CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nadya Honey's Bloglist Link

Followers

31 March 2011

Perkongsian 13: Lelaki Tahu Perempuan Tahu

Lelaki perlu tahu yang perempuan:
  1. Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.
  4. Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
  6. Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin.
  7. Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
  8. Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.
Peranan lelaki dalam kehidupan wanita adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. Wanita diciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami hati dan perasaan wanita.

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.
  13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.
  15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
  17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.

p/s: Share dari FB..klu ada sesape tahu dari link mane, tlg bgtau untuk beri kredit.tq


sayonara...:-)

Nasi Minyak

tadi baru balik makan nasik minyak kt Tanjung Api..
Siapa org Kuantan mesti tau tempat Nasi Minyak yg glemer kt ctu

ni nasik minyak ayam merah

ekceli dah lama xpg mkn situ..
tp biler pg ase sentap pulakk..
sebab aku ase xsebest cam dlu dah nasik dia..
Harapkan org ramai jer tp dah kurang sedap

frust jugak la sbb aku harap dpt ase kesedapan nasik minyak cam dlu
tuk pengetahuan uols, sejak aku duk Kuantan ni, menu pagi aku dah berubah..
pagi mkn berat mcm nasik minyak org nasi kerabu or nasi campur sbb tghari aku tak lunch berat dah

nasik kerabu daging bakar

nasik campur

memang berbeza bile duk pantai timur ni
kt sini, nasi minyak pun org mkn pagi2 kan..
kalau kt selangor n melaka dulu, mmg susah nak dapat la...

Lain tempat lain budaya kan..
tapi aku seronok duk tempat yg berbeza ni sbb aku jenis yg senang serasi 
mudah terima benda baru

UOLS BOLEH KER??


sayonara...:-)

30 March 2011

Kudapan


Ase tingin lak nak mkn Snikers ni
ada saper2 suka makan cam saya tak??

sayonara...:-)

Lunch Ni Je


Ni je la lunch aku tghari ni
Tapi memang kenyang tau mkn roti ni
Sebab ni roti org melayu buat taw
aku plg suka roti cheese n krim dia
lembut je roti dia
harga pun murah..
nak tau baper...RM1 je taw..

Betul la, aku xtipu..
Ape2 jenis roti pun RM1 je sebungkus...
Saper y kjer kt area SUK Pahang mesti tau tempat org y jual roti ni

Dah la, xmau bebel lagi..
Nak makn....


sayonara...:-)

Dah Berganti Dah..

Korang nak tau tak aper yang berganti?
Ermm dah dua minggu taw xdapat tgk tv
Sebabnya tak pasal2 ASTRO kt umah wat hal..
btul2 ptg nak tgk Final Raja Lawak baru2 ni..
Memang bengang la waktu tu

Waktu lain tak nak lak rosak..
memang cibaissss la...ala tercarut laks...:-p
pastu biler kol mmber suami (sbb suami jual astro jugak)
dia ckp better tukar BEYOND sbb klu nak ganti dekoder astro biasa kene bayar dekat 2 rat pulak
klu BEYOND free jer..
so kene tunggu la tecn tu dtg



Dan setelah hampir 2 minggu
iaitu petang semalam dlm kul 5.30 ptg, baru lak tecn Astro dtg pasang..
puas ati aku..
pas ni nak rosak ke, nak pindah ker, aku tak bayar paper dah...
ye la, bil pun bulan2 kene byr, ni bile ada pape kene byr lagi tp biler psg BEYOND ni xpyh dah nak byr paper klu rosak ke, nak pindah ker...

ni kotak dia..sory la, pic xjelas sbb hf cap ayam


dekoder dia camni k..nmpk canggih cikit dari yg lama
sory la pic gelap cikit..ni buku panduan dia..aku pun kene refer citu sbb function control dia lain dari y lama

ha, ni la control dia,nampak kan, lain cikit dari yg lama
ha, ni pic clear cikit yer...

Astro yg lama list rancangan sehari je kan, tp Beyond ni leh tau sampai 7 hari ko..
Puaihh gak la tgk list rancangan..
Aku belum sempat capture lgi info dia sbb smlm tgk tv kejap jer
Nanti klu dah ada aku update k...

Dan untuk sape2 yg xpkai tv HD pun xpe sbb gambar pun mmg nampak sedikit jelas dari yg astro lama
Kalau ada tv HD lagi bonus la..mmg sebijik2 la nmpak titik air tu

Kalau ujan pun mmg kejap jer sangkut sbb piring dia lebih besar dari y lama

ermm tunggu la lama sikit, nnt aku update lak apa yg best n xbest Beyond ni yer...


sayonara...:-)

Dah sarapan dah

mornink uols...
dah lam aku tak taip entry panjg kan...
ekceli aku not in d mood la, sbb tu xbper aktif jari ni nak menaip panjang2
idea pun seakan2 segan jer nak keluar
so jadi la cam beberapa entry sblm2 ni

baru balik dari breakfast ni
sekadar mkn nasi lemak ayam n air suam


korang pulak isi perut dgn sarapan apa pg ni...?

sayonara...:-)

28 March 2011

Download movie

tak de ide anak tulis aper sebab ari ni sibuk download movie..
disamping BW..disamping juga siapkan keje dengan slow n steady sbb ramai bos ari ni pg meeting kt genting..woo..nak ikut gak tp nama xde...huhuhu..


sayonara...:-)

25 March 2011

JOIN BLOGLIST MISZLULLABY


SAYE NAK JOIN BLOGLIST MISZLULLABY

Kalau korang pun nak join, boleh pg SINI...


sayonara...:-)

Cepat...Cepat...!! part 2

Hehehhe..apa punya tajuk daa..
Sebenarnya nak ckp ni jer..

Aku jeles sbb xleh mkn beger free...
BURGER FREE!!Saper nak bagi???
Korang nak ker...
kalau nak meh ambik pic kt bawah ni n print kaler k


pastu redeem kt maner2 outlet BK..

Alaa...kt Kuantan ni xde..
just kt Pahang ni hanya ada di Genting jer..tak kan nak naik sana semata2 nak mkn BK kan...melampau lak..
So korang yg mana ada peluang ni pg la, mknkan tuk aku sekali yer....:-p

Aku pun ambik kt SINI...TQ sharing


sayonara...:-)

24 March 2011

Tahniah Tuk Mereka...


Aku just nak dedikasikan tahniah kt sini(walaupun orangnya xbc) tuk adik dan adik ipar aku
atas result SPM diorang yg boleh tahan jugak..(atas cikit jer dari aku)

Adik aku yang bernama NABIHAH AQILAH dapat 4A 4B 3C dan adik ipar aku pulak NOR EFFATIMAH dapat 4A 2B 2C 1D.
Congratulation to both of them!

Harap2 lepas ni korang dapat sambung belajar cos yg korang minat k..n semoga berjaya!!


sayonara...:-)

23 March 2011

Perkongsian 12: PETUA MENAMBAT HATI SUAMI

Aku sekadar nak share sesuatu dari email sbb entah kenapa kekurangan idea lak nak menulis


Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Berikut adalah panduan khusus buat isteri yang solehah...

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).

10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).

25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.

30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"

31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.

33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)

34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.

35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.

36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".

37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa

39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu. 
 
 
 
p/s: sekadar share info untuk faedah bersama...boleh la diamalkan mane yang patut
sayonara...:-)

22 March 2011

PENGUMUMAN..!!

 -STICKY POST-
*Entry baru ada di bawah*

Nampak tak Ader sesuatu yg lain kt penjuru atas belah kanan ??

cepat la cakappp..nampak tak korang..??

ha..saper y slalu baca blog aku ni akan perasan apa y lainnya..







ha..nampak tak..??

tak nampak sebat kang..!meh pinjam spek aku meh..

ada banner la..HARUS kecik jer..kalau besar wat semak K..



Banner tu bertujuan tuk korang ke link bloglist aku yg mana kt situ aku akan review setiap blog yg tgglkan link


Ada paham??



Semuanya hanyalah untuk mengeratkan silaturrahim antara aku ngan blogger y sudi follow blog kerdil aku 

ni..dan juga supaya blogger lain akan lebih mengenali blogger2 lain pulak..hehhee..
SELAMAT MELAWAT DAN TERIMA KASIH



sayonara...:-)

Ada Idea?

Minggu ni aku pegi kerja tp dlm keadaan badan yg kurang sihat...
ermm badan ase macam nak demam tp xteruk sgt..
just suara ngn hidung yg tunjukkan simptom...

ekceli tak tau nak tulis aper sebab xde idea..
just aku terpikir nak buat bisnes tuk tambah pendapatan sikit2...
tengah pikir2 ni..ada idea tak?

sayonara...:-)

18 March 2011

Tekak Sakit

Pagi ni pegi kerja dalam keadaan tekak y sakit n suara y xbesh..
ermm hidung pun dah tunjukkan simptom2 nak jd lagi teruk...huhhuhu..
LAYANZZZZ je la..rasa macam mawu balik jer skg ni..


sayonara...:-)

17 March 2011

BerTwitter

Aku tau, aku ni lambat cikit..hehehe..
tapi aku dah lama ada, just tak aktif jer

Mesti korang pelik, aper la yg aku duk bebelkan ni yer..
Aku bebel sal Twitter..laman sosial setanding ngn Facebook tu ha..


Sebenarnya...hehehe (malu nak cakap) aku dah ada  akaun twitter tp x aktif sgt sbb xramai fwen..so jrg sgt la bukak berbanding FB..ntah dtg dari mana semangat tu, aku ingt nak rancakkan wall twitter aku tu...
kalau korang sudi, add la aku kt twitter yer..(merayu ke ni??) hehehe...


Kalau sudi add la yer @nardnadiaz


sayonara...:-)

Dah On The Way

Dia dah on d way dah tu..hehhehe..
Katanya naik bas kul 3 ptg ni sbb tiket awal dah abis dah...


dulu mase aku duduk melaka n berjauhan ngn suami, bas ni la penghubung antara kami


tak kesah la kul baper pun, janji balik kan..:-)

Dalam kul 10 lbh mlm kang nak ambik dia kt stesen bas..
SABAR la hati..:-)


http://www.emocutez.com
sayonara...:-)

16 March 2011

Saja Tak Nak Mengaku

hehehe..sebenarnya aku RINDU...

tapi nape ntah aku xnak ngaku ngan dia...

dalam fon pun biler dia tanya byk kali, rindu atau tak tp aku tetap jawab TAK RINDUUU..

hehehhe..ngade2 kan..wpn dia tau aku RINDU, 

siap ejek lagi kata aku tipu tp aku tetap xnak ngaku...(senyum sipu2)

http://www.emocutez.com

ntah la, ase malu lak nak ngaku wpn dh dekat 2 tahun kawen...korang pernah tak rase camtu...


sayonara...:-)

Ada Cerita Disebaliknya..

Cerita disebaliknya....hehehehe
Gempak ke tajuk aku ....
Cerita disebalik makanan ni...ermmm
Setelah menggodek pustaka album aku. aku nak publish pic2 mknn ni...
Motif?sajer..sbb nak bg lagi rasa lapar biler tgk mknn pagi2 ni..(padahal aku pun xmkn lgi..)
Moh le ye, tgk pic mknn ni..


 saper tau ni nasik aper?pandai....saper org pantai timur xtau nama nasik ni, sekeh jer pale dia...NASI KERABU ye tuan-tuan puan-puan...nasik kerabu ni mesti bewarna biru2 gitu..kdg2 ada tempat buat putih jer..pastu lauknya kelapa goreng(aku xpasti dia gorg ngan aper sbb aku xtau resepi dia), ulam2 dihiris halus, keropok goreng, sambal n tumis budu.tu lauk wajib dia...kalau xde baik xpyh pggil nasi kerabu, pggil nasi campur jer...tp biasenya org mkn letak lauk tambahan macam telur masin, daging bakar, ayam bakar, ayam goreng...ermm letak ikut selera masing2 la...





 ha...yg kt atas ni pulak fish n chip..ni homemade punya tau..heheheh..aku buat masa dinner mlm anniversary aku..dinner kt umah jer mase tu..n ase nak buat sendiri so ini lah dia... 




 tinggal kulit kerang jer kan..huhuhu..ni hasil santapan aku n suami bler lepak kt kedai mkn dekat ngn umah aku...tak selalu mkn pun..kdg2 jer biler rasa teringin...kerang rebus cicah ngan sambal dia...sambil layan teh tarik...masyukkk ahhh..




 y ni mknn aku berbuka mase duk mkn kt tanjung lumpur, kuantan. nasik, telur bistik n ulam.boleh tahan la kesedapannya...


y ni dah abis jugak sbb masa mknn ada xingt nak tgkp..lapooo..hehhe..ni masa kau mkn kt restoran D'Limau Nipis kt depan PKNS Bangi..sape y duk bangi mesti tau restoran ni..aku klu singgah bangi mesti pg restoran ni layan dia punya Air Limau Nipis Special..mmg fav aku la..y aku mkn kt atas ni ciken chop je n mmbr aku mkn nasik goreng limau nipis.air lak, klu xsilap minum capucino iceblanded n limau nipis special...layanz....terliur la pulak biler tgk pic ni..alamak...bangi jauhh...

  
http://www.emocutez.com

sayonara...:-)

15 March 2011

Kejadian Tsunami dan Gempa Bumi Di Jepun Dah Tertulis Dalam Al-Quran

1. Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia  angka tahun ini :  Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. Wallahhu Allam.

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.
Thanks atas ZAZA atas info 
sayonara...:-)

14 March 2011

Korang nak menang HTC Desire HD bernilai RM2199!

Nampak tak tajuk tu...
teruja tak korang..??
Pastu meh lak tengok bende alahnya pulaks....
Kalau tak teruja pegi main jauh2...


Kalau korang teruja cam aku ni..
meh la jenguk kt SINI


sayonara...:-)

p/s: Cepat2..!Ada 6 jam lagi(sehingga entry ni ditulis)

11 March 2011

Berkelah At Sg. Tekala

idea..mehla idea..
kering pulak idea aku nak wat entry pagi ni..

biler selongkar pic2 dlm pc ni 
maka aku terjumpa lah pic aku ngn kawan2 pg berkelah mase study dulu..
bestnya lah mase study dulu kan..
lagi2 klu housemate satu kepala..
mmg happy abis la..
ni pic kitorang pg mandi kt sg. tekala..
dekat je ngan tmpat bljr aku dulu
dlm stgh jam je, lagi2 naik mtr..
mmg HARUS la terjah selalu biler tension kan..


ni la dia kndraan yg byk berjasa sms aku study dulu..

sampai2 jer bergmbr dlu ngn bestfwen aku ni yer

tgk, siap bwk nasik bungkus lagi tu
boleh bertahan duduk atas dahan pokok dlm air
ha..yg ni bestfwen aku y kt kg..bwk jugak pg tmpat ni
ni ngan salah sorang housemate aku jugak
sekarang ni klu nak pg jalan berkelah ngn kwn2 cmni punyalah bercinta..
ada je halangannya..last2 xjdi..

tu yg ase rindu jer bler tgk pic2 zaman bujang camni..


sayonara...:-)

10 March 2011

Kene Tinggal La..

RINDUNYA...!!!
Baru je naik bas tadi tp dah rindu..


sempat lagi sebelum tinggalkan rumah..jgn lupa balik semula ye syg..


korang nak tau tak naper..
klu tak nak tau xpyh bc k..
ni untuk org y nak tau jer..:-p

pagi tadi sarapan ngan my hubby 


tgk tu, mata dia dah kelain sbb tgk nasi..xsbr nak bedal la tu

pastu trus antar dia naik bas..
sbb dia nak balik kg..huhuhu

NAK ITUT.......!!
tp xboleh sbb aku kene kerja..
lgpun my hubby balik 5 hari
lama tuu..xkan aku nak tinggalkan keje lama sgt kan..

tgk..klu cuti lama lagi akan jadi super double semak la meja aku

dia balik pun bukan saja2..
dia balik sebab nak kene pg interview..

kene balik interview kt kg sbb masa apply tu guna alamat kg..
xpe la, nak buat  camna kan..
berpisah sementara..
boleh gak rasa rindu2an macam mase kapel dulu..:-p


sayonara...:-)

09 March 2011

Faceblog: Satu Lagi Komuniti Untuk Blogger

Mungkin ramai dah sertai Faceblog ni..
aku harap aku tak terlambat lagi...
ni antara intro yg aku copy dari page blog tersebut...
 
 
 
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit



sayonara...:-)

Hujan Yang Turun Bagaikan Mutiara...

Pagi ni hujan lebat giler..
Dah lama xhujan selebat ni
walaupun aku naik kete tp tetap basah ko..
ye la, dari kereta nak ke pintu pej ni sikit punya jauh
jauh sbb biler hujan semua org nak bwk kete..
so parking payah la..
dah la aku xde payung..huhuu



sayonara...:-)

08 March 2011

Tak Ngam Dengan Mertua??Salah Saper...

Korang pernah dengar tak isu menantu perempuan tak ngam dengan mak mertua..




aku rasa isu tu adalah isu yang selalu menjadi masalah bagi sesetengah kaum wanita yg bergelar isteri lebih2

lagi pada isteri yg tinggal serumah dgn mertua dan rumah tu pulak adalah rumah mertua..lagi la, parah lagi la

masalah tu..same2 wanita jadi perasaan tu mesti la mudah tersentuh..NORMAL k...




aku pun tak tau la naper konflik ni slalu berlaku

mungkin sebab berbeza pendapat tntg jenis lauk apa yg nak dimasak, kt mana nak susun atur perabot rumah,

siapa y kene kemas laman rumah, kemas kain baju...haiihhh..macam2 yang tak terjangkau akal la..benda

kecik jer boleh buat ati membengkak..buat masam muka, buat merajuk..yg jadi mangsanya tentu lah

SUAMI..




Pening kepala si Suami...yg kanan isteri, yg kiri ibu...menangkan yg sebelah sini, yg sebelah sana terasa

pulak..klu menangkan yg sana, sebelah sini muncung sedepa pulaks...aduyaiii...apa yg para suami ni pikir

ha..mesti dorang pikir wanita ni adalah makhluk yg selalu memeningkan kepala diorg kan...




Wahai suami..  bersabar la k...normal la tu..klu isteri tak puas ati ngn mertua n normal jugak klu hubungan

antara diorg macam isi dan kuku..mesti si suami bahagiakan bler satu rumah dgn insan kesayangan yg sentisa

berbaik..




Dan jarang kita dengar menantu lelaki tak ngam dengan ibu mertua kan..?naper yer...mungkin sbb diorg ni

jenis yg simple n sempoi..sumanya tak kisah..lagipun suami bukan slalu ada kt umah pun kan...:-p




Dan korang pernah terpikir tak, biler anak2 jauh yang tu la yang di sayang2, disebut2 bau kentut pun

wangi..tp anak sorg yg jg mkn pakai yg tu la dikutuk2, dikomen2....mgkin sbb ari2 jumpa kot..xnmpk dah

nilai pengorbanan anak tu..




Selalu tak dgr isu macam ni..atau ada sesiapa yg mengalaminya..??




sayonara...:-)


p/s: entry ni xde kaitan dgn sape2, sekadar luahan minda yg tgh byk idea nak menulis..

Selamat Hari Wanita



Untuk semua wanita termasuk diriku...
SELAMAT HARI WANITA

Moga setiap pengorbanan yang dicurahkan oleh seorang insan yang bergelar 'wanita' akan dihargai..
tak kiralah apa jua pangkat sama ada ibu, isteri, nenek, anak perempuan..semuanya tetap wanita..

Dan kepada kaum lelaki, hargailah insan bergelar 'wanita' yang ada disisi anda selagi ada hayat mereka..

sayonara...:-)

Perkongsian 11: Tujuh kalimat




Sabda Rasulullah S.A.W 


" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia 
terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta 
diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih 
laut " 


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak 
melakukan sesuatu. 


2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap 
selesai melakukan sesuatu. 


3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap 
perkataan yang tidak patut 


4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan 
berbuat sesuatu di hari esok. 


5. Mengucap La haula wala kuwwata illa 
billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak 
diingini. 


6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun 
jika menghadapi dan menerima musibah. 


7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad 
Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak 
terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, 
mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat 
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah- 
mudahan jadi bisa, karena sudah biasa! 

sayonara...:-)

Background Baru

hye...bertukar lagi warna dan design blog aku ni..
nak buat camner kan, aku ni cepat bosan dengan hiasan yang sama jer..


ni aku punya background yg dlu..




skg ni aku berTUKAR kepada INI....




Dan sekali lagi aku telah memilih Shabbyblogs 

So aper pandangan korang ngan background terbaru aku neyyhhh..??
sayonara...:-)

Morning Semua..

Pagi ni aku rasa agak segar n tenang jer masuk ofis.. http://www.emocutez.com

tak macam semalam...masuk ofis dgn perasaan sebal kt ati ni
dgr lagu sedih je air mata nak kuar dah
http://www.emocutez.com
hehehe..emo btul la semalam...

ari ni pulak ase semangat nak buat kerja..
http://www.emocutez.com

ase nak pegi mandi laut la sbnrnya tp xtau la biler..

kawasan umah aku ni pun xjauh dari laut tp ntah biler la dapat pg


ada je halangan..

syohh...syohhh..pg la halangan tu.....

sebab aku mawu happy jer...

http://www.emocutez.com
sayonara...:-)

p/s: siap byk lagi kartun gerak2 kt entry ari ni..

07 March 2011

Harus Pening

hye sume..
aku sebenarnya xde idea dan idea dan idea tuk aku menulis entry
maaf la yer...
hanya yang aku dapat share adalah info2..

SORRY LA YE...

Kepala ni ase semak n serabut...@#$%^&*


http://www.emocutez.com
sayonara...:-)

Perkongsian 10 :Sinar Cahaya Ayat Kursi


Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal 
seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. 
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati 
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan 
keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di 
luar rumah. 
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk 
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban 
salam daripada isterinya. 
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama 
dengan salam itu. 


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis: 


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi 
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT 
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya 
hingga subuh. 


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di 
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada 
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang 
yang lain. 


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di 
akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia 
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang 
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah 
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, 
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya. 


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di 
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT 
menganugerahkan dia setiap hati orang 
yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg 
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan 
padanya rahmat. 


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi 
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT 
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka 
semua memohon keampunan dan mendoakan 
baginya. 


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di 
akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan 
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti 
orang yang berperang bersama Nabi Allah 
sehingga mati syahid. 


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi 
ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT 
berkenan memberi pertolongan kepadanya. 


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. 
bersabda,Sampaikanl ah pesanku biarpun 
satu ayat..." 




Wassalam,
sayonara...:-)

02 March 2011

Resepi Telinga Popeye



Korang nampak tak aper yg dalam bulatan tu?
aku pun xpaham kenapa ada org cari tu..??
RESEPI TELINGA POPEYE...

~XPAHAM SUNGGUH LA AKU~



sayonara...:-)

Labels