CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nadya Honey's Bloglist Link

Followers

08 December 2010

Salam Sejahtera

Salam Sejahtera di pagi rabu y penuh semangat..mungkin org lain xsemangat nak keje sgt ari ni sbb smlm kan ari cuti tp bg aku hari ni hari y smgt setelah 4 hari bercuti..isnin aku ambik cuti rehat jd mmg rehat sgt la di rumah…sepanjg cuti aku xpergi mana pun hanya sekadar pg beli brg dapur dan keluar mkn mlm kt kemaman smbil duk melepak jumpa kwn lama..

Walaupun bln ni sape y kjer kerajaan dapat bonus tp dgn kenaikan harga brg dipasaran yg naik mendadak akibat kenaikan minyak makanya aku xmerancang nak pg berjalan or melancong kemana-mana… save bujet pn yer jugak…J

 

Sebut pasal kerja kerajaan ni, aku belum pernah tulis lagi di mana-mana entry tntg bidang tugas kerja aku.aku bertugas di Mahkamah syariah. Di bawah unit pemantauan pembayaran nafkah oleh bekas suami. So sape bape2 y dah dapat perintah mahkamah tuk byr nafkah pada anak2 tp sajer xnak ikut maka bersedialah jumpa aku yer..hehhee..bkn aper, cube pikir anak2 yg tengah membesar tu..cmner nak hidup dgn selesa kalau nafkah diri x cukup. Ibu bertungkus lumus kerja tp kalau dh dia ibu, dia bapa,mana nak ckupnya. Yang si bapa lepas tgn hidup bahgia dgn keluarga baru tanpa peduli anak-anak dgn bekas isteri padahal itu anak dia jugak.. ini la contoh y paling kerap aku jumpa.sbb tu la bile bercerai ni anak2 yg selalu jadi mangsa.

Tak tau la biler keadaan ni nak berubah. Ader satu kes tu si bapa siap bersumpah lagi takkan bayar nafkah pada anak dia. Sanggup masuk neraka janji tak nak bayar nafkah.Na’uzubillah.., mmg jahil sungguh.…haru betul biler ada org tak tau hukum mcm ni.

Ok la, aku nak sambung keje jap..nnt aku smbung citer lagi yer..

http://www.emocutez.com
sayonara...:-)

04 December 2010

Perkongsian 2: Sanggul Tinggi

pic by google

Cantikkan pic Farah ni..dia kalau pakai tudung macamane pn mesti nampak cantik. almaklumla, org terkenal. mesti la nak nampak menarik selalu. aku rase isu yg aku nak tulis ni dh selalu org dengar kan..aku just nak kongsikan pandang aku jer disini..sebelum tu, baca dulu artikel dibawah.

Soalan; Salam. Ustaz, adakah memakai tudung dengan sanggul yang tinggi seperti wanita2 arab, adalah haram?

Jawapan;

Sanggul dalam keadaan biasa yang dibuat wanita untuk mengemaskan rambutnya untuk mengelak dari mengurai, tidaklah ada larangan Syarak terhadapnya asalkan ia tidak mendedahnya untuk tontonan orang ramai (selain suami, mahram dan sesama wanita) kerana rambut berada dalam kawasan aurat yang wajib ditutup. Adapun sanggul yang dibuat untuk tujuan fesyen dan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain (yakni sekalipun berada di bawah tudung, tetapi menjadi tarikan kepada orang lain) dibimbangi wanita yang melakukannya tergolong dalam salah satu dari dua golongan ahli neraka yang disebut oleh Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- dalam hadis di bawah;

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu;
1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan;
2. Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-).[1]

Dalam hadis di atas, Nabi mendedahkan dua golongan dari umatnya yang perlakuan mereka belum nampak pada zaman baginda akan tetapi akan muncul pada zaman selepas baginda, iaitu;
a) Golongan pertama; golongan yang suka mendera dan memeras orang-orang bawahannya (termasuk pemerintah-pemerintah yang zalim) di mana mereka diumpamakan Nabi seperti seorang tuan yang memegang cambuk dan memukul hamba bawahannya.
b) Golongan kedua; wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (yakni tidak menutup aurat dengan sempurna) di mana mereka cenderung kepada maksiat dan melakukan tindakan-tindakan yang mendorong orang lain kepada maksiat.

Di dalam hadis di atas, bukan larangan sanggul yang dimaksudkan oleh Nabi apabila menyebutkan “kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta…”, akan tetapi tujuan sanggul itu dibuat iaitulah untuk menarik perhatian orang lain kepada mereka di samping mereka mendedahkan sanggul itu untuk diperlihatkan kepada orang ramai. Ini dapat kita fahami dari keadaan mereka yang disifatkan Nabi dalam ungkapan sebelumnya “…berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepada maksiat…”.

Menurut Imam an-Nawawi; maksud ungkapan Nabi “kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta” ialah mereka membesarkan rambut di kepala mereka dengan melilitnya dengan kain serban atau kain-kain lilitan yang lain (Syarah Soheh Muslim). Jelaslah kepada kita bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi dalam hadis di atas –berdasarkan tafsiran ulamak- ialah fesyen-fesyen yang dibuat pada rambut untuk tujuan menarik perhatian orang lain.




Wanita-wanita Islam wajib menjaga penampilan diri mereka agar jangan menimbulkan ghairah dan nafsu lelaki ajnabi walaupun dengan perbuatan yang hukum asalnya adalah harus. Sebagai contoh;

a) Suara wanita hukum asalnya tidaklah aurat (yakni harus diperdengarkan). Namun apabila suaru itu dimanja-manjakan (atau dialun-alunkan seperti nyanyian, nasyid dan sebagainya) maka ia menjadi aurat yang tidak boleh diperdengarkan kecuali kepada suami dan mahram sahaja. Firman Allah; “…janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)”. (al-Ahzab; 32)
b) Harus wanita memakai gelang kaki. Namun jika ia menghentak-hentakkan kakinya untuk memperdengarkan bunyi gelang kaki itu kepada orang lain (yang bukan suami dan mahramnya) atau ia memakai gelang kaki yang berloceng, maka hukumnya adalah haram sebagaimana larangan Allah dalam surah an-Nur (bermaksud); “Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka”. (ayat 31). Larangan ini mungkin boleh dikiaskan kepadanya kasut-kasut tumit tinggi yang dipakai oleh wanita hari ini di mana apabila ia berjalan, bunyi tapak kasutnya akan menarik perhatian orang lain untuk berpaling kepadanya.

Kesimpulannya, sanggul pada asalnya tidaklah dilarang, namun jika dibuat dengan tujuan untuk memperlihatkan keaadan sanggul itu di khalayak ramai atau untuk menarik perhatian mereka, ia adalah dilarang berdasarkan ayat al-Quran dan hadis di atas.

Wallahu a’lam.

Kalau korang nak maklumat lanjut sila ke laman web ni.. http://ilmudanulamak.blogspot.com/
Jadi korang sebagai hamba Allah yang dikurniakan akal fikiran boleh menilai maner satu yg baik dan mana satu yg buruk.

sayonara...:-)

03 December 2010

Santai..



Minat tul aku ngn katun ni..suke tgk ble diorg tak berhenti berkejaran. ade je sebabnya nak wat gaduh. kalau Tom tak crik pasal, Jerry lak pegi usik dia..tu la dia gelagat haiwan dlm kartun Tom & Jerry..



Selain dari pada tu aku minat gak ngn kartun Spongebob..keletahnya buat org terhibur. watak yg selambe dan humble...jrg sgt org dapat kenekan dia. sebab dia pn baik ngn org lain. skrg ni pun aku duk tulis entry ni sambil tgk spongebob..:-p

apa motif aku tulis sal kartun ni??ntah la..sajer jer tulis entry santai ni...agak2 ader ker org lain y minat kartun cm aku??

sayonara...:-)

Labels