CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nadya Honey's Bloglist Link

Followers

Showing posts with label ~family~. Show all posts
Showing posts with label ~family~. Show all posts

03 May 2013

Mahligai Baru ~ Teruja Sangat!

Meh meh nak share antara sebab aku buzy skang ni
hehehe..buzy crik duit sebab nak masuk mahligai ni la...
Teruja, tak sabar..

Mungkin orang lain pun cam aku jugak kot..
Tak sabar nak hias rumah....
macam2 idea dalam pale hotak aku ni
Nak buat camni la camtu la
pastu lama2 aku blur sorang
hikhik....sebab semuanya nk buat kan...

relek2..kite carik slow2 idea yer...
ada mase terluang jer aku google hiasan dinding, idea cat feature wall...
tips nk deko..semua la...hihihi...

dua minggu lepas aku pegi tengok rumah
so far rumah yang aku masuk tu bukan rumah aku, rumah aku line blkg skali
Tapi kiranya model sama la..
jom jom..:)

yang ni jalan masuk taman aku...rumah aku yg line blkg skali

ni dapur...

bilik no 2

bilik no 3

master bedroom

bilik air master bedroom

ruang mkn + ruang tamu

porch

gate

depan

tingkap master bedroom


bilik air dapo

belakang


Ni belum siap sepenuhnya..
nnt biler dh siap pasang pintu semua xleh tgk dh sebab dah kunci kan
pastu tunggu dapat kunci la pulak baru bole masuk...
semua kene pk ni..
grill,table top,wiring,cat,perabot....all...
duit macam air...
tak pe, tuk masa depan...:)








12 March 2013

Keluar Masuk Hospital/Klinik

Kekeringan idea dan kesibukan menguruskan kerja seharian
ditambah lagi RR yang asyik berulang ke klinik/hosp
yang terbaru ni, tak silap aku hari jumaat belah mlm
masa tu aku nak tido dah
dia mengadu sakit perot gastrik
tp leh tahan lagi sbb dah mkn ubat

then aku pun tido la
pastu dlm kul 4 pagi aku duk dgr org mendesah jer
tgk2 di kt sebelah dah bersandar pegang dada
aku tegur tanya nak pegi hosp ker
dia cakap nak sebab tak tahan dah
dia kalau boleh tahan lagi memang tak la nk pg hosp/klinik

so aku pun bersiap ala kadar hantar pegi hosp
masuk icu jap
masuk air n ubat
x-ray takut ada apa2
dari kul 4am-7am aku kt hosp tunggu dia
sib baik ok..
balik rumah setel makan semua dia dengan aku2 mentido
nantuk uolss
duk tunggu kat hosp tu pun aku dh terlentok2 kt kerusi

begitulah seadanya cerita aku ini
ada idea ku sambung.

Tataplah wajahku seketika..uhuhk






27 February 2013

Majlis Cukur Jambul, Maulud Nabi N Doa Selamat ; Semua sekali harung

Rasa bersalah sikit sebab tak update semalam..
huhuh..
ok lah..sebelum malas aku datang,
jomlah kiter tgk muka aku dulu..hahahaha


Muka ku dihari kenduri
hahaha..sebenarnya masa ni aku duk kt luar
kerusi n sofa semua letak kat bangsal
lepak sini sementara tunggu jemputan yang belah petang
OPss..xde mukadimah la
Cuti CNY ri tu
parent aku buat kenduri cikit
Doa selamat, maulud n cukur jambul
Anak buah tercayang aku tu la..
Anak adik aku...
Gewam aku...comels..
eh lari cte lak..ok
Jemputan ada dua sesi
wah sesi bagai
cam besar sangat jer
padahal biasa jer
Belah petang tu jemputan tuk orang perempuan
kawan2 mak aku n kawan2 adik2 aku
yang pmpuan la...
adik2 aku ni pun maner der kat rumah kan
biler cuti camtu la semua berkumpul
so masing2 nak jumpa kawan la...
belah petang tu disediakan makan nasik dah
n ada la cikit kuih muih
maafkan hamba yer
pic mknn xtgkp semua sbb aku yg banyak melantak
hahhaha..sampai muntah malam tu...

Yang ni tengah bungkus gula2 nak bagi kt tetamu



Yang ni dah siap bungkus..


Yang ni nak masukkan telur puyuh tu kt bunga telur


Dah siap dah..
Dapat dua pasu tak silap aku


Yang ni lak cm pintu gerbang yer..
No...no..no yer..
Ni tiang buaian yang dah siap di deko..
Aku balik tu mmg dh siap bende ni


Ha, kan dah cantik...
Deko oleh adik2 aku
Yang aku tukang tengok jew..



Inilah rupanya setelah digantung buaian


Tengok, pakai yg letriknya ko..
Sebab budak kecik sayang ni xleh benti walau sekejap henjut buaiannya
Nanti dia melalak..ha ko, satu kerja xsiap kalau dia nangis..
Jenis yang menangis ase..sabo jer la yer ko Zafran..
Yang sebelah aku tu la adik aku yang baru bersalin tu
dia adik bawah aku
Kire kak ngah la
Sekarang dah jadi cikgu praktikal dah
Yang ni masa kawan2 diorang datang melawat
Sebab adik aku ni tak duduk kt rumah aku
Dia tinggal rumah mertua


Antara makanan yang ada petang tu yer
Sambal tempe, masak lemak umbut, tumis kacang, telur masin, ayam merah
Pastu kuih cara berlauk n air kelapa n air teh
simple jer sbb jemputan tak ramai sangat
ha, baru ingat petang tu family mertua adik aku pun ada gak
ramai gak diorg datang
tp mase tu aku kt dapo, malaz kuar




Cepat2 kawen dik, nanti boleh dapat anak sendiri..:)




 Eh terselit lak kuda pepel aku ni..


Aku masuk jer la ape pic yang ada pun
yang ni mak mertua n adik ipar adik aku
Anak adik aku ni cucu pertama dalam family mertua dia n dalam family aku
So memang menjadi kesayangan ramai la kan...:)


Mane dia tu,
tak nak tunjuk muka


Ni pun tak nak 
Segan yer sayang..


Yang ni pulak sesi belah malam..
Orang masjid datang lepas isyak
Maaflah, kualiti gambar amat lemah
Sebab kami segan nak tgkap pic
Just hulur camera balik langsir jer..hehehe









Yang ni pic kami disebalik tirai
Saje tutup lampu
Eh mana pic aku?


Yang ni kat belah ruang tamu dapor
makcik2 aku n sedara mara datang malam tu dari Shah alam n Sg. Besar


Ala..ala..Tak nangis lak dia mase ni..


Owhh atuk dia susukan Zafran yer..
Yang ni mak aku

Mak cik aku pun nak jugak..
Masing2 nak kelek dia
Sementara tunggu nak pusing tuk cukur jambul lak..


Eh pic last?
ermm nampaknya begitulah...
Sekian dari kami
Pic dari Anak no 1, 2, 3 Pak Aji Deris..:)





Labels