CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nadya Honey's Bloglist Link

Followers

Showing posts with label ~perkahwinan~. Show all posts
Showing posts with label ~perkahwinan~. Show all posts

27 February 2013

Mengidam Periuk Baru :)

Rindu nak ada gadjet baru tuk masak la..haha..
ala mak mak sangat kan..biar la, asal bahagia..
Dah aku suka masak..

Oleh kerana aku ni suka wat manisan like puding or bubur
So aku nak carik periuk yang boleh masak atas api n masuk peti terus
Tak kesah la besi or kaca
Janji periuk baru.....

Selama ni periuk tu la masak lauk, rebus itu ini,
manisan pun dalam periuk yg sama
so biasanya aku duk la menyental takut de bau
walaupun dah gilir2 pakai periuk yg berbeza
yer la kan, dah mak mak ni
nak la tambah pinggan mangkuk cikit

kalau ikutkan lama dah asenya tak beli pinggan mangkuk bagai
eh jap jap
periuk 1 set n tea set 1 set jer yg aku beli
yang lain hadiah kawin..aaaaa...
so inilah masanya kan menambah koleksi benda yang baru...
yeeppaaaa....
Nanti senang kte tunjuk yer..

petang ni pasar malam
RR lak cuti ri ni
leh suh dia beli segala sayur mayur banyak cikit
tak larat aku nak membawak
sampai sakit tangan jinjit plastik nk pusing pasar malam kalau aku pg sorang

pastu mlm tadi dia request nk bubur jagung biler aku cakap nak wat bubur
Aku tak kesah memaner jer
janji manis
pastu letak dalam frezeer kan..
best makan bubur sejuk2
Sebab tu la aku mmg perlukan sangat periuk yang boleh masuk dalam frezeer
Tak mo la periuk lauk masuk frezeer kan
Nak la yang cantik cikit..:)

p/s: sonok nak beli periuk cam sonok nak beli baju...hehehe



19 February 2013

Aktiviti Hari Cuti Yang Saje-Saje

Salam uollsss...
Hari ni kte kje taw...hewhewhew
Kte cuti semalam..
sajer jer cuti sbb aku rasa dri mggu lepas aku mcm xde rahat sgt
membuzy kehulur kehilir
pastu nk cuti pas CNY tu tp sume mmbr2 opis cuti
so aku kene la tggl jg opis
hari isnin diorg mula kje aku cuti la pulak
merajuk ku kene tggl..

ekceli best la duk umah smlm...
bermalas-malasan tanpa kene kuar rumah..hehehe
sabtu ahad pn aku xlekat kt rumah
so mmg ase letih la
tu yg abik cuti semata2 nk duduk umah diam2 tu
hehehehe
hubby lak kje
so mmg aku boleh berehat dgn tenang...:)

xtvt semalam biasa la, masak, basuh baju, sapu sampah, kemas mana yg patut
setel baju sume, n sempat gak buat puding koktel
dh seminggu peram bahan
xsempat buat tp tingin nk makan..
last2 semalam baru sempat
setengah periuk aku wat
nasib la kang, kembong la perot mkn puding jer..hehehe
esok aku kene pg meeting
sampai khamis
tggl la RR..hahaha..

ok la...chaw dulu..



11 December 2012

Kisah Demam & Pantai BNO @ Sabak Bernam

Sungguh blur aku
kemana hilangnya semangat nk up n3
mungkin hilang sbb aku demam ri tu kot

ari ahad kelmarin aku kene demam
teruk gak la smpi xleh bgn
gigil2 aku menahan sejuk
mkn ubat then tido
makan apa pun xlalu
dua hari gak aku cm mamai mkn ubat
yer la
biler kte mkn ubat makanya akan ase melayang la kan
ubatkan ada dadah
pastu hari isnin gigih la aku pg kje sbb dh kebah sikit badan
malas nk duk umah jer
dlm pada sejuk2 badan ni tahan jgk la smpi hjg waktu kje
kt opis kan, xprsn mase berjalan

pastu hari rabu kene g kl
de hal
balik hari je pun
laki aku pulak ri tu kene demam panas
gigil2 dia duk menahan sejuk dlm kete
bertahanlah mata aku drive dri kl
sbb sorg2 kn, xde kwn sembg
bape kali gak benti lelap mata
laki den dh xsedor aper sbb badan dia panas sgt

sib baiklah berjy smpai umah ngn jayanya
terus pg klinik nk ambik mc ker laki ni
mmg mggu yg mencabar la
ni pun aku xbaik sepenuhnya lagi dri demam
ada batuk n selsema lagi

laki ku ada gak lagi bdn dia panas2
kdg2 tido kene pkai stokin n jaket

sekian lah cerita demam dri kami laki bini
xde cte lain dh

terimalah pic aku mase balik kg ri tu
lepak tepi pantai ngn adik aku
pantai ni dekat jer ngn rumah
dlm 1/2 km jer pn
moh moh










lepak tgk org men layang2
mase ni org ramai giler
nk jalan pn selisih bahu
huhuhu
aku jer yg mls tgkp pic org











08 October 2012

Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman



RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

***************************

Peringatan ni untuk aku jugak
yer la kan,kdg2 dlm hati kte ni ada tak puas hati pada suami
xkira la dlm hal aper jer

kdg2 aku xsbr nk tggu waktu dia tenang contohnya lepas mandi, lepas mkn n semua tu
time dia sampai muka pintu tu ase nk ckp mcm2 tp sabo kn jer la biler tgk muka letih dia
yer la, pernh gak aku ckp mase dia baru balik
ha ko, sudahnya bertekak
xselesai masalah, tambah dosa lagi ada la...

hermm moga kte sama2 dapat mengharungi alam rumahtangga ni dengan penuh keredhaan
kepada suami,hargailah pengorbanan seorang isteri dlm menguruskan rumahtangga
dan kepada isteri pulak, cuba jadi seorg sabar dan tenang dlm menyelesaikan mslh rumahtangga
bawak berbincang dgn suami dlm apa jua mslh dan yg penting carik masa dan ruang yg sesuai untuk berbincang
baru la masalah bole selesai...
Moga2 Tuhan melindungi dan merahmati rumahtangga aku sekeluarga n korang jugak..

Sumber



21 September 2012

Cuti Yang Tak Dijangka

Selamat pagi korang semua...
semalam sunyi tanpa n3 sbb aku cuti emegenc..
ha, ni la yang aku nk cte naper aku emegenc cuti..

alkisahnya hubby aku ni dlm sminggu ni duk ngadu sakit perot tp xteruk sgt la..
dia baru kene gastrik sejak bulan lepas..
so biler dh kene tu aku duk remind la jgn skip mkn cm selalu sbb dh dapat sakit tu
pastu awal minggu ri tu xsilap aku dia skip mkn
pastu duk aku dh bebel2 baru la dia mkn teratur

n so on cmtu la smpi la kelmarin(rabu)..
mlm khamis tu dia ckp dh sakit2 tapi leh tahan lagi
leh siap tlg potongkan rambut aku lagi kt rumah..
mkn pn teratur jer sehari dua tu so mmg xpk nk teruk la
just ingt angin biasa jer..
pastu mkn ubat jer la
kt umah mmg ada stok ubat angin n gastrik sume kan..

tahan punya tahan sampai la kul 12 something
dia makin xtahan dh
lama2 duk guling2 smpi nangis sume..
aku pun pe lagi, dh xtau nk buat aper
aku bwk pg hosp..

gelabah gak la, nasib baik hosp xjauh pn
dlm 10 minit jer..
tu pun dh sampi pintu masuk hosp dia mtk benti tepi jln
aku ingat nk wat per
dia bantai muntah
byk giler.......
aku pun xtahan tgk...
abis sume tu aku hantar dia smpai depan kecemasan
pastu staff hosp sorong terus dia masuk bilik kecemasan
aku lak pg parkg kete
setel parkg aku crik dia kt bilik tu sbb nk ambik ic coz xdftr lagi kt kaunter...
siap dftr sume aku jenguk dia balik kt bilik tu..
tgk2 doc dh baringkan dia atas katil n pasang wayar ntah aper ntah
lama gak la
kt tgn dh cucuk jarum n aku tgk doc bubuh ubat aper ntah n air

pastu duk tgok dlm 5 minit diorg suh aku tggu kt luar
mmg aku tgk waris pesakit sume kene dok luar
tp mase duk kelam kabut memula tu aku bantai jer masuk..hahaha

aku dh trpk dah, klu masuk wad mlm tu mmg bermlm kt wad jgk la aku mlm tu
aku dh plan nk mtk dftr dia pkai GL aku jer..
so dlm sejam lbh pastu dia kuar...
alhmdulillah...dh boleh kuar
doc bg ubat yg kuat punya kot...
diorg bg list ubat tp kene ambik esok
yer la, farmasi mane bukak mlm2...

so esok pagi2 aku pg ambik ubat n pg opis maklumkan yg aku cuti..
xlarat wei, pale aku pn dh weng weng dh pgi tu...

so itulah cte cuti aku yg xdijangka....

11 September 2012

Tips Perkahwinan

xde mood nak update pape..
sekadar nk share artikel ni dari fb
sebagai renungan bersama





07 September 2012

Video Kenangan Pertunangan





Aku nak share video mase aku tunang ri tu..
aku buat sendiri tp xde la bgus sgt cm rakam bagai kan..
just pakai movie maker jer...
skdr tuk kenangan

aku dh lama upload kt youtube..
so nak share kt korang lak la..










22 May 2012

Insyaallah..


Zoom dekat2 cikit..hehe...
doakanlah yerrr..:)


p/s:pic ni tgkp bln mac lagi











27 January 2012

2nd Honeymoon Yang Tak Dirancang

Ni cite mase cuti balik raya bulan 9 2011 ri tu...
on d way balik kuantan dri kuala.krai,weols singgah tido 2 mlm kt pantai batu buruk,kuala terenganu.
ada 2 sbb sbnrnya,
satu sbb jln jem giler n dh letih,
yg ke-2 sbb nk crik brg kedai kt pasar pyg.
kn kt sana periuk kuali murah cikit dri kuantan.
plan nk pg golok pn dipadamkan je sbb raya kan,jalan pun haruslah xlengang.
malah jem memanjang.nk berjalan pun pk byk kali..
so biler dah ada 2 sbb tu makanya timbul la sbb ke-3..2nd honeymoon..yeyy...
malu nk ckp tp itu la..tak plan pun sbnrnya..
pic xbyk sgt ambik sbb 2 mlm je kan..
hari 1 smpi pun dh nk maghrib...
esoknya baru kuar g pasar payang n ptg tu pg tepi pantai mkn seafood yg gorg2.yg dicucuk lidi tu..
mmg glamour kot sbb semua kedai jual bende yg sama.minum air kelapa..
harus lah kan perasan tourist..hehhe..
ni pic yg bru tringt nak ambik..

konon2 cover la tu

so pastu mkn2,balik bilik n siap2 tukar baju nk mandi pantai..hehehe..mandi sampai kecut2 kaki..puas hati aku..dh lama sgt xmandi pantai..

26 January 2012

Lirik Lagu Berdua Bersatu – Forteen

Moga cinta kami Berdua Bersatu hingga hujung nyawa

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu


27 December 2011

Perkahwinan Jahiliah Menggalakkan Maksiat

Satu entry yang bagi aku amatlah bernas dan ada betulnya..sama2 la kita hayatinya adakah kiter tergolong dlm golongan ni..

***************************

Khas untuk Diriku, Keluargaku dan Rakan-Rakanku.

Assalamualaikum.


 Kahwin? Kahwin bukan susah. Kalau kita betul-betul ikut landasan agama Islam tentang perkahwinan. Kahwin bertujuan untuk menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan dengan mengucapkan kata-kata yang menunjukkan nikah mengikut peraturan yang ditetapkan agama Islam. Kahwin adalah wajib bagi mereka-mereka yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat sedangkan mereka mampu untuk mendirikan rumah tangga. Mampu membayar mas kahwin dan mampu memberi nafkah kepada isterinya. Kebanyakkan hamba Allah ini keliru antara mas kahwin dan wang hantaran. Mas kahwin merupakan satu pemberian yang wajib daripada suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. 

Sabda Rasulullah SAW:
"carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin diperbuat daripada besi" - (Riawayat Bukhari)

Dari hadith diatas, nyatalah mas kahwin boleh dijadikan dari apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sperti wang ataupun barang-barangan. Di Malaysia, mas kahwin adalah berbeza-beza mengikut negeri. Tetapi kebanyakanya tidaklah melebihi RM1ribu. Manakala wang hataran hanyalah hadiah yang ikhlas dari pihak suami kepada isterinya. Mas kahwin adalah wajib manakala wang hantaran cuma hadiah yang dilakukan mengikut adat. Tetapi zaman sekarang manusia banyak melebihkan wang hataran sebagai point utama sesuatu majlis perkahwinan. Adat Melayu melebihi agama Islam. Itu menunjukkan kejahilan umat manusia pada masa kini. Adakah anda?

Wang hantaran bergantung kepada taraf pendidikan dan pekerjaan si isteri. Makin tinggi taraf pendidikan si isteri atau pekerjaanya maka makin tinggilah nilai wang hantaranya. Walaupon huruf-huruf arab pon si isteri tidak mengenalinya. Bahkan khatam Al-Quran. Seperti si Ayah menjual anak perempuanya kepada seorang lelaki yang bakal menanggung dosa-dosa anak perempuanya itu. Sedarkah wahai si Ayah? Kalau tidak punyai RM20ribu untuk wang hantaran, lupakanlah sahaja niatmu wahai jahiliah. 

Apa yang wajib dalam perkahwinan adalah dengan mengikut rukun nikah iaitu, pengantin lelaki dan perempuan, wali dan dua orang saksi lelaki, dan ijab/qabul (akad nikah). Itu sahaja yang diperlukan untuk sesebuah majlis perkahwinan termasuklah mas kahwin dan kenduri kahwin (walimatulurus). Ada sesetengah ulama' mengatakan walimatulurus ini adalah sunat sahaja bagi mereka-mereka yang benar-benar tidak berkemampuan. Tujuan walimatulurus adalah untuk menghebahkan kepada orang ramai tentang perkahwinan tersebut bagi mengelakkan fitnah. Adakah syarat-syarat wajib ini susah?

Kenapa umat manusia era ini hanya mampu menggaru kepala bila diajukan tentang kahwin?
" duit tak cukup lagi nak kahwin, kahwin menelan belanja melebihi RM30ribu, mana nak cari"

Kebanyakkanya sanggup meminjam dari bank untuk mendirikan perkahwinan. Loan sana dan loan sini. Tahukan anda isteri anda adalah milik bank selagi anda tidak mampu menjelaskan hutang anda di bank? Jangan sentuh isteri anda selagi hutang bank tidak dijelaskan.

Cukuplah mengamalkan amalan-amalan jahiliah Melayu bila ingin melangsungkan perkahwinan. Disebabkan amalan-amalan jahiliah yang menelan belanja beribu-ribu ringgit inilah anak muda zaman sekarang ini susah untuk berkahwin. Bila mereka rasakan susah untuk berkahwin maka akan berlakulah maksiat di merata-rata tempat. Kenapa? Kerana majlis perkahwinan adalah mahal. Tidak mampu untuk melangsungkan walhal sudah wajib bagiku. Kenapa nak kena ikutkan adat-adat orang yang sudah bila melangsungkan perkahwinan? Kenapa nak buat pelamin mahal-mahal? Kenapa harus mengupah mak andam untuk bersolek seperti opera cina di hari perkahwinan? Kenapa harus bertukar-tukar baju? Kenapa harus mengupah photographer dan videographer mahal-mahal? Ini semua adalah disebabkan hati jahiliah manusia ingin berbeza dari orang yang sebelumnya. Malu jika orang mengutuk dan mengkeji majlis perkahwinanya nanti. Tidak perlu semua itu. Aktiviti jahiliah inilah yang menelan belanja beribu-ribu ringgit sebenarnya. Disebabkan inilah banyak pemuda pemudi tak berkahwin. Aku nak salahkan orang-orang yang berfikiran sempit bab kahwin ini. Kenapa lah kebanyakan Melayu aku begini? Malu aku.

Aku rasa mampu sahaja sekiranya mempunyai RM10ribu untuk menukarkan dari satu ikatan yang tidak sah kepada sah. Apa yang wajib anda mendapat pahala. Apa yang jahiliah anda mendapat dosa. Makin banyak duit dikeluarkan makin banyak dosa yang anda dapat. Tuhan bagi otak untuk berfikir. Jangan ikutkan orang jahiliah sebelum ini. Teruskan niat berkahwin anda. Selamat Pengantin Baru kepada umat Melayu yang bukan jahiliah. Moga dirahmati Allah SWT.

Khas untuk Diriku, Keluargaku dan Rakan-Rakanku.

Kan manis jika duit kahwin yang lebih-lebih tu dijadikan tiket perjalan anda ke Tanah Suci Mekkah bersama pasangan anda.

p/s: Kahwinlah kamu selagi boleh berkahwin. Dunia semakin habis.

JIKA ANDA SALAH SEORANG MANGSA PERKAHWINAN JAHILIAH. PEDULIKAN APA MASYARAKAT CAKAP TENTANG MAJLIS PERKAHWINAN ANDA. ALLAH SWT LEBIH MENYAYANGI ANDA.

Sumber : Carl Samsudin

*****************************
Sejujurnya aku nak share mase aku kawen dulu,mas kahwin rm1000 dan hantaran hanya rm5000..mase tu aku dh kje tetap.murah or mahal?entah,aku xde jwpn..

08 December 2011

Suka Cium? Meh Tengok Makna Disebaliknya

Suka cium isteri jer k...cium org lain aku tak tau yer..

Suka cium dahi isteri...... ..suami yang romantis.

Suka cium pipi isteri...... ..suami yang penyayang.


Suka cium mulut isteri...... .suami yang gelojoh.

Suka cium tengkuk isteri...... ..suami yang mata keranjang.

Suka cium telinga isteri...... ...suami yang sensitif.

Suka cium leher isteri...... ...suami yang penyabar.

Suka cium payudara isteri...... ..suami yang suka bermanja.

Suka cium tangan isteri...... .suami yang hipokrit.

Suka cium ketiak isteri...... .suami yang menerima isterinya seadanya.

Suka cium punggung isteri...... .suami yang suka bergurau.

Suka cium kaki isteri...... .suami yang terlalu menghormat isteri.

Suka cium orang lain punya isteri...... .suami nak mampos !


Sumber : YANAMIB

















26 October 2011

Tak Sayang Dah Yer

situasi: bermalas2an tgk tv...atas sofa...sandar menyandar manja2...

aku: (pandang muka dia sambil senyum2..) yang, pandang sini jap...
hubby: (mata pandang tv,senyap xde respon...)

aku: pandang la jap....

hubby: ape....sambil pandang...

aku: (sambil senyum) awak sayang saya tak..??

hubby: awak tau jwpn saya kan...

aku: ala, nak awak jawab jugak..

hubby: tak...(sambil senyum sumbing...)

aku: tapi saya sayang awak...

hubby: yer ker..ok, time kasih...

aku: tu jer ker..

hubby: yer la...dah awak tanya syg ker tak, sy jawab la tak...hahhaha...

aku: awak ni memang....

takdenya diulit dgn kata2 romantik sbb dia mmg bukan begitu orgnya....cuma perbuatan dan perlakuannya menzahirkan aper yang ada di hatinya..:-)

21 October 2011

Cium La Balik

di suatu pagi...


aku: abang, meh nak salam meh, nak pegi kjer dah ni*sambil hulur tgn..

hubby hulur tgn tuk disalam..then tgn yg bertaut di bawa ke mulut suami

aku: cium la pulak tgn saya

hubby: *buat muka selamba..xnak..

aku: ala, dlu mula2 kawen saya cium tgn awak, awak cium balik tgn saya..

hubby:eh mana ada, maner saya penah buat camtu..*sambil senyum simpul..

aku:ye la...*sambil jeling

hubby: ha, tu nnt terus pegi menonong jer la tu, pastu sampai pintu kte saya tak sayang sbb xbuat camtu...*sambil gelak

aku: (dlm ati:eh cam tau2 jer)..xpun..perasan...maner ada..

hubby: eleh awak tu, cm la sy xtau..dh baper lama sy jadi suami awak...??!!

aku:.....?!@@#$%^

24 September 2011

SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE-2 SAYANG..

STICKY POST

Saya tak bagus dlm ENGLISH.. 
tapi saya boleh bagitahu yg.. I LOVE YOU

Saya tak bagus dalam GEOGRAFI.. 
tapi saya boleh tahu awak tinggal dalam HATI saya

Saya tak bagus dalam SEJARAH.. 
tapi saya INGAT FIRST TIME saye kenal awak

Saya tak bagus dalam KIMIA.. 
tapi saya blh bgtau TINDAK BALAS saya bila awak senyum

Saya TIDAK HEBAT dalam setiap subjek..
tapi saya blh bagitahu awak yg saya hebat dlm semua SUBJEK ,,

jika TOPIC nyer ialah AWAK ! ♥


******************************************

Sekejap jer masa berlalu..
dah dua tahun rupanya aku jadi isteri org..
ermm terima kasih sayang kerana masih lagi sabar melayan kerenah isterimu ini
terima kasih sebab tau macamaner nak buat saya tersenyum setelah merajuk seminit...
terima kasih sebab tlg saya sapu sampah, basuh bilik air, masak, sidai kain...
tp awak mmg xsuka lipat kain...saya tahu tu..
terima kasih sebab tolong bagi makan kucing, mandikan n bersihkan najis diorang..
terima kasih sebab tolong pasangkan langsir sampai jari awak sakit terkena tukul
dan banyak lagi la terima kasih atas segala2 yang awak dah buat


saya tau awak tak suke tgk muka sy masam jer...
awak selalu xbg peluang sy nak marah awak...serius!
sy mmg xleh marah awak pun. 
klu sekarang ni saya berazam dgn ati yg membara biler jumpa awak nak marah puas2 tp biler jumpa belah petang ati saya dh sejuk mcm ais dah..
xleh nak masam2 sebab sy hanya tahu senyum biler awak bersuara dengan mimik muka yg sengih2 'jangan senyum'..
sbb awak tau biler awak ckp cmtu sy akan senyum..:-)


biler sedih n rasa nak nangis, awak tau saya akan perlukan pelukan awak untuk redakan kesedihan...
saya tahu awak tak suka tgk air mata saya tapi saya perlu menangis di bahu awak sebab itu yg buat sy lega..


banyak yang kita dah lalui bersama...
tapi kita masih lagi perlu belajar tentang hidup berumahtangga. 
sedangkan lidah lagi tergigit kan...
moga Tuhan panjangkan jodoh kita sehingga akhir hayat..
juga mohon Tuhan kurniakan zuriat yang soleh tuk menemani kehidupan kita suami isteri...


SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE-2 SAYANG..






19 August 2011

Baju Kurung Kosong

mornink uols...hehehe..
aku rasa ari ni pagi yang ceria sebab mlm tadi aku cukup tido!hahaha..
pas buker, duduk2 kejap..
dlm 9 lebih aku dh tertido..
kt depan tv tu..

pastu aku terjaga then masuk bilik sampai la pukul 4 baru aku bangun..
hubby kejut bgn sahur..sbb aku dh pesan dh mlm sblm tu kjut aku...
nasik pun dh siap masak..heheheh..sayang abang...:-)

aku just masak lauk sikit n masak air...
sahur nak makan pun xselera...aduhh..
xtau nak berbuka n sahur menu aper dah...
ermm tghari ni ikut plan nak crik baju aku..
harap2 jumpa la...

aku nak beli sepasang kurung yang kosong..
n klu boleh warna hitam..
sbb aku nak pasang batu2 kat baju tu..
siap dh design tau...
aku nak buh batu2 n manik2..

aku ada cadang nak beli dah siap manik punya..
xkesah la harga kan tp yang xpuas atinya sbb byk batu yg cantik2 tu letak kt leher baju..
aku ni pkai tudung la..maner nak nampak..

byk baju yg jual design dia camtu..
so aku deside nak jahit sendiri..
kat tgn n bawah baju...
kt leher xpyh la kan...

tgk la nnt cmner..
dpt tak baju kosong yang aku nak tu..


16 August 2011

Download Lagu Raya

Sedang menggigih mendonlod lagu raya..
maklumla, nak wat prepare tuk perjalanan balik raya yg panjg tanpa siaran radio...huhu..
so kene siap sedia la kan..
klu tempat yg xde siaran tu, leh layan mp3 punya..

aku balik kg sabtu 27 ni..
xsabar nak balik dowh...
lama xbalik...

semalam punya citer kan, aku ngn hubby buka luar untuk kesian kalinya lagi sbb nak crik bju aku pulak...
tp biasa la, crik yg lain dapat yg lain. in d end aku beli sepasang jubah putih..
suci ko warna dia..tu pilihan hubby aku...
dia yg nak sgt aku pakai bju tu..
siap matchkan ngn tudung purple lagi..

klu ikutkan dia pilihkan kaftan tp aku xminat lak...
aku ingt nak beli bju kurung jer tp dia ckp raya ni pkai la lain cikit..ikut jer la yang...
janji ada baju..tp aku mawu crik lagi sepasang...
baju biasa2 jer..tgk la nnt, maner2 yg jumpe..

pas siap shopping tu, pg buke pose then pg cowboy ushar pinggan mangkuk sbb nak budget duit...
dlm 10 lbh gak sampai umah...
letih n ngantuk sbb semlam kan aku tido 2 jam jer...
mmg xbgn sahur aku pagi tadi..hehehe..
hubby pun kate xlarat..
so tahan lapar la perot aku ni skg...
mls nak bgn perot lapo..padan muka...

mlm ni nak berbuke ngn ofismate..
kt ana ikan bakar..
smlm dh reserve meja dah.

pastu pg cowboy again tuk beli pinggan mangkok yg dh kami ushar smlm...
budget?around 2k++ asenya...


21 June 2011

Tempoh Perkenalan Yang Pendek Sebelum Kami Berkahwin


Menempuh alam perkahwinan memang membahagiakan biler kita semakin hari semakin memahami pasangan kiter. Wahh. intro yg skema...kihkihkih...aku bertunang dan berkahwin dgn suami tak lama lepas kami kenal. dlm 6 bulan camtu. Awal perkahwinan agak mencabar bagi kami. Mungkin faktor perkenalan yang pendek membuatkan kami belum saling mengenali.



Rumahtangga kami dah berusia 1 tahun 9 bulan skrg. Ombak dan gelora dlm ragam dan dugaan rumahtangga berjaya kami harungi. sabar tu memang paling penting. semakin hari, kami semakin belajar mengenali pasangan. dari semua segi la. kekurangan n kelebihan. rasa mcm bahagia sgt biler aper yg kita pikir n luahkan sama dgn aper yg pasangan ingin katakan. kdg2 kptsn n tindakan yg nak dibuat pun sama wpn xdiluahkan. aku dapat teka apa yg dia nak katakan biler aku buat sesuatu. dia pun sama,selalu potong apa yg aku nak ckp sbb dia mcm tau2 jer aper yg aku pikir.hehehehe..ase mcm di alam percintaan..hikhik..mgkin sbb tak puas bercinta lagi sblm kahwin....:-)

moga kami akan sama2 kuat spy dapat tempuh dugaan yg mendatang sbb alam rumahtangga ni menyimpan seribu rahsia dan kehidupan. dua jiwa bersatu dlm sebuah ikatan.


Mari layani pic kami semasa BOSAN. sila skroll laju jika rasa loya. aku tak sediakan baldi..:-p










SEKIAN DARI KAMI..!


16 June 2011

Surat Terbuka Kepada TV3 - Bantahan Terhadap Penyiaran Siri Drama Nora Elena


Kalau tak silap aku ari ni episod last kan cerita bersiri adaptasi novel bertajuk Nora Elena kan?(tak sure sbb aku tak tgk sgt).Mungkin agak terlambat untuk surat ini diajukan. aku sekadar nak share surat ni yang aku tak tau dihantar betul atau tidak ke tv3 tu :-p...jom layannn..

*********************
Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah marah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"



( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya


Sumber dari SINI

p/s: memang terbaik la ahkak..

Labels