CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nadya Honey's Bloglist Link

Followers

25 December 2010

Perkongsian 7 : Cuai Solat Lima Waktu

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG


Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu
zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan
sembahyangnya maka jawab baginda, "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya
dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah
mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam
dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas, "Iaitu
orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada
waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat
Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengumpulkan
dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki
pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)


SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG


Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di
alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam
kubur ialah:-

1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih
tulang-tulang dada;

2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar
tubuhnya siang      dan malam tiada henti-henti; dan

3) Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata,
"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan
sembahyang Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari,
kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana
meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan
sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke
waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah
berterusan seksaan oleh Sajaul Aq ra hinggalah hari Kiamat.


CUAI SOLAT LIMA WAKTU


Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah
ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.
Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan
sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam
badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka.
Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah
seterusnya.

Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih
dan derita yang tiada hujungnya.

Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup
menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu
menghadapinya. Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus
alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah
balasannya adalah seksa di neraka kelak.

Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah,
perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan dan
memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah.
Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT, dan diampunkan
dosa kita. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Walau sebanyak mana
dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh,
insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun
kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang,
mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada
orang berkenaan di samping memohon keampunan Allah SWT. Mudah-mudahan demi
untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita
bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah
berusaha mencegahnya.

sayonara...:-)

Labels