CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nadya Honey's Bloglist Link

Followers

31 May 2011

Meh Meh Kita Try

Selesai sudah aku lunch..cepat tul perut lapar ari ni sbb pagi tadi aku mkn roti n sadin jer. biase klu aku srpn mkn nasik, tghari mmg xlunch sbb still kenyang lagi.


Isu apa nak citer ari ni yer..xde idea la..owhh meh la aku share resepi Bubur Pulut Hitam..rasa mcm terbayang2 pulak sehari dua ni..


Bahan-Bahan

1- 2 cawan pulut hitam
2- 1 biji kelapa parut, ambil 1 cawan santan pekat dan 1 cawan santan cair
3- ½ cawan gula
 
4- ½ camca teh garam
5- 2 helai daun pandan

Cara-Cara
Bersihkan pulut hitam dan rebuskan hingga empuk. Masukkan gula, santan cair dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Akhir sekali masukkan santan pekat dan garam. Kacau hingga rata dan angkat.

Sumber dari SINI

Ni satu lagi resepi k..mungkin ramai yg dah tau camne nak buat Pengat Durian. aku pun ingat bahan2 dia tp tak pernah buat lagi pas kawen ni. dulu mase buat mesti mak yg pantau. so skg ni kene pandai2 sukat sendiri.n untuk kepastian kene carik resepi dulu. jom kita...

Bahan-Bahan
1- 2 mangkuk isi durian
2- 1 biji kelapa parut
3- 2 keping gula melaka 
4- 2 senduk gula pasir (mengikut rasa)
5- 2 helai daun pandan
6- Sedikit garam


Cara-Cara 
Isi durian disiat-siat menjadi kecil mengikut kesukaan anda. Masukkan isi durian ke dalam periuk bersama gula melaka dan gula pasir. Kemudian, jerangkan ke atas api dan kacau perlahan-lahan hingga empuk. Perah santan kelapa anggaran dua mangkuk kemudian masukkan ke dalam periuk tadi bersama daun pandan. Masukkan juga sedikit garam secukup rasa. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih, kemudian sesuaikan rasanya. Setelah cukup masak bolehlah diangkat.

Sumber dari SINI

*mmg care la kalau mkn ngn roti or pulut...:-)


2 Rakan Blogger Yang Rajin Komen:

Mama Gee

dapnyaaa bubur pulut itam tu....
tp cik abg tak ske sgt..kalo buat pun mama sorg yg kena habeskan..hehe

~nadyahoney~

sama la mama,hubby sy pun suka sikit2 jer..

Labels