CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nadya Honey's Bloglist Link

Followers

09 May 2011

Bingkisan Buat Bonda


Assalamualaikum mak,
Salam kerinduan dari akak sekeluarga untuk mak. Mungkin kad dan nota dari akak ni adalah perkara terakhir yang mak fikirkan tapi akak harap mak tak buang sebelum selesai mak membacanya.

Sebelum terlupa, Selamat Hari Ibu akak ucapkan khas buat ibu tercinta yang tak pernah akak lupakan. Tak ada apa yang penting untuk dikatakan hanyalah bingkisan penuh kerinduan dan kemaafan dari kami sekeluarga.

Mak, saat ini, segala apa yang akak lalui kini, akak yakin, emak pernah alaminya dulu. Mak pernah ceritakan pada akak kan? Akak tak pernah lupa. Sejarah berulang lagi. Pasti mak tau apa yg akak rasa sekarang.

Mak, akak dan suami, seorang menantu yang mak dan abah tak pernah terima, memohon ampun dan maaf atas segala dosa dan silap kami dari hujung rambut hingga kaki. 

Seandainya terdetik di hati mak teringat dan rindukan akak, percayalah akak lebih-lebih lagi rindu dan teringatkan mak. Kami sentiasa mengharapkan ada lagi ruang untuk kita bersatu sebagai satu keluarga. Namun jika kemaafan dan keampunan tak kunjung tiba, kami faham. Kami akan tetap menyayangi mak dan abah sehingga akhir hayat kami.

Untuk abah, akak terlalu rindu pada abah. Rindu nak bercakap dan melihat wajah abah. Abah tau tak, bila akak nampak seorang bapa yang umurnya macam abah, hati akak akan merintih, adakah akak masih disayangi oleh seorang ayah..Akak sayang abah...

Untuk adik-adik, tolong jagakan mak dan abah untuk kakak. Akak mohon maaf andai akaklah punca keluarga kita jadi begini.

Akhir kata, salam kemaafan dari seorang anak yang jauh...                                                                                                                                                  



p/s: sekadar renungan di hari ibu..ada part yg terpaksa ditukar kerana melindungi pihak2 tersebut.


05 May 2011

4 Hari Cuti

Balik aku kursus kt bangi ari tu yg berlansung selama 4 ari
Aku tambah cuti tuk ari jumaat maka genap seminggu tak masuk ofis


Pastu masuk lak opis ari selasa sebab isnin cuti
mmg syorga la cuti sampai 4 ari tp yg xsyorga nya sbb aku tak pg mana sgt pun
Duk jln2 sekejap pg Kuantan Pred jer




Hubby aku tu mmg kurang cikit bab jln ni
Kalau jalan jauh2 suka sgt la
Tp aku la pulak malas nak pg jauh2
Ye la, org pmpn ni nak pikir packing lagi aper lagi

Org laki tau ajak pastu nak jalan cepat2 jer


hehehe...yer ker..??ader yg terasa tak??:-p



Mesti Sarapan Setiap Pagi

Aku tak makan dari pagi lagi ni
ermm rekod beb..ni akibat dh dekat 2 minggu tak masuk opis la ni
banyak nak kene setel cepat sampaikan xsempat nak mkn
Tadi ingat nak pg tapau dah tp boz pggil berbincg jap smpai dh masuk angin dah pewot neyhh..



Jap g tapau mkn tengahari skali la jwabnya
Aku jrg xbreakfast tau
Untuk hidup yg sihat breakfast adalah plg penting
Itu sekiranya anda bgn pagi la..
Kalau bgn tido dh dekat tghari makan brunch la jwbnya..hehehe

Aku tau, mesti ramai yg buat kan...??heheheh..

Labels