CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nadya Honey's Bloglist Link

Followers

Showing posts with label ~umum~. Show all posts
Showing posts with label ~umum~. Show all posts

06 May 2013

Marilah Kita Berangan

Berangan itu FREEEEEEE...!!!
yah,hahahaha...sekarang n kuat betul la aku berangan
Berangan pasal aper lagi kalau bukan pasal rumah yang bakal aku duduki hujung tahun ni
Orang pompuan wei, dah la rumah sendiri
Semangat lebih nak menghias..
Selama ni duduk rumah sewa duk terima jer macamana pun hiasan, cat dinding semua tu
Kalau rumah sendiri haruslah nak plan macam2

Dari masa memula book lagi duk kepala otak aku ni berjalan jer
tema rumah warna apa,bilik warna apa,
nak buat itu ini, camtu camni..
haish, letih piker tapi sonok sangat!
Sape yang duduk dalam situasi jer yang tahu macamana ase xcitednya
kalah hokey xcited dapat hf baru..
ni lagi teruja!

Memula kan aku angan2 nak tema hall warna hitam merah putih







pastu biler duk google pulak tengok orang lain deko
Cam best la warna itu, warna ini..
pastu aku pun terduduk sorang, tak tau nk decide per
hehehehe
Takpe2, banyak masa lagi...
boleh piker slow2...

tuk feature wall memula aku plan tuk bilik aku nk letak wall paper jer..
pernah tanya dh kt kedai, design yang aku nak tu segulung rm200 siap pasang..klu dinding bilik cam yang aku nak mau dua gulung gak kot tak pun lebih..bape dah tu kan..
pastu ada dengar gak orang kata klu wall paper ni xtahan lama sangat, nanti terkopek kertasnya..hurmm
perlu pikir cara lain ni nk hias dinding..
cari punya carik idea, aku jumpa style cat dinding camni..




korang nampak tak aper yg aku nampak??heheh..
Suker tul aku ngan hiasan dinding simple camtu..
so aku akan perah idea camne nak buat corak stripe tuk dinding feature wall nanti..

p/s: sampai skg xleh decide nk tema warna apa..aduss..


29 April 2013

Gelap Ke Terang

Jamu mata korang dengan pic perjalanan aku melalui highway pantai timur..
Masa: Awal pagi






16 April 2013

Jeles Ker Aku? Korang?

Yup..aku rasa bukan aku sorang jer yang pernah rasa camni
Ada masa2 kan, aku rasa jeles dengan orang yang lebih segala2 dari aku
korang tak paham kan..meh meh aku cite lagi

Kalau masa kite sekolah dulu kan, mak aku bagi duit belanja 50sen -80 sen
dalam tahun 90an, harga mknn kt kantin sek pun masih murah lagi
Nasik lemak masih lagi harga 20sen
tapi mase tu nk beli apa2 selain makanan kene berjimat
kene catu makanan
mase tu dah timbul dah perasaan jeles pada kawan2 yang nak makan apa saja boleh beli
nak beli apa saja permainan boleh beli
tapi sampai tahap jeles simpan dalam hati jer la camtu..
tak terpikir pun masa tu nk gi jumpa bomoh ker aper kan..
ha, tu mentaliti orang melayu yer, malu aku nak mengaku melayu biler ada manusia2 cmni

ok, sambung balik..
pernah gak aku duk cakap ngan mak aku, duit belanja sikit...
aper lagi, kene tazkirah panjang la aku jawabnya
mak aku biasa la, dia tentu la bagi contoh nak sedarkan aku
cuber tengok orang yang lagi susah dari kite, nak duit belanja pun tak de
huhuhu..insaf sekejap..
biler tengok balik diri, yer la, walaupun duit belanja tak banyak tapi tetap ada
nak makan apa kat rumah mesti dapat, nak pegi berjalan mesti boleh
terus jadi anak soleh taw..hihihi

pastu biler masuk alam kolej ni
berjauhan dari family, tuk pengetahuan korang
aku anak sulong dari 5 beradik
so aku ada 4 orang adik yang masih sekolah bawah aku..
ko bayangkan, mase masuk kolej tu,
kadang2 kan ptptn masuk lambat,
so biler tiap sem sebelum wit ptptn masuk
mak aku akan kirim duit seminggu sekali
seminggu RM70 bank in setiap hari isnin
parent aku berniaga
so income setiap minggu
so tiap minggu la aku dapat duit belanja
dengan RM70 tu la duit aku topup, foostat soalan n nota n makan..
giler jimat dowh..tp Alhamdulillah, tetap cukup..
mase tu jeles tengok(jeles agi) member yang duk beli makanan xbercatu,
hujung minggu outing balik hostel bawak sehelai dua baju baru
aku usahkan nk beli baju, belanja makan pun xleh lebih RM5 sehari..acaner..
biler agak2 cam ase nak dikuasai syaitan dengan bertambah sakit hati n jeles,
aku tengok balik member2 yang lagi xberduit dari aku...
makan takat nasik putih lauk ikan bilis sambal yang kering tu
tu pun bawak bekal...
so insaf lah..huhuhu..aku jauh lebih beruntung..

biler masuk alam pekerjaan
biler dah pegang duit sendiri
sume nak kene bayar..
ha, mase ni la baru tau camne perasaan mak pak kite dulu
pening pale duk pusing duit sana sini
belanja walaupun tak sengkek tapi tetap kene jimat
timbul lak ase dengki kat kawan2 or orang yang kte kenal
biler tengok orang pakai handbag baru, naik kete mewah, shoping sane sini,
holiday merata....adusss,syoh2 la perasaan ni....
jelesnya...kalau la aku cmtu..bestnya..
boleh beli itu ini, makan kat mana2,jalan merata....
pastu biler ase dah jauh tersasar, terus sedar lagi...
tengok orang lain, nak pegi kerja naik bas, rumah pun dinding rabak, bumbung bocor,
makan sekali sehari..adus..ase sedih lak, hidup aku jauh lebih baik...

So kesimpulannya(cam summary lak) walau baper pun umor kite,
Perasaan jeles tu tetap ada cumanya cara kite handle nak bagi perasaan tu tak menguasai kite
biasalah manusia, xdapat lari dari hasutan syaitan..
berangan tak per cam aku selalu buat, sbb berangan free
cumanya yang tak bagus biler dengki bukan nak muhasabah diri
malah pegi bomohkan orang lagi ada la, nak bagi dia susah jugak..
apa punya manusia pun tak tau la...



05 April 2013

Senyum :)

Curi masa sekejap sementara menyelesaikan kerja yang bertimbun
Rindu sungguh nak mencoret ni rumah kesayanganku ini
walaupun ku tak update tp tetap BW thru hf
Tapi biasa lah kan, klu thru hf ni sekejap jer mata celik, pastu pejam dah..hihihi

Banyak urusan kerja dan peribadi yang kene diselesaikan sepanjang sebulan ni
Tak cukup tangan aku rasakan
tak cukup jam rasanya masa berjalan
tau2 dah habis minggu
hermmm

ni pun aku baru bermula bekerja semalam setelah bercuti sampai rabu
Kembali menjalani tugas seharian, kembali mendepani jalan kehidupan
kembali memikul dan menggalas amanah yang diberikan..

Aku harap aku kuat..
Ya, sambil diiringi dengan senyuman dan lafaz Bismillah
Marilah kita teruskan amanah dan tanggungjawab itu..:)



18 March 2013

Kebaikan Menangis: Satu Terapi Perubatan


Jangan ingat menangis ni hanya untuk meluahkan perasaan jer
yer la kan, bila kte terlampau sedih dan terlampau gembira
memang secara tak lansung air mata akan keluar

So aku nak share beberapa kebaikan menangis (dari sudut perubatan) *mood serius hari ni

1- Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan
Zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan.

2- Meningkatkan kadar dengupan jantung
Degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan satu perasaan yang sangat tenang.

3- Menghalang penyakit
Universiti Temple dari AS telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semulajadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.

4- Membebaskan racun dari badan
Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, "Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk menangis berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan." Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat, air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan, menjadi orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.

5- Air mata mengandungi 25% protein
Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Hal ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ia dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis. 

16 March 2013

Peninggalan

Mengimbau kembali kenangan
Ofis yang ditinggal
Tengoklah macamaner berserabutnya

Alang-alang dah ada pic aku sharekan sajer




15 March 2013

Ang Pau

Ntah betul ntah tidak ejaan tajuk aku tu
1 time dapat Angpau...RM20
Teruja!


Dah selamat ku belanjakan ke skirt baru..hehehe


14 March 2013

Nangka Pemberian Jiran

Sudah selamat menjadi bubur/pengat nangka
Nak makan gi tu sajer maunya kembong perot angin
Aku makan bape ulas jer pun, tak berani makan banyak


Tapi biler dah jadi bubur, haruslah makan banyak
nak2 lagi letak dalam freezer kasi sejuk..wallah...


13 March 2013

Gadget Baru TEFAL - Periuk Nasi Microcomputer

Tak hingat dah haku biler
Tula lama sangat tak update
duk peram jer pic

So ri tu duk ckp ngan RR
aku ni duk masak nasik sikit ajer
Makan berdua
sebelum ni masak nasik dalam periuk nasi atas api jer
tapi tau jerla kalau atas api kan
1/3 jadi kerak
so pikir punya pikir
makanya aku duk kata la nak beli periuk nasi letrik

Servey punya servey brand TEFAL dah melekat kt hati
berjaya membawak balik ke rumah
Harga tak silap aku RM159 sajo
kt Pakson ECM


Button Microcomputer


Boleh kukus/ stim/bubur jugak


So far dah beberapa bulan pakai ni, puas hati la...
Biarlah berbaloi yer dak...hihihi

12 March 2013

Aaron Aziz & Kerat 14

Aku ni bukanlah jenis minat mati sangat kat pelakon ni
Depa pun manusia kan, just kadang2 suke tengok depa berlakon jer.
Ada ritu aku kata aku minat tengok Beto berlakon. So far ok la.
Ada gak suke tengok pelakon lain cam antara pelakon glamur
Cam Aaron Aziz, Adi Putra.
Tu yang tengah hot sekarang ni kan.

Yang lawaknya, aku tak ingat hari apa ntah
Boleh aku mimpi si abang AA ni.kahkahkah
Tak pernah ayat aku mimpi pelakon.
Dah la dalam mimpi tu dia cam pilih aku
antara ramai-ramai perempuan nak buat pasangan hidup.
Hayyooo..
sungguh kelakar
Dalam mimpi tu aku macam tak percaya giler la.
Tapi opkos la bangga..hahahaha
Sori kak diyana. ini mimpi mengarut je.
Nak kata aku duk bayangkan aa sebelum tido tu, asenya tak de la kot
Just mungkin aku ada tertengok iklan Astro first sal cite Kerat 14
Kalau tengok trailer cam best jer
Nampak ngeri n ganas



Tapi biler tgk so far cite ringan
ganas cuma sikit
pastu polis dapat tgkap macam tu jer
Tak de halangan n konflik..
So tak la rasa ralat beli tiket
Download jer sudah..mihmihmih..:)

Keluar Masuk Hospital/Klinik

Kekeringan idea dan kesibukan menguruskan kerja seharian
ditambah lagi RR yang asyik berulang ke klinik/hosp
yang terbaru ni, tak silap aku hari jumaat belah mlm
masa tu aku nak tido dah
dia mengadu sakit perot gastrik
tp leh tahan lagi sbb dah mkn ubat

then aku pun tido la
pastu dlm kul 4 pagi aku duk dgr org mendesah jer
tgk2 di kt sebelah dah bersandar pegang dada
aku tegur tanya nak pegi hosp ker
dia cakap nak sebab tak tahan dah
dia kalau boleh tahan lagi memang tak la nk pg hosp/klinik

so aku pun bersiap ala kadar hantar pegi hosp
masuk icu jap
masuk air n ubat
x-ray takut ada apa2
dari kul 4am-7am aku kt hosp tunggu dia
sib baik ok..
balik rumah setel makan semua dia dengan aku2 mentido
nantuk uolss
duk tunggu kat hosp tu pun aku dh terlentok2 kt kerusi

begitulah seadanya cerita aku ini
ada idea ku sambung.

Tataplah wajahku seketika..uhuhk






01 March 2013

Aku, Dia & Tong Sampah

Cerita yang sangat sempoi
Yang paling sempoi aku pernah tengok
ase macam bukan lakonan jer
macam kehidupan real
lakonan beto n siti saleha mmg mengancam
pasangan yang serasi
sangat2 best la!
hahahah....

cte dah lama dah tapi aku duk baca ada blogger yg fames amos
duk kate cerita ni best
gigih ok semalam aku mencari link download sane sini
n bile tengok memang sangat puas hati

Antara part yg aku suke n tetibe leh buat aku terburai gelak mase amir n shanaz pg live band
amir kate suare penyanyi yang tengah nyanyi tu xsedap
terus penyanyi n penonton senyap..hahhaah..
coverline kate nasik lemak yang makan tadi tak sedap..hahaha
lawak sungguh..

So far lakonan Beto bagi aku memang kelas..
Dia ada identiti n karisma tersendiri kalau belakon
Harap2 lepas ni akan banyak lagi lakonan dia yang best2...

'Jangan ubah diri kita untuk orang lain sebab kite dah sempurna'
'Kalau seseorang sayangkan kite, dia takkan suruh kite korbankan impian kita untuk dia'

p/s: sib baik aku bukan jenis die hard fan mana2 artis laki. so minat gitu2 jer.
p/s: nak link download, google sendiri...muahahaha..




Post 28/2/2013

Terasa nak bebel2 jap..
Urmm xde la bebel aper sangat pun
Urrmm sembang2 malam tadi ngan RR cam xdapat jer beli periuk
Sebab cam xberbaloi lak beli sikit2
Mahal jer

Kalau beli sekali 1 set baru murah sikit tapi bajek la pulak..
Kene tambah lagi la ni..
So tak de la kiranya periuk baru
Tapi kan....
Kelmarin sempat sambar skirt baru...ngeh ngeh ngeh
Warna royal blue..
Tantik woo...skirt yang kainnya cm getah tu..

Walaupun nampak cam kecik tapi kain getah kan...
sangat selesa kalau lepak2 rumah
Pastu tetibe melompat kene kuar cam pegi kedai ker,
ambik RR balik keje kalau hujan ker, kuar minum malam ker
Memang aku sauk jer skirt ni then pakai t-shirt..setel..
Pakai lak tudung sauk lak
Takdenya malam2 aku nak pakai tudung bawal atau shawl berbelit2 bagai
Aku lebih suke skirt yang pattern A cut camtu dari yang kembang sajo

Nanti every month nak beli sehelai wat koleksi selepas azam nak kumpul shawl every month dah terkandas sebab dah naik harga..huhuh
Memang bengang la..biler aku dah suke beli baru la nak naik harga pulak..spoil..
Abis citer skirt, citer sal makanan lak..

Semalam buat bubur jagung setelah terjumpa orang jual jagung mentah kt pasar malam
Dah sampai musim dia kot..
Sebelum tu plan just nak beli jagung dalam tin jer tapi dah rezeki RR nak makan kot
Sib baik ade kan
Beli sayur jer semalam pun..fuhh, harga sayur mahal woo..
Murah lagi beli kt pasar raya ni
Kt pasar malam aku rasa makin lama makin mahal..
Ker aku jer yang rasa camtu ha..?

Setel beli sayor, n jagung balik
Lagi lama kat pasar lagi banyak duit abis
Tak beli makanan pun sebab semalam aku masak nasik
Wat lauk lala pindang
Ulam timun n tempoyak+budu
RR masak sebab aku suh dia masak lak
Dia cuti semalam
Setel makan malam kami..

Malam sikit aku buat bubur jagung
Sambil RR bantai makan kedondong n jambu
Cicah colek
Fav gak tu

So far makanan fav kitorang tak jauh beza sangat la pun
Memang senang la nak bagi dia makan
Tak payah lauk susah2..janji ada sayur...n budu
Sangat kelantanese kan (eh betul ker eja?)..hahahha...
Ok la, bye

P/s: penutup yang terkejut
p/s:ni catatan semalam kul 3.15 ptg. Xboleh post semalam so post ri ni la...




27 February 2013

Mengidam Periuk Baru :)

Rindu nak ada gadjet baru tuk masak la..haha..
ala mak mak sangat kan..biar la, asal bahagia..
Dah aku suka masak..

Oleh kerana aku ni suka wat manisan like puding or bubur
So aku nak carik periuk yang boleh masak atas api n masuk peti terus
Tak kesah la besi or kaca
Janji periuk baru.....

Selama ni periuk tu la masak lauk, rebus itu ini,
manisan pun dalam periuk yg sama
so biasanya aku duk la menyental takut de bau
walaupun dah gilir2 pakai periuk yg berbeza
yer la kan, dah mak mak ni
nak la tambah pinggan mangkuk cikit

kalau ikutkan lama dah asenya tak beli pinggan mangkuk bagai
eh jap jap
periuk 1 set n tea set 1 set jer yg aku beli
yang lain hadiah kawin..aaaaa...
so inilah masanya kan menambah koleksi benda yang baru...
yeeppaaaa....
Nanti senang kte tunjuk yer..

petang ni pasar malam
RR lak cuti ri ni
leh suh dia beli segala sayur mayur banyak cikit
tak larat aku nak membawak
sampai sakit tangan jinjit plastik nk pusing pasar malam kalau aku pg sorang

pastu mlm tadi dia request nk bubur jagung biler aku cakap nak wat bubur
Aku tak kesah memaner jer
janji manis
pastu letak dalam frezeer kan..
best makan bubur sejuk2
Sebab tu la aku mmg perlukan sangat periuk yang boleh masuk dalam frezeer
Tak mo la periuk lauk masuk frezeer kan
Nak la yang cantik cikit..:)

p/s: sonok nak beli periuk cam sonok nak beli baju...hehehe



Majlis Cukur Jambul, Maulud Nabi N Doa Selamat ; Semua sekali harung

Rasa bersalah sikit sebab tak update semalam..
huhuh..
ok lah..sebelum malas aku datang,
jomlah kiter tgk muka aku dulu..hahahaha


Muka ku dihari kenduri
hahaha..sebenarnya masa ni aku duk kt luar
kerusi n sofa semua letak kat bangsal
lepak sini sementara tunggu jemputan yang belah petang
OPss..xde mukadimah la
Cuti CNY ri tu
parent aku buat kenduri cikit
Doa selamat, maulud n cukur jambul
Anak buah tercayang aku tu la..
Anak adik aku...
Gewam aku...comels..
eh lari cte lak..ok
Jemputan ada dua sesi
wah sesi bagai
cam besar sangat jer
padahal biasa jer
Belah petang tu jemputan tuk orang perempuan
kawan2 mak aku n kawan2 adik2 aku
yang pmpuan la...
adik2 aku ni pun maner der kat rumah kan
biler cuti camtu la semua berkumpul
so masing2 nak jumpa kawan la...
belah petang tu disediakan makan nasik dah
n ada la cikit kuih muih
maafkan hamba yer
pic mknn xtgkp semua sbb aku yg banyak melantak
hahhaha..sampai muntah malam tu...

Yang ni tengah bungkus gula2 nak bagi kt tetamu



Yang ni dah siap bungkus..


Yang ni nak masukkan telur puyuh tu kt bunga telur


Dah siap dah..
Dapat dua pasu tak silap aku


Yang ni lak cm pintu gerbang yer..
No...no..no yer..
Ni tiang buaian yang dah siap di deko..
Aku balik tu mmg dh siap bende ni


Ha, kan dah cantik...
Deko oleh adik2 aku
Yang aku tukang tengok jew..



Inilah rupanya setelah digantung buaian


Tengok, pakai yg letriknya ko..
Sebab budak kecik sayang ni xleh benti walau sekejap henjut buaiannya
Nanti dia melalak..ha ko, satu kerja xsiap kalau dia nangis..
Jenis yang menangis ase..sabo jer la yer ko Zafran..
Yang sebelah aku tu la adik aku yang baru bersalin tu
dia adik bawah aku
Kire kak ngah la
Sekarang dah jadi cikgu praktikal dah
Yang ni masa kawan2 diorang datang melawat
Sebab adik aku ni tak duduk kt rumah aku
Dia tinggal rumah mertua


Antara makanan yang ada petang tu yer
Sambal tempe, masak lemak umbut, tumis kacang, telur masin, ayam merah
Pastu kuih cara berlauk n air kelapa n air teh
simple jer sbb jemputan tak ramai sangat
ha, baru ingat petang tu family mertua adik aku pun ada gak
ramai gak diorg datang
tp mase tu aku kt dapo, malaz kuar




Cepat2 kawen dik, nanti boleh dapat anak sendiri..:)




 Eh terselit lak kuda pepel aku ni..


Aku masuk jer la ape pic yang ada pun
yang ni mak mertua n adik ipar adik aku
Anak adik aku ni cucu pertama dalam family mertua dia n dalam family aku
So memang menjadi kesayangan ramai la kan...:)


Mane dia tu,
tak nak tunjuk muka


Ni pun tak nak 
Segan yer sayang..


Yang ni pulak sesi belah malam..
Orang masjid datang lepas isyak
Maaflah, kualiti gambar amat lemah
Sebab kami segan nak tgkap pic
Just hulur camera balik langsir jer..hehehe









Yang ni pic kami disebalik tirai
Saje tutup lampu
Eh mana pic aku?


Yang ni kat belah ruang tamu dapor
makcik2 aku n sedara mara datang malam tu dari Shah alam n Sg. Besar


Ala..ala..Tak nangis lak dia mase ni..


Owhh atuk dia susukan Zafran yer..
Yang ni mak aku

Mak cik aku pun nak jugak..
Masing2 nak kelek dia
Sementara tunggu nak pusing tuk cukur jambul lak..


Eh pic last?
ermm nampaknya begitulah...
Sekian dari kami
Pic dari Anak no 1, 2, 3 Pak Aji Deris..:)





Labels