Selalunya kita pandang sebelah mata jer minuman xglemer ni..huhu..yer ker xglamer, ker aku jer anggap cmtu ha?abaikan..
biler aku google carik khasiat dia rupanya macam2 leh buat ngan barli ni..Air Barli(opkos la ramai yang tau), pemutihan muka n sup barli(ni aku baru tau)..
sblm ni aku skdr tau barli org rebus pastu minum jer la...minum mase sejuk2..pergghh,terbaik la...
Ni aku nak share dulu info sal Barli ni
**********************
Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu.
Isi rong atau bijirin barli
boleh dijadikan tepung, emping dan bran.Batangnya boleh dijadikan
kertas dan bahan pembinan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadiikan
sebagai makanan haiwan ternakan.
Kajian klinikal di Australia, Kanada dan amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.
Beta-glucan
adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi
rong. Barli daripada variety ' waxy' lebih tinggi kandungan beta glucan
daripada jenis barli lain. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety
barli ini dikatakan bertanggung jawab dalam menigkatkan tahap glukosa
dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.Tokotrienol
dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.
Barli mengandungi tokol yang tinggi. Barli juga merupakan sumber baik bagi vitamin B dan sesetengah galian.
Kromium sebagai contohnya merupakan galian yang merangsang penyejatan
glukosa dalam darah. Penyelidik di Englad melaporkan barli mempunyai
kromium yang tinggi dan dikatakan merupakan sumber terbaik kromuim.Pesakit diabetes
perlu mngawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan
barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan
tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.
Tunas bijirin barli bertindak sebagai pelega, pengeluar kahak dan pelembut. Kadang kala ia juga bertindak sebagai bahan yang boleh menyebabkan keguguran. Dikatakan tunas barli boleh digunakan untuk merawat dispepia serta muntah dan kekembungan akibat meminum susu ibu. Sebaik-baiknya tunas bijiran barli ini tidak diberikan kepada ibu yang menyusukan bayi kerana ia mengurangkan pengaliran susu.
Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadam,
pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau
dijadikan air barli ( rebusan air barli dalam air ).Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. Air rebusan bijirin barli pula dikatakan mampu diambil sebagai penyejuk badan.
Malah
dikatakan dikatakan jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada
susu lembu, hamper 5 kali besi dalam bayam, 7 kali vitamin c dalam oren
dan 80 mg vitamin B 12 daripada 100 gram barli
Bagi penyakit serius seperti arthritis dan barah, pengambilan jus ramuan daun barli
yang berwarna hijau atau yang telah dikeringkan, yang diambil dalam
jangka masa dua jam selepas makan kepada 20 minit sebelum hidangan
seterusnya dikatakan mampu membuatkan enzim-enzim digunakan dengan baik.
Cara ini dapat membiarkan enzim diambil secara langsung dan sekali gus
masuk ke dalam saluran darah di mana ia digunakan bagi memperbaiki dan menyembuhkan tubuh. Jus yang dihasilkan daripada daun barli juga dikatakan mampu merendahkan tahap kolesterol dalam darah. Bahan kimia dalam daun ini dikatakan mampu melambatkan penghasilan kerosakan saluran darah yang disebabkan oleh diabetes.
secara ringkasnya, barli berkhasiat untuk:
- mencegah/mengurangkan risiko Sembelit
- Mengurangkan kadar kolesterol
- Mencegah kanser
- Mengurangkan risiko kencing manis
- Menyejukkan badan
- Memelihara buah pinggang.
- Melawaskan kencing.
- membantu melancarkan penghadaman.
Info dari
SINI
******************************
Selain dari tu, barli pun boleh jugak digunakan untuk memutihkan muka. meh aku nak share tips2nya.
Tips memutihkan wajah menggunakan barli.
Bahan yang anda perlukan: Barli, jus limau nipis dan air masak.
Caranya:
1) Ambil segenggam barli dan goreng tanpa minyak.
2) Setelah sejuk, tumbuk barli hingga lumat.
3) Bancuh serbuk barli tersebut dengan sedikit perahan air limau nipis dan air masak.
4) Sapukan bancuhan tersebut di wajah sebelum tidur. Amalkan selama seminggu untuk melihat hasilnya.
Info dari
SINI
****************************
ok,yang ni last yer..Sup Barli...ha,SUP BARLI???
Aku dgr pun xpernh..ketinggalan sungguh la aku ni..org lain dhh biasa mkn kot,cm mkn ayam gorg jer..aku lak baru dgr...hikhik...jom aku share resepi sup barli..nnt korg cube buat pastu bgtau aku yer cmner rasa dia..:p
Barley sup dengan bawang putih goreng
1 cawan bijiran barlI
5 ulas bawang putih, digoreng
2 liter stok ayam, yang direndam daripada 1 dada ayam direbus dalam tiga liter air
2 sudu minyak sayuran
2 labu bawang besar, potong dadu
2 biji karot merah , potong dadu
2 batang seleri, potong dadu
150g daging ayam potong kecil
1 sudu teh lada putih
1 sudu garam sesuai mengikut selera
1 ikat kecil daun sup dicincang kecil
1 ikat kecil daun bawang dicincang kecil
Cara memasak:
1. Cuci barli dan rendam dalam semangkuk air selama tiga jam. kemudian buang air yang direndam.
2.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang putih. Tambahkan karot
dan daun seleri, kemudian barli dan tumis selama tiga minit.
3.
Tambahkan stok ayam, lada dan bawang putih goreng dan didihkan di atas
api kecil selama minima satu jam, atau sampai barli lembut.
4. Tambah garam untuk rasa dan melayani sup dan hiasi dengan daun sup dan daun bawang yang dicincang.
Resepi dari
SINI
Sekian saja pelajaran kita hari ini yer murid2..lain kali kte share info yg berguna lagi yer..daaa..