari hujan kan
so gerak dri rumah 8.30
ingtkan nk smpi sharp la
so boleh setel awal

sampai2 klinik xbukak lagi
pastu tggu punya tggu smpi kul 9
baru nmpk nurse bukak pintu
tanya nurse ktenya doc ada pas kul 1 tghari

jawabnya aku pg opis dulu la
RR pg sendiri tghari
sbb dia masuk kje ptg
dia sampi klinik kul 2.30 ptg
smbil tggu doc
RR update aku
dia kte doc xsmpi2 lagi
org ramai gak la

tggu punya tggu
korang tau RR jumpa doc kul baper?
6.15 ptg ok....
punya la lambat
tu pun dia attend pesakit sekali ramai
mungkin sbb dia masuk lmbt

tp so far consultation n servis dia amatlah puas hati n very d gentle u know
polite sgt doc nya
aku pernah dgr ada org ckp kliniknya ramai VIP n kerabat yg slalu pg
tp xtau la kan
dri segi harga xla mahal sgt
smlm tu hanya kene RM95 jer
dri klinik yang aku pg mase sakit gg ri tu kene sampi Rm170
servis nya lebih kurg sama jer ngn 
ubat dua, mc, x-ray...

mmg patut pun ada yg gelar klinik yg aku pg tu cekik darah..
huh..




14 December 2012

Rayyan Fantasi By Ramlee Awang Murshid

Ri tu hubby ckp ada novel cm nama dia
hamboi...mentang2 la kan
so aku pun google la
rupanya novel dri Ramlee Awang Murshid
Novelis thriller terkenal


Penulis : Ramlee Awang Murshid
Halaman : 556
Harga : RM19.90
Terbitan : Alaf 21 Publications
Cetakan 1 - 2011 .

Sinopsis 

Rayyan Fantasi mengisahkan tentang kehidupan makhluk asing yang lari dari planetnya akibat peperangan dan mendarat di bumi tanpa disengajakan. Mereka kemudiannya telah dibantu oleh Pak Markum. Ibrahim dan Aiddin menjalani kehidupan sebagai manusia di bumi dan berteduh di rumah Pak Markum dan anak perempuannya, Supinah. Ibrahim kemudiannya berkahwin dengan Supinah. Perkahwinan Ibrahim dan Supinah tidak dikurniakan cahaya mata dan Aiddin kekal menjadi anak tunggal. Masa berganti masa Aiddin akhirnya memasuki universiti. Kehidupan mereka sekeluarga bahagia sehinggalah Aiddin disahkan menghidapi barah otak peringkat empat. Doktor mengandaikan Aiddin hanya boleh bertahan selama tiga bulan. Tetapi hakikatnya Aiddin sedang mengalami proses yang akan dialami setiap makhluk Yukka yang akan memasuki alam dewasa. Hakikat itu Ibrahim sahaja yang mengetahuinya. Dalam pada masa yang sama Ibrahim diburu oleh ‘musuh’nya!

Aiddin yang menganggap bahawa masanya sudah semakin suntuk ingin menawan Gunung Kinabalu. Ketika ekspidisi tersebut Aiddin telah hilang. Cerita menjadi semakin menarik apabila Aiddin sebenarnya diculik oleh Mika puteri dari planet Yukka. Kehilangan Aiddin menyebabkan ramai orang bersedih terutamanya ibunya, Supinah dan juga tunangnya, Feena. Sepanjang ‘kehilangan’ Aiddin banyak perkara telah berlaku.

Aiddin diculik kerana dia diperlukan untuk memimpin bangsa Rayyan dalam peperangan menawan Kota Yukka kembali yang telah ditawan oleh Sanggora yang juga bapa kepada Mika. Ketika ini pembaca di bawa menyusuri ke planet Yukka dan adegan peperangan di sana. Terjadi pelbagai adegan menarik dan ketika ini kita seolah-olah berada di sana!

Kemuncaknya, adakah Aiddin berjaya menawan Kota Yukka kembali? Mengapa Mika hendak menentang bapanya sendiri dengan membantu Aiddin? Siapa Rayyan dan Mij-Gillion? Adakah Feena akan terus setia dengan Aiddin? Adakah Aiddin akan kembali ke pangkuan keluarganya? Siapa yang memburu Ibrahim? Banyak persoalan yang perlu dirungkaikan dan hanya dengan mendapatkan RAYYAN FANTASI semua kekusutan dapat dileraikan.

Info dari SINI
********************
pastu tau2 aku terbeli
hahahaha...
so baru separuh jer baca kan
mata ni, klu membaca jer cepat betul ngntuk
heheheh
tu la ubat klu xleh tido
baca buku
lagi mujarab klu buku sek..
hahaha....







27 November 2012

Ayat 31 Surah Ali Imran

Nak share sikit ilmu
bkn bermakna nk tunjuk alim tp kte ni manusia
xsalah klu kte tambahkan apa yg kurang dlm diri
sama2lah kte amalkan bende yg baik :)

Doa Pengasih Suami Isteri : Ayat 31 Surat Ali Imran



MAKSUDNYA: Katakanlah (wahai Muhammad) "jika benar kami mengasihi ALLAH maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi"
SURAH ALI IMRAN: AYAT 31
"Barangsiapa yang membaca ayat yang ke-31 dari surah ini, nescaya suaminya akan setia dan kasih kepadanya"
 
caranya : bacalah ayat ini selepas solat fardhu atau dijadikan amalan dibaca bila2 saja.


Sumber dari SINI dan SINI
 
 
 
 

14 November 2012

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun (Awal Muharam)

Hampir terlupa aku esok awal muharam
makanya petang ini sblm masuk waktu maghrib marilah kita sama-sama membaca doa Akhir tahun


dan selepas masuk waktu maghrib pula
marilah kte sama2 membaca doa awal tahun pula..




Sama2lah kte saling ingat mengingati...
dulu mak slalu msg duk ingtkn jgn lupa bc..

Sumber dari SINI





08 October 2012

Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman



RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

***************************

Peringatan ni untuk aku jugak
yer la kan,kdg2 dlm hati kte ni ada tak puas hati pada suami
xkira la dlm hal aper jer

kdg2 aku xsbr nk tggu waktu dia tenang contohnya lepas mandi, lepas mkn n semua tu
time dia sampai muka pintu tu ase nk ckp mcm2 tp sabo kn jer la biler tgk muka letih dia
yer la, pernh gak aku ckp mase dia baru balik
ha ko, sudahnya bertekak
xselesai masalah, tambah dosa lagi ada la...

hermm moga kte sama2 dapat mengharungi alam rumahtangga ni dengan penuh keredhaan
kepada suami,hargailah pengorbanan seorang isteri dlm menguruskan rumahtangga
dan kepada isteri pulak, cuba jadi seorg sabar dan tenang dlm menyelesaikan mslh rumahtangga
bawak berbincang dgn suami dlm apa jua mslh dan yg penting carik masa dan ruang yg sesuai untuk berbincang
baru la masalah bole selesai...
Moga2 Tuhan melindungi dan merahmati rumahtangga aku sekeluarga n korang jugak..

Sumber



26 September 2012

Blueberry Muffin Segera

Dari pagi tadi aku nak menaip n3 tp asyik tertangguh jer..
biasa la..org penting opis..kihkih..
xla..tlg jaga kaunter lagi.
 td baru memakan nasik kerabu for my brunch biasa la kan..combine mkn sude..
nnt balik kje mau pg pasar mlm so mlm ni xmasak dah..
malam tadi pas masak tuk makan malam,
 aku pn bosan so biler bosan marilah mem'baking' hikhik..
camne badan xnaik nad.. hahahaha..
bukan aku mkn sume... aku buat muffin yg hubby makan..
xnk la aku buat kek yg aku sorg jer leh makan kan..
cm kek coklat ker... yum yum..aku sorg jer pun yg makan so aku malas wat sbb nnt aku mkn banyak
sgt xbagus tuk kesihatan..huhuhu
 my favvy is a cake......nk wat cmner..
 muffin pn serupa kek aper... just dlm cawan comel jer..:)
ala, luper nk tgkp pic cmner ghupe paras blueberry muffin tu
 mgkin sbb dh biasa buat so harus malas...hikhik..
bygkan sendiri suda tp ofkos sedap n menggiurkan sbbny aku buat pakai tepung muffin segere....ekekeke xpyh ssh nk sukat tepung segala kan cmpurkan telur,air n minyak jer..
 minyak tu fungsinya menggantikan butter pakai minyak pun muffin tu rasa moist ape...
 nnt la, klu teringat aku tgkp pic tunjuk k... daaaa..



18 September 2012

Crochet Book Dari Jepun

ni aku nak share pic random dlm hf aku
ngah ada mood nk up n3 sal pic2 ni baik aku teruskan
sblm mood kelaut

yg ni peristiwa sblm puasa klu xsilap
aku order book utk mengait
mase tu angin nk mengait aku dtg
hehhe
pastu baru jer buat separuh mood hilang dah..hikhik





buku ni bahase jepun
sbb dari penjual msia yg duduk kat sane
sblm ni aku dh merata carik buku cam ni dekat semua kedai buku yg ada kt kuantan ni
aku nak buku yg ada gambarajah n arahan bergambar
baru bole paham..
ala, saper tau mengait tau la aper yg aku maksudkan ni..hehehe

17 September 2012

Cerek Pelik 3L

selain dari tefal yg warna warni tu, aku beli gak cerek mase kt langkawi tu
mase shoping kat Haji Ismail Group..
sape pernah pg langkawi tau lak tmpt ni
pilih punya pilih dapat la bentuk ni..

memula mase display warna hijau yg striking tu
pastu mase ambik stok dah abis
tggl warna biru n maroon ni..
jenis yg warna terang2 gitu..
so hape lagi, jrg jumpa cerek warna ni..

apalagi, grab la sbb teringat cerek kt umah dh bocor...
pastu tmpl pun still meleleh lagi air kuar..
xtau kt maner yg bocor dh...
hehehe..cm tau2 jer kan cerek tu nk bocor..
dia suh tuan dia beli yang baru..:)






jenama HIG stanless steel
hehehe...aku suka betul brg pelik2 cmni kt umah aku..

11 September 2012

Tips Perkahwinan

xde mood nak update pape..
sekadar nk share artikel ni dari fb
sebagai renungan bersama





30 July 2012

Kadar Zakat Fitrah 1433H/2012

Biler tiba Bulan Ramadhan, selain dari berpuasa,
 seluruh umat Islam akan melakukan ibadah zakat..
yer zakat fitrah yer, jgn wat xtau lak..
asyik ingat nak raya jer sampaikan zakat pun lupe nak bayar..

aku nak share dgn korang kadar zakat fitrah mengikut negeri masing2 yer..

So apa lagi, jgn luper bayar zakat fitrah sblm habisnya 1 syawal ni yer...



25 July 2012

AdaMu ~ Najwa Latif


Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Lagu:Najwa Latif (NAR Publishing SDN BHD)
Lirik:Ika Latif (NAR Publishing SDN BHD)

Download mp3: Link

Sedap lagunya...:)
 








21 July 2012

30 Fakta Menarik Tentang Wanita # 11



Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

Info dari SINI












Labels