CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nadya Honey's Bloglist Link

Followers

18 July 2012

Kalau Tak Abis Ganti Pose Nak Buat Camner?

Ha..Macamner nak buat tu..

yer la kan..masa lepas abis puasa, bertekad la bagaikan nak ganti pose cepat2..
smgt ni siap puasa sunat 6 lagi di bulan syawal..
tp biler smpi masanya..hampeh..
time raya mase tu la kan nak mkn mcm2..
pegi beraya rumah org sane sini, harus lahkan di jamu dgn mcm2 mknn..

smpi la di bulan yg lain, tangguh lagi..
dari sehari ke sehari alamatnya klu xkuat smgt,

dah dekat sgt nk pose balik bru terhegeh2 nak ganti..hikhik..
aku la tu yg termasuk....:p

tapi camne klu x sempat/bole nak ganti sampai la bulan pose dtg balik?
ha..jawabnya....kene la bayar FIDYAH disamping ganti pose yg tggl tu pd tahun berikutnya..

**********************************

Fidyah Puasa

Pengertian

Fidyah adalah tebusan yang wajib dikenakan untuk menebus atau membayar perkara-perkara yang makruh dan haram ke atasnya (yang telah dilakukan).

Hukum Syarak

Terdapat beberapa pecahan mengenai hukum orang-orang yang meninggalkan puasa dan yang berkaitan dengan fidyah seperti berikut:

Wajib Qada

  • Orang yang sedang sakit dan sakitnya akan memberi mudarat kepadanya atau bertambah lambat sembuhnya.
  • Orang yang meninggalkan puasa sewaktu belayar atau musafir kira-kira 2 marhalah, yakni dalam lingkungan 90KM.
  • Ibu yang hamil atau menyusukan anak dan khuatir dirinya menjadi mudarat.
  • Orang yang sedang haid atau nifas.
  • Orang yang terlalu lapar atau dahaga yang boleh membahayakan dirinya.
  • Orang yang batal puasanya kerana salah satu sebab yang membatalkannya.

Wajib Qada dan Membayar Fidyah

  • Ibu yang hamil atau menyusukan anak, sekiranya hanya khuatir anaknya menjadi mudarat.
  • Orang yang berhutang puasa yang belum dijelaskan sehingga timbulnya Ramadan yang lain.
    Jika lewat qada puasa hingga datang bulan Ramadan yang lain wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, dan jika lewat 2 tahun, melewati dua kali Ramadan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqada puasa itu.

Tidak Wajib Qada Tetapi Wajib Fidyah

  • Orang sakit yang tidak berdaya untuk berpuasa dan harapan sembuh sangat tipis.
  • Orang yang lemah kerana sudah tua dan tidak mampu lagi untuk berpuasa.

Wajib Qada atau Fidyah

  • Waris bagi orang yang meninggal dengan ketiadaan uzur sebelum mengqada puasanya.

Tidak Wajib Qada dan Fidyah

  • Waris bagi orang sakit atau musafir dan meninggal dunia sebelum mengqada puasanya.
  • Kanak-kanak.
  • Gila.
Info dari SINI
*******************************

Untuk membayar fidyah, kene kira pulak bape hari yang tinggal dgn nilai fidyah tuk sehari..
faham tak aku explain ni...
ni maklumat yg aku c&p dari Jakim 

Kadar fidyah bagi tahun 1429H ialah RM 1.80 sehari.
Pengiraan Fidyah (beras)
1 gantang baqdad = 2.7kg
1 cupak beras = 675g
atau bersamaan dengan RM 1.80 bagi sehari yang ditinggalkan. 


Kalau korang ase xnak pening2 pale kira/congak baper ringgit yg nak kene bayar,
korang boleh pegi website Zakat Pahang n Zakat Selangor untuk kira terus secara online...
aku bagi dua link mane tau klu korang xfaham nak pkai satu, boleh pkai satu lagi tuk kira...
sbb aku listkan Pahang n Selangor, pahang aku tggl skg, sel kg halaman aku..hikhik..
klu negeri lain pun aku ase lebih kurg jer kiraan dia tp klu korg nak lbh confirm,
google la sendiri yer..crik website jab agama negeri tersebut...

 Sekian perkongsian maklumat untuk hari ini..:)
harap memberi manfaat..





1 Rakan Blogger Yang Rajin Komen:

Ardini Humaira

kalau nak difikirkan... kalau tinggal puasa sebab datang bulan, kita ada masa 11bulan lepas bulan Ramadhan untuk ganti puasa.. agak rugi jika kita tak sempat habiskan puasa ganti.. bersalahnya kan :)

Labels