Satu entry yang bagi aku amatlah bernas dan ada betulnya..sama2 la kita hayatinya adakah kiter tergolong dlm golongan ni..
***************************
Assalamualaikum.
Kahwin? Kahwin bukan susah.
Kalau kita betul-betul ikut landasan agama Islam tentang perkahwinan.
Kahwin bertujuan untuk menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan
perempuan dengan mengucapkan kata-kata yang menunjukkan nikah mengikut
peraturan yang ditetapkan agama Islam. Kahwin adalah wajib bagi
mereka-mereka yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan
ke lembah maksiat sedangkan mereka mampu untuk mendirikan rumah tangga.
Mampu membayar mas kahwin dan mampu memberi nafkah kepada isterinya.
Kebanyakkan hamba Allah ini keliru antara mas kahwin dan wang hantaran.
Mas kahwin merupakan satu pemberian yang wajib daripada suami kepada
isterinya dengan sebab perkahwinan.
Sabda Rasulullah SAW:
"carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin diperbuat daripada besi" - (Riawayat Bukhari)
Dari hadith diatas,
nyatalah mas kahwin boleh dijadikan dari apa sahaja asalkan benda itu
berguna dan berfaedah sperti wang ataupun barang-barangan. Di Malaysia,
mas kahwin adalah berbeza-beza mengikut negeri. Tetapi kebanyakanya
tidaklah melebihi RM1ribu. Manakala wang hataran hanyalah hadiah yang
ikhlas dari pihak suami kepada isterinya. Mas kahwin adalah wajib
manakala wang hantaran cuma hadiah yang dilakukan mengikut adat. Tetapi
zaman sekarang manusia banyak melebihkan wang hataran sebagai point
utama sesuatu majlis perkahwinan. Adat Melayu melebihi agama Islam. Itu
menunjukkan kejahilan umat manusia pada masa kini. Adakah anda?
Wang hantaran bergantung kepada
taraf pendidikan dan pekerjaan si isteri. Makin tinggi taraf pendidikan
si isteri atau pekerjaanya maka makin tinggilah nilai wang hantaranya.
Walaupon huruf-huruf arab pon si isteri tidak mengenalinya. Bahkan
khatam Al-Quran. Seperti si Ayah menjual anak perempuanya kepada seorang
lelaki yang bakal menanggung dosa-dosa anak perempuanya itu. Sedarkah
wahai si Ayah? Kalau tidak punyai RM20ribu untuk wang hantaran,
lupakanlah sahaja niatmu wahai jahiliah.
Apa yang wajib dalam perkahwinan
adalah dengan mengikut rukun nikah iaitu, pengantin lelaki dan
perempuan, wali dan dua orang saksi lelaki, dan ijab/qabul (akad nikah).
Itu sahaja yang diperlukan untuk sesebuah majlis perkahwinan
termasuklah mas kahwin dan kenduri kahwin (walimatulurus). Ada
sesetengah ulama' mengatakan walimatulurus ini adalah sunat sahaja bagi
mereka-mereka yang benar-benar tidak berkemampuan. Tujuan walimatulurus
adalah untuk menghebahkan kepada orang ramai tentang perkahwinan
tersebut bagi mengelakkan fitnah. Adakah syarat-syarat wajib ini susah?
Kenapa umat manusia era ini hanya mampu menggaru kepala bila diajukan tentang kahwin?
" duit tak cukup lagi nak kahwin, kahwin menelan belanja melebihi RM30ribu, mana nak cari"
Kebanyakkanya sanggup meminjam
dari bank untuk mendirikan perkahwinan. Loan sana dan loan sini. Tahukan
anda isteri anda adalah milik bank selagi anda tidak mampu menjelaskan
hutang anda di bank? Jangan sentuh isteri anda selagi hutang bank tidak
dijelaskan.
Cukuplah mengamalkan
amalan-amalan jahiliah Melayu bila ingin melangsungkan perkahwinan.
Disebabkan amalan-amalan jahiliah yang menelan belanja beribu-ribu
ringgit inilah anak muda zaman sekarang ini susah untuk berkahwin. Bila
mereka rasakan susah untuk berkahwin maka akan berlakulah maksiat di
merata-rata tempat. Kenapa? Kerana majlis perkahwinan adalah mahal.
Tidak mampu untuk melangsungkan walhal sudah wajib bagiku. Kenapa nak
kena ikutkan adat-adat orang yang sudah bila melangsungkan perkahwinan?
Kenapa nak buat pelamin mahal-mahal? Kenapa harus mengupah mak andam
untuk bersolek seperti opera cina di hari perkahwinan? Kenapa harus
bertukar-tukar baju? Kenapa harus mengupah photographer dan videographer
mahal-mahal? Ini semua adalah disebabkan hati jahiliah manusia ingin
berbeza dari orang yang sebelumnya. Malu jika orang mengutuk dan
mengkeji majlis perkahwinanya nanti. Tidak perlu semua itu. Aktiviti
jahiliah inilah yang menelan belanja beribu-ribu ringgit sebenarnya.
Disebabkan inilah banyak pemuda pemudi tak berkahwin. Aku nak salahkan
orang-orang yang berfikiran sempit bab kahwin ini. Kenapa lah kebanyakan
Melayu aku begini? Malu aku.
Aku rasa mampu sahaja sekiranya
mempunyai RM10ribu untuk menukarkan dari satu ikatan yang tidak sah
kepada sah. Apa yang wajib anda mendapat pahala. Apa yang jahiliah anda
mendapat dosa. Makin banyak duit dikeluarkan makin banyak dosa yang anda
dapat. Tuhan bagi otak untuk berfikir. Jangan ikutkan orang jahiliah
sebelum ini. Teruskan niat berkahwin anda. Selamat Pengantin Baru kepada
umat Melayu yang bukan jahiliah. Moga dirahmati Allah SWT.
Khas untuk Diriku, Keluargaku dan Rakan-Rakanku.
Kan manis jika duit kahwin yang lebih-lebih tu dijadikan tiket perjalan anda ke Tanah Suci Mekkah bersama pasangan anda.
JIKA ANDA SALAH SEORANG MANGSA
PERKAHWINAN JAHILIAH. PEDULIKAN APA MASYARAKAT CAKAP TENTANG MAJLIS
PERKAHWINAN ANDA. ALLAH SWT LEBIH MENYAYANGI ANDA.
Sumber : Carl Samsudin
*****************************
Sejujurnya aku nak share mase aku kawen dulu,mas kahwin rm1000 dan hantaran hanya rm5000..mase tu aku dh kje tetap.murah or mahal?entah,aku xde jwpn..
2 Rakan Blogger Yang Rajin Komen:
tak perlu mahal2.maera tgk trend skrg, siap nak OP bagai beribu-riban, MUA sampai ribu2.jemputan ribu2. pembaziran.cukuplah sedara mara, kawan terdekat yang datang. simple asalkan tak berhutang sana sini. even kenduri adik maera baru2 nie pun cuma menelan belanja tak lebih 8 ribu.kalau nak berjimat tu, boleh aje. =)
Ntahlaa nk komen apa sebab takut dh nk cakap psl kawen skrg ni,huhuhu....psl rm5 ribu tu skrg dh kira murah,dulu mahal kot,ihiks...
Post a Comment