CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nadya Honey's Bloglist Link

Followers

29 June 2011

Wordless Wednesday # 3




24 June 2011

Tak Sempat

Sibuk sungguh ku 2, 3 hari ni..sampai xde idea nak tulis blog..sibuk sebab ofis aku ni baru nak mula wat 5s...byk benda nak kene buat. pening...




Ermm esok n lusa jugak aku akan menghadiri kursus pengurusan majlis..ape ke bendenya pun aku xtau. org offer pegi, xkesah la. lagipun free jer..leh gak dpt ilmu gak. mane tau nampak 'jalan' nanti..harap2 rezeki murah..kursus tu 2 hari, kt Shahzan Inn Kuantan. dekat ngn ofis aku jer...


Nanti la aku update sal kursus tu..leh share info..

p/s: xdpt pegi umah Ena Qalinsya esok tghari..dia buat birthday party tuk puteri2 dia..

22 June 2011

Wordless Wednesday # 2


21 June 2011

Tempoh Perkenalan Yang Pendek Sebelum Kami Berkahwin


Menempuh alam perkahwinan memang membahagiakan biler kita semakin hari semakin memahami pasangan kiter. Wahh. intro yg skema...kihkihkih...aku bertunang dan berkahwin dgn suami tak lama lepas kami kenal. dlm 6 bulan camtu. Awal perkahwinan agak mencabar bagi kami. Mungkin faktor perkenalan yang pendek membuatkan kami belum saling mengenali.



Rumahtangga kami dah berusia 1 tahun 9 bulan skrg. Ombak dan gelora dlm ragam dan dugaan rumahtangga berjaya kami harungi. sabar tu memang paling penting. semakin hari, kami semakin belajar mengenali pasangan. dari semua segi la. kekurangan n kelebihan. rasa mcm bahagia sgt biler aper yg kita pikir n luahkan sama dgn aper yg pasangan ingin katakan. kdg2 kptsn n tindakan yg nak dibuat pun sama wpn xdiluahkan. aku dapat teka apa yg dia nak katakan biler aku buat sesuatu. dia pun sama,selalu potong apa yg aku nak ckp sbb dia mcm tau2 jer aper yg aku pikir.hehehehe..ase mcm di alam percintaan..hikhik..mgkin sbb tak puas bercinta lagi sblm kahwin....:-)

moga kami akan sama2 kuat spy dapat tempuh dugaan yg mendatang sbb alam rumahtangga ni menyimpan seribu rahsia dan kehidupan. dua jiwa bersatu dlm sebuah ikatan.


Mari layani pic kami semasa BOSAN. sila skroll laju jika rasa loya. aku tak sediakan baldi..:-p










SEKIAN DARI KAMI..!


20 June 2011

Kenangan Dengan Ujang


Dulu zaman aku sek ren, aku ase zaman kemuncak atau keemasan 'Majalah Ujang'. Aku membesar dengan katun2 diorang.Aku minat giler baca mjlh katun ni. mjlh katun melayu yg cukup gemilang satu ketika dahulu. kdg2 aku beli, kdg2 aku pinjam dari mmbr sekelas jer. mklumla, budak sek kan, maner ade wit sgt. nak merengek mintak duit kt mak nak beli mjlh katun, takut kene marah lak. so pandai2 la carik eltenatif lain kan..




Antara kartun yg aku plg suka mcm Mat Despatch ngn Workshop. watak katunnya yang aku ingt lagi macam Mat n Dicky. mmg best la katunnya, lukisannya pun lawa. klu tak silap aku pelukisnya nama Lengkuas n Sukun.


Mesti korang pelik nape pagi ni tetiba aku duk cte sal mjlh katun ni kan..pada yang tau duk diam2 yer, tp pada yg tak tau, meh aku nak bg tau meh. salah seorang kartunis Ujang ni telah meninggal dunia petang semalam. nama pena kartunis ni Qayyum. beliau meninggal akibat pengsan ketika naik ke apartmentnya dan meninggal akibat strok. So aku nak ucapkan takziah pada keluarga beliau. Al-Fatihah..


p/s: kematian boleh dtg biler2 masa shj

17 June 2011

Sagu Gula Melaka

Ase teringin lak biler tringat kuih ni
Meh2 kita share resepi dia..



SAGU GULA MELAKA



Bahan A :2 cawan sagu biji
5 cawan air

Bahan B :
3 cawan santan
1/2 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan

Bahan C :
1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara Adunan A :
  1. Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan dalam peti sejuk.
Cara-cara Adunan B :
  1. Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  2. Buang daun pandan dan sejukkan.
Cara-cara Adunan C :
  1. Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  2. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
Cara menghidang :
  1. Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  2. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
  3. Siap untuk dimakan!!   
    Sumber dari SINI

    p/s: makan masa dia sejuk2...mesti sedapppp...

16 June 2011

Surat Terbuka Kepada TV3 - Bantahan Terhadap Penyiaran Siri Drama Nora Elena


Kalau tak silap aku ari ni episod last kan cerita bersiri adaptasi novel bertajuk Nora Elena kan?(tak sure sbb aku tak tgk sgt).Mungkin agak terlambat untuk surat ini diajukan. aku sekadar nak share surat ni yang aku tak tau dihantar betul atau tidak ke tv3 tu :-p...jom layannn..

*********************
Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah marah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"



( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya


Sumber dari SINI

p/s: memang terbaik la ahkak..

14 June 2011

Penghuni Baru

Hari sabtu lepas aku ngan hubby pegi pasar mlm kt Balok. beli brg2 dapur cikit then balik la. jln punya jalan nak ke kereta ternampak la seekor anak kucing comel warna kuning ni. 


camni la sebijik warna dia
Kitten tu duk ngleser kt kaki anggota RELA yang jaga lalulintas kt situ. hubby aku yg mmg suke tgk kitten comel cmtu apalagi, bwk balik la sbb pikir nak kawankan ngan John, anak kucing Black & White aku tu...kitten tu manje giler tau, geram jer. now kami ngah traning dia buang air dlm toilet...so far dah bijak dah...:-) Welcome Home Dear!



13 June 2011

Terkedu Seketika

Tersentuh rasa hati bila baca artikal kt blog Kak Amy ni. berkenaan dengan kisah Jimmy Shanley. aku ase semua orang tahu aper yang berlaku. biler aku baca luahan hati dia yang disiarkan oleh Beautiful Nara tu membuatkan aku terkedu. seorang lelaki yang cukup segala2nya tapi seorg isteri tetap meninggalkan dia. aku tak tau la saper sebenarnya yang bersalah sbb aku tak tahu mcmane perjalanan rumahtangga diorang. Kita sebagai manusia yang tak lepas dari buat kesilapan ni haruslah ambik iktibar atas kejadian yang menimpa diorang. semoga Allah berikan yang terbaik untuk mereka berdua.Amin...

**********************


INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.

Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.
Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.
Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.
Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.
Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.
Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.
Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.
Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.
Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.
Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.
Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.
Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.
Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.
Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.
Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.
Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.
Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.
Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati… sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.
Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.
Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.
Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.
Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.
Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.
Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.
Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.
Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.
Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.
Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.
Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.
Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.
Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.
Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.
Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”
Dipetik daripada Beautifulnara

12 June 2011

Zaman Study Part 2

Ha.... meh meh kita sambung lagi tgk pic aku masa zaman suci murni dulu...


Suci tak muka aku uols.....huwahuwa..waktu ni kitorg ngan siap2 nak bergambr reramai..ala, biasa la kan, biler dh hujung2 nak abis bljr ada tgkp gmbr tuk kenang2an..so sempat la perasan jadi peguam syarie kejap..peace..:-p





Kan dah kata, perasan lawyer tadi...jgn muntah yer uols..doakan la aku ni dpt smbung deg n ambik peksa jdi lawyer...hehhe..see, dgn BFF aku jugak..tp skg BFF aku ni kt Mesir ikut huby dia sambung bljr..so dia jauh di sana.miss u la Jemmy!


Last pic, korang leh agak kan kt maner pic ni diambil..tgk, tgh muncung2 aku siapkan kjer tu. ni la akibat x siapkan kjer awal2. dah nak mula kelas baru terhegeh2 meniru..:-p. aku tak reti sgt bahasa arab sbb tu semedang intai eksesais BFF aku tu. hehehe. student contoh...*tgn di dada mata ke atas..:-p



p/s: di manakah lagi rakan2 ku yg lain?

11 June 2011

Zaman Study Part 1

Asal ntah aku duk godek2 pic lama ni..klu korang nak tau, puncany sbb xde bahan nak wat entry la ni..hehehehe. Nak tengok pic aku mase study dulu tak?hehehe..jgn kutuk k, muka suci lagi ni..aku pun segan tgk muka aku camtu..FYI, aku dulu study kt KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR. cos PENGAJIAN ISLAM (SYARIAH). grad 9/2008. then try isi borang spa. 4/2009 panggil kjer. see, murah rezeki aku kan...?alhamdulillah...lain entry aku cite pengalaman aku interview k..moh layannnnn....

klu korang teror, cer teka aku yg mana satu?:-p
Kat atas ni pic budak2 pmpn kelas aku. ader lagi yang trtinggal klu xsilap. mase ni nak mula kelas bahasa arab. hensem wwooo lect bhs arab aku tu...klu tak silap Ust Noh. hye Ustazzzz...meh la bc blog saya..:-)

Kat bawah ni plak, pic aku masa duk tggu mase nak mula klas yg ke-2. tu tak sarapan lagi la tu, maklumla, klas mula kul 8, maner sempat nak srpn. tu yg lepas klas masing2 serbu kafe...srpn mls nak berat2 sbb kang ngantuk lak dlm kelas. naget secucuk dua sudah cukup. pastu tghari balun nasik la kan. kt kolej mesti mkn nasik sbb kene berkejar ke sana ke mari..kejar kelas la kate kan..mesti laju, klu tak kene denda, xpun xleh masuk kelas dah...sadis kan...:-(

ni mase aku mkn kt kafe.nerd kan muka gue..huhuh..maluu..

ni la best fwen aku dulu.
Ney laks kwn2 sejati aku mase bljr dulu. kemana2 pg same2 jer. masuk kelas same, ponteng kelas same.hehehe.sbb nak siapkan assgmnt, buat las minit kan, so klu xsempat sgt mmg korban la kelas yg terdekat tu..takut xsempat siap. jgn tiru alasan sy ini sbb nak ponteng kelas yer anak2 sekian......

p/s:memory mase study adlh saat plg indah..:-)

10 June 2011

Leh Tak Nak Wordless Ari Ni ??:-)


Tajuk xleh belah. bukan nak wordless pun sebenarnya, ni sbb malas nak taip punya pasal la. kali ni aku just nak share pic hari raya terakhir aku sbg anak dara. ni pic aku ngan adik beradik aku. n kebetulan adik aku yg pakai tudung hitam tu nak bertunang ari ahad ni. Selamat Bertunang K.Ngah!



Berhati-Hati Dengan Penyakit E-Coli (Bukan Cite Sal Bra Yer!)

Kecoh dekat tanah air kita skg ni pasal mcm2 penyakit yg berbahaya. yang terbaru E-Coli. pelik gak nama dia. nama lain bg bra.hehehe.tapi ni penyakit yer org lelaki. meh aku share sikit info sal penyakit ni tuk pertambahan ilmu aku dan korang jugak.


**************************

Apakah E. coli??

E. coli adalah singjatan dari Escherichia coli bakteria(kuman) yan menyebabkan 'severe cramp' dan diare. E. coli merupakan penyebab utama diare berdarah. Gejala yang buruk pada anak0anak dan orang tua, dan terutama pada orang yang memounyai penyakit lain. Jangkitan E. coli lebih aktiv pada bulan-bulan musim panas dan negara-negara utara.

Bagaimana saya boleh dijangkiti penyakit E. coli??

Sebahagian besar jangkitan E. coli berasal dari:

  • Makan daging lembu matang
  • Minuman yang tercemar(kotor)
  • Meminum susu yang belum dipasteur
  • Bekerja dengan ternakan
Lembu yang sehat dan lembu susuan dapat membawa kuman E. coli dalam usus mereka. Daging boleh tercemar dengan kuman semasa proses pemotongan. Ketika daging lembu dicampurkan, E. coli dapat bercampur dan merebak ke semua bahagian daging.

Cara yang paling umum untuk mendapatkan jangkitan ini adalah dengan makan makanan yang tercemar. Anda boleh dijangkiti dengan kuman E. coli jika anda tidak menggunakan suhu yang tinggi untuk memasak daging lembu anda, atau jika anda tidak memasknya cukup lama. Apabila anda makan daging kurang masak, kuman boleh masuk ke perut dan usus.

Kuman juga boleh disebarkan dariorang ke orang di pusat-pusat penjagaan.Jika anda mempunyai jangkitan ini dan tidak mencuci tangan anda dengan sabun selepas pergi ke bilik mandi, anda boleh memberikan kuman kepada orang lain apabila menyentuh barang terutamanya makanan.

Tanda-tanda dijangkiti E. coli

Gejala bermula sekitar 7 hari selepas dijangkiti kuman. Tanda pertama ialah kram perut yang teruk yang mula secara tiba-tiba. Setelah beberapa jam, Penghidratan air bermula. Tubuh badan mula kehilangan air dan elektrolit. Hal ini membuatkan anda berasa sakit dan lelah. Penghidratan air berlangsung selama satu hari. Kemudia perubahan penghidratan menyebabkan najis bertukar menjadi warna merah terang. Jangkitan membuatkan luka dibahagian usus anda. Najis berdarah berlangsung selama 2 hingga 5 hari. Anda juga mungkin mengalami demam ringan atau demam. Anda juga mungkin mengalami mual atau muntah. Jika anda mempunyai gejala-gejala tersebut, anda dinasihati berjumpa dengan doktor.

Bagaimana jangkitan dapat dirawat??

Buat masa sekarang tidak ada perlakuan khusus, kecuali dengan meminum air yang banyak.Jangan meminum ubat untuk menghentikan penghidratan melainkan dengan arahan doktor.

Bagaimana saya boleh manjaga dari dijangkiti penyakit ini???

Anda boleh mencegah jangkitan ini dengan pengendalian dan memasak daging dengan cara yang selamat. Untuk perlindungan anda ikut peraturan :

  • Cuci tangan anda dengan sabun sebelum dan selepas memasak
  • masak daging lembu sampai tiada tanda berwarna merah jambu
  • Jangan rasa gigitan kecil daging hancur mentah apabila anda sedang memasak
  • Cairkan daging hanya dengan menggunakan microwave ataupun di dalam peti sejuk(bukan di tempat sejuk beku)
  • Simpan daging mentah dengan unggas(ayam dan sebagainya) berasingan dari bahan makanan lain
  • Bekukan sisa buangan daging atau lupuskan dengan kadar segera
Sumber dari SINI

Update yg terkini bertarikh 7 Jun 2011 dari WHO (Organisasi Kesihatan Dunia) mengesahkan yang kematian telah meningkat kepada 22 orang akibat dijangkiti penyakit ni. Sumber YAHOO. So bersama2 la kita mengambil langkah mencegah supaya terhindar dari penyakit ni.

08 June 2011

Wordless Wednesday

















Labels