Assalamualaikum mak,
Salam kerinduan dari akak sekeluarga untuk mak. Mungkin kad dan nota dari akak ni adalah perkara terakhir yang mak fikirkan tapi akak harap mak tak buang sebelum selesai mak membacanya.
Sebelum terlupa, Selamat Hari Ibu akak ucapkan khas buat ibu tercinta yang tak pernah akak lupakan. Tak ada apa yang penting untuk dikatakan hanyalah bingkisan penuh kerinduan dan kemaafan dari kami sekeluarga.
Mak, saat ini, segala apa yang akak lalui kini, akak yakin, emak pernah alaminya dulu. Mak pernah ceritakan pada akak kan? Akak tak pernah lupa. Sejarah berulang lagi. Pasti mak tau apa yg akak rasa sekarang.
Mak, akak dan suami, seorang menantu yang mak dan abah tak pernah terima, memohon ampun dan maaf atas segala dosa dan silap kami dari hujung rambut hingga kaki.
Seandainya terdetik di hati mak teringat dan rindukan akak, percayalah akak lebih-lebih lagi rindu dan teringatkan mak. Kami sentiasa mengharapkan ada lagi ruang untuk kita bersatu sebagai satu keluarga. Namun jika kemaafan dan keampunan tak kunjung tiba, kami faham. Kami akan tetap menyayangi mak dan abah sehingga akhir hayat kami.
Untuk abah, akak terlalu rindu pada abah. Rindu nak bercakap dan melihat wajah abah. Abah tau tak, bila akak nampak seorang bapa yang umurnya macam abah, hati akak akan merintih, adakah akak masih disayangi oleh seorang ayah..Akak sayang abah...
Untuk adik-adik, tolong jagakan mak dan abah untuk kakak. Akak mohon maaf andai akaklah punca keluarga kita jadi begini.
p/s: sekadar renungan di hari ibu..ada part yg terpaksa ditukar kerana melindungi pihak2 tersebut.
4 Rakan Blogger Yang Rajin Komen:
Selamat Hari Ibu buat ibu akak,hehe...Penuh maksud tersirat cite ni,sedih plk rasenye...huhuhu.
kisah untuk perkongsian..selamat hari ibu juga untuk semua ibu di malaysia..harap akak tu terus tabah..
ingatkah kisah nadya tadi....
Post a Comment