CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nadya Honey's Bloglist Link

Followers

08 October 2012

Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman



RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

***************************

Peringatan ni untuk aku jugak
yer la kan,kdg2 dlm hati kte ni ada tak puas hati pada suami
xkira la dlm hal aper jer

kdg2 aku xsbr nk tggu waktu dia tenang contohnya lepas mandi, lepas mkn n semua tu
time dia sampai muka pintu tu ase nk ckp mcm2 tp sabo kn jer la biler tgk muka letih dia
yer la, pernh gak aku ckp mase dia baru balik
ha ko, sudahnya bertekak
xselesai masalah, tambah dosa lagi ada la...

hermm moga kte sama2 dapat mengharungi alam rumahtangga ni dengan penuh keredhaan
kepada suami,hargailah pengorbanan seorang isteri dlm menguruskan rumahtangga
dan kepada isteri pulak, cuba jadi seorg sabar dan tenang dlm menyelesaikan mslh rumahtangga
bawak berbincang dgn suami dlm apa jua mslh dan yg penting carik masa dan ruang yg sesuai untuk berbincang
baru la masalah bole selesai...
Moga2 Tuhan melindungi dan merahmati rumahtangga aku sekeluarga n korang jugak..

Sumber



0 Rakan Blogger Yang Rajin Komen:

Labels