CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nadya Honey's Bloglist Link

Followers

18 March 2013

Kebaikan Menangis: Satu Terapi Perubatan


Jangan ingat menangis ni hanya untuk meluahkan perasaan jer
yer la kan, bila kte terlampau sedih dan terlampau gembira
memang secara tak lansung air mata akan keluar

So aku nak share beberapa kebaikan menangis (dari sudut perubatan) *mood serius hari ni

1- Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan
Zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan.

2- Meningkatkan kadar dengupan jantung
Degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan satu perasaan yang sangat tenang.

3- Menghalang penyakit
Universiti Temple dari AS telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semulajadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.

4- Membebaskan racun dari badan
Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, "Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk menangis berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan." Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat, air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan, menjadi orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.

5- Air mata mengandungi 25% protein
Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Hal ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ia dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis. 

0 Rakan Blogger Yang Rajin Komen:

Labels