CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nadya Honey's Bloglist Link

Followers

17 July 2011

Kenali Habbatus-Sauda'


Habbatus-Sauda' ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat. Habbatus-Sauda' digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ''Gunakanlah Habbatus Sauda' kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari, Muslim).


Habbatus-sauda mempunyai banyak khasiat-khasiat seperti:

    * Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
    * Antiarthritis, mengubati reumatik.
    * Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
    * Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
    * Antiseptik, mengubati bau mulut.
    * Antivirus, mengubati demam dan flu.
    * Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
    * Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
    * Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
    * Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
    * Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
    * Nematocidal, mengubati cacing pita.
    * Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).




Ciri-Ciri Utama Habbatus-Sauda'

1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan monosaccharide glukosa, xylosa dsb. Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).



2 Rakan Blogger Yang Rajin Komen:

Nurfarahana Abdul Aziz

ohh camni ghupenye habbatus sauda..sekali pandang macam pulut hitam..hehe...byk khasiat dia
:)

Nadyahoney

mmg banyak khasiat dia...herba dari negara arab kan..dlm hadis nabi pun ada sebut

Labels